backup og meta

10 Jenis Penyakit Mata Yang Boleh Berlaku! #5 Itu Mungkin Biasa Bagi Anda?

10 Jenis Penyakit Mata Yang Boleh Berlaku! #5 Itu Mungkin Biasa Bagi Anda?

Acap kali berlaku sebarang keadaan kesihatan pada mata sahaja, ramai individu yang hanya akan menggunakan terma ‘sakit mata’. Padahal, terdapat banyak jenis sakit mata yang boleh berlaku kepada kita semua dan ia tentu sekali berbeza di antara satu sama lain.

Persoalannya, apakah jenis-jenis sakit mata yang diperkatakan? Adakah ia termasuk bengkak mata? Jom ikuti artikel untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkan di sini.

Ada berapa banyak jenis sakit mata?

Sebenarnya, terdapat banyak jenis sakit atau bengkak mata yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan jantina.

Berikut merupakan beberapa jenis yang selalu berlaku kepada kita semua:

#1. Kerabunan

Mungkin ramai orang yang tidak mengklasifikasikan kerabunan mata sebagai satu jenis penyakit sebaliknya satu keadaan kesihatan yang normal.

Terdapat beberapa jenis rabun mata termasuklah:

  • Rabun jauh – sukar untuk melihat sesuatu yang jauh
  • Rabun dekat – sukar untuk melihat sesuatu yang dekat
  • Rabun silau – sukar untuk melihat sesuatu yang bercahaya
  • Rabun malam – sukar untuk melihat sesuatu pada waktu malam
  • Rabun warna – sukar untuk menentukan warna

Buat anda yang mengalami salah satu daripada jenis di atas ini, jangan risau kerana penglihatan anda boleh berfungsi normal hanya dengan menggunakan cermin mata atau kanta lekap.

Terdapat juga kaedah pembedahan laser mata untuk memulihkan kerabunan namun kos dan risiko prosedur ini adalah tinggi serta perlu melibatkan penggunaan tenaga yang benar-benar pakar.

jenis sakit mata

#2. Kebutaan

Buta adalah istilah yang menggambarkan seseorang itu tidak langsung mempunyai kemampuan untuk melihat secara langsung.

Ia kebiasaannya berlaku ekoran daripada kondisi rabun kronik tidak dirawat ataupun kelainan sejak dari lahir lagi.

Meskipun kebutaan tidak boleh dipulihkan, penderita mungkin boleh belajar menggunakan deria lain dengan lebih baik untuk kehidupan lebih sejahtera.

#3. Mata juling

Lebih dikenali dalam kalangan masyarakat kita sebagai ‘juling air’ atau ‘juling ikan’, ia adalah kondisi di mana kedudukan mata hitam tidak sejajar.

Apabila anda melihat sesuatu di depan namun mata hitam berada pada kedudukan yang lain, kondisi ini dikenali sebagai strabismus.

Jika bola mata anda bergerak tidak berhenti tanpa dikawal pula, kondisi ini dikenali sebagai nystagmus yang juga membuat mata tampak juling.

Keadaan ini tidak akan sembuh dengan sendiriya dan terapi penglihatan perlu dilakukan sejak dari awal usia penderita lagi.

#4. Mata kering

Ia berlaku apabila organ mata tidak dapat menghasilkan air mata dalam kuantiti dan kualiti yang bagus untuk mengelakkan ia daripada kering.

Akibatnya, organ ini akan menjadi sangat kering dan dalam beberapa kes yang unik ia mampu menyebabkan masalah penglihatan kekal atau buta.

#5. Sakit mata biasa (konjunktivitis)

jenis sakit mata

Kondisi ini adalah sangat biasa berlaku kepada individu dan lebih dikenali sebagai ‘sakit mata’ atau ‘mata merah‘.

Ia akan menyebabkan organ ini berubah menjadi warna merah, sakit dan gatal akibat daripada jangkitan virus atau bakteria.

Ia juga mungkin merupakan kesan daripada reaksi alahan akibat terdedah kepada alergen seperti debunga, bahan kimia dan benda asing.

Jenis sakit mata #6. Katarak

Ia merupakan kondisi di mana terdapat seakan tompok berwarna kelabu pada tengah bola mata yakni pada mata hitam.

Apabila kondisi ini terjadi, cahaya tidak mampu untuk menembusi retina dan kesannya penglihatan anda akan terjejas.

Kondisi ini biasanya bermula dengan tompok yang kecil dan boleh berubah menjadi besar serta perlu dirawat dengan prosedur pembedahan.

Jenis sakit mata #7. Glaukoma

Ia merupakan kondisi di mana terdapat peningkatan tekanan pada retina sekali gus menyebabkan fungsi penglihatan terganggu.

Apabila kondisi ini terjadi, ia akan menyebabkan kecederaan teruk pada saraf optik yang boleh mengakibatkan kebutaan kekal.

Kondisi ini boleh dirawat dengan mengambil ubatan atau menjalani prosedur pembedahan untuk memulihkan tekanan pada mata.

jenis sakit mata

#8. Uveitits

Ia adalah kondisi di mana berlakunya keradangan pada uvea – bahagian lapisan tengah mata yang mengandungi banyak saluran darah.

Penyakit ini akan merosakkan tisu mata sekali gus menyebabkan kebutaan kekal dan dipercayai didalangi oleh beberapa penyakit lain seperti:

  • AIDS
  • Rheumatoid arthritis
  • Ulcerative colitis

#9. Presbyopia

Ia adalah kondisi di mana penderita kehilangan kebolehan untuk melihat objek secara terperinci pada jarak dekat.

Penyakit ini diakibatkan oleh penuaan dan ramai yang mungkin terkeliru di antara jenis sakit mata ini dengan rabun dekat.

Kondisi ini akan menjejaskan kemampuan untuk membaca tulisan kecil dan boleh dipulihkan dengan cara yang sama seperti kerabunan.

Jenis sakit mata #10. Mata malas

Kondisi yang lebih dikenali sebagai amblyopia ini terjadi apabila salah satu daripada dua mata anda tidak mampu berfungsi dengan sepenuhnya.

Sebelah mata cenderung untuk lemah dari aspek penglihatan dan pergerakan bola mata yang akan menyebabkan ia kelihatan seperti ‘malas’.

Ia biasa berlaku kepada golongan kanak-kanak dan boleh diubati dengan penggunaan corrective glasses pada usia muda lagi.

Mungkin terdapat beberapa lagi jenis sakit mata atau bengkak mata yang tidak kami nyatakan. Jadi, berbincanglah dengan pakar mata untuk kesihatan mata pembaca sejagat okay!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Eye disease.https://medlineplus.gov/eyediseases.html. Accessed 5 March 2021.
  2. Vision health. https://www.cdc.gov/visionhealth/basics/ced/index.html. Accessed 5 March 2021.
  3. Eye conditions and diseases. https://www.nei.nih.gov/learn-about-eye-health/eye-conditions-and-diseases. Accessed 5 March 2021.
  4. Eye health.https://www.aao.org/eye-health/a-z. Accessed 5 March 2021.
  5. Protecting sight. https://www.sightsavers.org/protecting-sight/Accessed 5 March 2021.

Versi Terbaru

08/09/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Sakit Mata Berjangkit? Ini Sebab Jangan Pandang Orang Yang Ada Keradangan Mata!

Ini 6 Cara Untuk Merawat Sakit Mata Dengan Betul, Jangan Biar Sampai Berlanjutan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan