backup og meta

Rimas Pakai Cermin Mata, Inginkan Penglihatan Yang Jelas? Cuba Pembedahan LASIK

Rimas Pakai Cermin Mata, Inginkan Penglihatan Yang Jelas? Cuba Pembedahan LASIK

Prosedur LASIK, menjadi pilihan golongan bermata 4 yang mengidamkan ‘kebebasan’ dan penglihatan lebih jelas! Ikuti artikel ini untuk memahami perincian berserta kos pembedahan LASIK mata.

Pastinya, semua orang ingin miliki penglihatan yang jelas tanpa perlu bergantung dengan kaca mata mahupun kanta lekap.

Tapi, perasaan untuk menjalani pembedahan mata secara sedar dengan mata yang terbuka luas, boleh jadi menakutkan!

Sama seperti pembedahan yang lain, keputusan untuk melakukan LASIK hendaklah dibuat dengan bijak di samping perancangan yang teliti.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

Kos pembedahan mata LASIK

LASIK adalah singkatan kepada Laser in Situ Keratomileusis, membawa makna penggunaan laser di bawah lapisan nipis kornea (flap) untuk membentuk semula kornea (keratomileusis).

Prosedur ini memanfaatkan penggunaan laser yang sangat khusus (excimer laser), yang dicipta untuk merawat  ralat refraktif seperti:

Tambah lagi, LASIK juga berfungsi dengan mengubah bentuk kornea, yang merupakan penutup depan mata yang bersifat lutsinar.

Walaupun laser excimer telah digunakan selama bertahun-tahun sebelumnya, rawatan LASIK umumnya perlu dikreditkan pada Ioannis Pallikaris dari Yunani, sekitar tahun 1991.

LASIK eye surgery ini sangat popular dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah rabun.

Pun begitu, dek kerana kos pembedahan LASIK mata yang agak mahal, ia menjadi penyebab utama sesetengah golongan tidak dapat menggunakan prosedur ini.

Kos pembedahan LASIK mata turut berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor, seperti masalah penglihatan yang dialami serta usia.

Namun, usah terlalu khuatir ya! Kebanyakan syarikat menawarkan pilihan pelan ansuran dan kaedah pembayaran yang mudah.

Kos pembedahan LASIK mata: bagaimana ia berfungsi?

kos pembedahan lasik mata

Semasa prosedur LASIK, pakar bedah mata yang terlatih terlebih dahulu akan membentuk satu lapisan nipis flap dengan alat microkeratome (suatu alat pembedahan mikro yang amat jitu).

Selepas flap dibentuk , ia diketepikan, dan permukaan kelengkungan kornea diubah dengan sinaran excimer laser.

Laser ini bakal membentuk semula permukaan tisu tanpa memberi kesan kerosakan haba atau parut kepada tisu-tisu di sekeliling.

Kemudian,  flap kornea yang masih terlekat akan dikembalikan ke kedudukan asal tanpa memerlukan sebarang jahitan.

Ambil tahu risiko pembedahan LASIK!

Sebelum memutuskan untuk menjalani prosedur ini, adalah wajar untuk kalian mengenal pasti risiko-risiko yang boleh berlaku terlebih dahulu!

Antara risiko pembedahan LASIK, merangkumi:

  1. Mata kering: Pembedahan LASIK berupaya menyebabkan pengurangan dalam penghasilan air mata buat seketika. Selama 6 bulan pertama atau lebih pasca pembedahan, mata anda mungkin akan terasa sangat kering. Doktor mata mungkin mengesyorkan penggunaan ubat titis mata sebagai solusi.
  2. Masalah silau/ penglihatan berganda: Pasca pembedahan, anda mungkin bakal alami kesukaran untuk melihat dengan jelas pada waktu malam. Ia biasanya berlangsung dari beberapa hari hingga beberapa minggu.
  3. Undercorrections: Sekiranya terlalu sikit tisu mata yang dikeluarkan oleh laser, anda tidak akan mendapat hasil penglihatan yang lebih jelas seperti diharapkan.
  4. Pembetulan berlebihan: Ada juga kemungkinan laser mengeluarkan terlalu banyak tisu daripada mata anda. Pembetulan yang berlebihan pula mungkin lebih sukar untuk dibetulkan berbanding undercorrections.
  5. Astigmatisme: Rabun silau boleh disebabkan oleh penyingkiran tisu yang tidak rata. Anda mungkin memerlukan pembedahan tambahan, cermin mata atau kanta lekap.
  6. Masalah flap: Percubaan untuk menyingkirkan flap dari depan mata semasa pembedahan boleh menyebabkan komplikasi, termasuk jangkitan dan air mata yang berlebihan. Lapisan tisu kornea juga berisiko tumbuh secara tidak normal di bawah flap semasa proses penyembuhan.
  7. Regresi: Regresi terjadi apabila penglihatan anda secara perlahan-lahan berubah kembali ke preskripsi asal.
  8. Kehilangan atau perubahan penglihatan: Jarang sekali, komplikasi pembedahan ini menyebabkan kehilangan penglihatan.

Untuk makluman tambahan, pembedahan LASIK juga biasanya tidak digalakkan sekiranya kalian sudah pun:

  • Menghidap penyakit mata atau sejarah keluarga yang menyebabkan kornea menipis dan menggelembung
  • Mempunyai penglihatan secara keseluruhan yang cukup baik
  • Mengalami rabun jauh yang kronik
  • Mempunyai anak mata yang sangat besar atau kornea nipis
  • Alami perubahan mata dan berkaitan dengan usia yang menyebabkan penglihatan menjadi kurang jelas

Bagaimana anda melakukan persediaan?

Setelah puas mempertimbangkan risiko dan sebagainya, jika anda memutuskan untuk melakukan LASIK, pastikan untuk melakukan persediaan-persediaan berikut okey!

Langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mempersiapkan diri termasuk:

kos pembedahan lasik mata

  1. Tidak memakai solekan mata: Elak daripada memakai sebarang solekan mata, krim, minyak wangi atau losen sehari sebelum dan pada hari pembedahan anda. Doktor juga mungkin mengarahkan anda membersihkan bulu mata dengan lebih kerap pada hari-hari menjelang pembedahan, untuk menyingkirkan kekotoran dan mengurangkan risiko jangkitan.
  2. Pembedahan yang mungkin membebankan anda: Pembedahan LASIK biasanya dianggap sebagai pembedahan elektif, jadi kebanyakan syarikat insurans tidak akan menanggung kos pembedahan tersebut. Bersedialah untuk membayar perbelanjaan menggunakan duit poket anda sendiri.
  3. Merancang perjalanan pulang: Anda memerlukan bantuan seseorang untuk membawa kalian pergi dan balik dari klinik pembedahan. Usai pembedahan, anda mungkin terasa seperti ‘di awang-awangan’ akibat kesan ubat yang diberikan sebelum prosedur, dan penglihatan anda juga mungkin masih kabur.

Kini anda telah tahu kos pembedahan LASIK mata. Walaupun kos pembedahan LASIK mata agak mahal, namun ia agak berbaloi.  Oleh itu, anda boleh mula pertimbangkan kos pembedahan LASIK mata ini untuk merawat masalah rabun anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

LASIK eye surgery. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/lasik-eye-surgery/about/pac-20384774. Accessed on March 19, 2021.

LASIK. https://www.fda.gov/medical-devices/surgery-devices/lasik. Accessed on March 19, 2021.

LASIK — Laser Eye Surgery. https://www.aao.org/eye-health/treatments/lasik. Accessed on March 19, 2021.

Pros and Cons of LASIK: Are the Risks Worth the Cost?. https://healthblog.uofmhealth.org/eye-health/pros-and-cons-of-lasik-are-risks-worth-cost. Accessed on March 19, 2021.

LASIK Eye Surgery. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/21805-lasik-eye-surgery. Accessed on March 19, 2021.

Versi Terbaru

08/09/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Tips Penjagaan Diri Selepas Prosedur LASIK

Ramai Orang Alami Rabun Silau Pada Waktu Malam, Tapi Adakah Ia Terjadi Di Siang Hari Juga?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 08/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan