Seringkali dikenali sebagai ‘sakit mata’ atau ‘mata merah’, masih ramai yang belum tahu cara hilangkan sakit mata dengan betul.
Tidak kurang juga ramai yang tidak cakna bahawa ia sebenarnya adalah sejenis jangkitan pada mata dan kondisi ini boleh berjangkit.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu punca, simptom dan cara hilangkan sakit mata yang sebenarnya!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.
Definisi sebenar tentang jangkitan ‘sakit mata’
Untuk pengetahuan anda, masalah sakit mata atau mata merah (konjunktivitis) adalah sejenis jangkitan pada membran telus (konjuktiva).
Selaput yang melapisi kelopak mata serta menutupi mata putih ini boleh dijangkiti dengan mikroorganisme; bakteria, virus, kuman atau alergen.
Apabila dijangkiti, saluran darah pada konjunktiva ini akan mengalami keradangan sekali gus menyebabkan kemerahan pada mata.
Berikut adalah antara tanda sakit mata yang akan muncul jika terkena jangkitan ini:
- Mata kemerahan
- Mata kegatalan
- Mata berair
- Mata berlendir
- Penglihatan kabur
- Pening kepala
- Sensitif terhadap cahaya
- Loya
- Muntah
Namun kita sering kali dimomokkan untuk tidak menatap mata penderita jangkitan ini sepanjang tempoh sakit mata kerana risau ia akan berjangkit. Benarkah mitos ini?
Jangan tengok, nanti sakit mata berjangkit
Seperti mana yang kita semua sudah tahu, kondisi sakit mata adalah disebabkan oleh jangkitan mikroorganisme yakni virus, bakteria, kuman atau alergen.
Jadi, jangkitan ini sudah tentu boleh berjangkit di antara satu individu ke individu yang lain.
Ini kerana mikroorganisme tersebut boleh hidup, membiak dan merebak pada persekitaran tempat anda berada.
Ia boleh tersebar melalui sentuhan atau titisan akibat kontak rapat mahupun perbuatan seperti bersin atau batuk.
Pun begitu, ramai yang mungkin masih lagi percaya bahawa hanya dengan melihat orang yang sakit mata, akan sebarkan jangkitan.
Tidak, anda tidak akan mendapat jangkitan hanya dengan melihat kecuali berlakunya kontak rapat bersama penderita sakit mata.
Jika sudah terkena jangkitan ini pula, apa yang kalian boleh buat sebagai cara hilangkan sakit mata?
Cara hilangkan sakit mata dengan betul
Perkara paling utama perlu dilakukan jika alami jangkitan konjunktivitis adalah untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan dan ubatan.
Sementara itu, adalah disarankan untuk anda hanya tinggal di rumah sementara waktu dalam usaha mengelakkan jangkitan ini berlaku kepada orang lain pula.
Berikut adalah beberapa ubat sakit mata bertahi yang kalian boleh cuba:
#1. Mengambil ubatan antibiotik @ antiviral
Bergantung kepada tahap keterukan jangkitan tersebut, anda mungkin akan diberikan ubat sakit mata merah di farmasi dalam bentuk antibiotik atau antiviral.
Ia sangat bergantung kepada punca jangkitan sama ada bakteria atau virus serta jenis mikroorganisme yang menyebabkannya.
#2. Mengambil ubatan antihistamin
Sekiranya jangkitan tersebut adalah disebabkan oleh alergi, adalah penting untuk kalian menghapuskan alergen tersebut terlebih dahulu.
Jadi, ubatan antihistamin adalah pilihan terbaik dan ia juga hadir dalam dua bentuk sama ada oral atau ubat titik sama seperti ubatan mata lain.
#3. Mengambil ubatan tahan sakit
Kebiasaannya, doktor juga akan mempreskripsikan anda dengan ubat sakit mata bertahi atau ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan akibat jangkitan konjunktivitis.
Cara merawat sakit mata #4. Tuaman air suam
Jangkitan ini tentu sahaja akan menyebabkan keradangan pada kelopak mata dan menekapkan ia dengan tuaman air suam adalah kaedah terbaik.
#5. Menggunakan cermin mata
Cara hilangkan sakit mata dengan penggunaan cermin mata adalah sangat bagus ketika jangkitan ini berlaku untuk mengelakkan ia daripada berjangkit kepada orang lain pula.
Selain itu, ia juga adalah alternatif kepada mereka yang menggunakan kanta lekap bagi memberi peluang lapisan kornea untuk berehat sebentar.
Cara hilangkan sakit mata #6. Pembedahan
Kaedah ini mungkin akan dilakukan buat penderita yang mengalami jangkitan konjunktivitis akibat kemasukan benda asing pada mata.
Pun begitu, kaedah ini amat jarang digunakan dan sering kali digantikan dengan rawatan laser terutamanya buat pesakit glaukoma.
Dalam pada itu, ubat sakit mata bertahi yang paling utama dan penting adalah dengan berehat secukupnya.
Kuarantin diri sementara waktu di rumah adalah pilihan terbaik untuk mengelakkan jangkitan ini tersebar.
Kurangkan penggunaan gajet berskrin jika anda mengalami sakit mata, ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi tidak diingini.