backup og meta

Pernah Tak Terfikir Kenapa Mata Jadi Merah Dan Bengkak Selepas Menangis? Ini Sebabnya!

Pernah Tak Terfikir Kenapa Mata Jadi Merah Dan Bengkak Selepas Menangis? Ini Sebabnya!

Wajah yang bengkak, hidung merah menyala, mata merah dan bengkak adalah ‘rupa’ yang sering dialami oleh mereka yang menangis. 

Wajah sebegini adalah normal dan sering dialami oleh semua individu di dunia ini yang mengalami kesedihan.

Namun pernahkah terlintas di fikiran anda, kenapa mata merah dan bengkak sering terjadi selepas tangisan?

Jika anda tertanya-tanya, pastikan anda teruskan membaca kerana artikel ini akan mengupas perihal mata merah dan bengkak selepas menangis dengan lebih mendalam.

Mata merah dan bengkak

Penjelasan daripada Prof. Jeremy Tuttle di Jabatan Neurosains, University Health Virginia mengenai perihal ini adalah,

“Apabila anda menggunakan mata anda untuk melihat dan tidak menangis, saluran darah yang ditugaskan untuk menyampaikan oksigen dan nutrien ke tisu-tisu tersebut tidak melebar dan hampir tidak dapat dilihat.”

Walaupun anda menangis, kelenjar lakrimal yang dekat dengan mata anda akan mengeluarkan rembesan. 

Kelenjar ini biasanya berfungsi untuk membantu menjaga kelembapan mata anda.

Tetapi apabila tangisan diperlukan, saluran darah yang berhubung dengan kelenjar akan melebar untuk membekalkannya ketika mengalami overdrive, dan kita akan mula melihat kemerahan pada mata atau mata merah.

Ketika anda menangis, cairan yang mengeluarkan air mata harus datang dari bekalan darah ke kelenjar. 

Oleh itu, ketika anda menangis, saluran darah ke kelenjar harus melebar untuk menyediakan cairan air mata yang mencukupi.

Selain itu, jika tangisan cukup kuat, saluran darah di permukaan mata juga akan melebar.

Cara-cara menghilangkan atau mengurangkan masalah mata merah dan bengkak

mata merah selepas menangis

Sekiranya anda menghadapi masalah mata yang merah dan bengkak selepas menangis, ini terjadi disebabkan cecair berkumpul di kelopak mata dan di sekitar kawasan mata.

Perkara ini mungkin boleh jadi memalukan bagi sesetengah individu terutamanya yang harus berhadapan dengan orang selepas mereka menangis.

Terdapat beberapa cara bagi meredakan kebengkakan mata, seperti:

  1. Letakkan hirisan timun atau beg teh.

Potongan timun dapat menenangkan dan mengurangkan mata yang bengkak, tetapi ia lebih efektif jika anda menggunakan timun yang telah disejukkan.

Idea menggunakan beg teh adalah berkaitan dengan kafein.

Sebilangan besar teh hitam mengandungi kafein, dan ada beberapa bukti bahawa ia dapat membantu dengan meredakan bengkak, dan meningkatkan peredaran darah.

Untuk mencuba kaedah ini, basahkan dua beg teh, sejukkan selama 20 minit, dan kemudian letakkan pada mata anda selama 15 hingga 30 minit.

  1. Urut perlahan-lahan kawasan itu bagi merangsang aliran darah.

Anda boleh cuba untuk meningkatkan aliran darah ke kawasan yang terjejas dengan mengurut secara perlahan-lahan bahagian mata anda.

Urut mata merah dan bengkak anda secara perlahan-lahan mengikut pergerakan yang tertentu.

Kemudian, teruskan selama kira-kira 3 minit, dan ulangi mengikut keperluan.

Terdapat beberapa cara bagi meredakan bengkak mata, seperti:

Kemerahan yang anda alami selepas tangisan adalah datang daripada saluran darah yang mengembang.

  1. Gunakan titisan mata

use-eye-drops-properly

Titisan mata boleh digunakan untuk membantu apa sahaja dari masalah kekeringan hingga menambah pengeluaran air mata semula jadi anda.

Untuk mengelakkan kerengsaan mata merah dengan lebih berkesan, cuba pilih eye dropper yang bebas bahan pengawet dan mengandungi lebih sedikit bahan tambahan.

Sebilangan besar formula tidak digalakkan untuk orang yang memakai kanta lekap, jadi baca label dengan teliti dan pertimbangkan untuk mengeluarkan kanta lekap anda sebelum menggunakannya.

Rumusan

Kaedah-kaedah yang disebut ini akan membantu meredakan gejala mata merah dan bengkak yang anda alami setelah menangis. 

Perbuatan ini juga secara tidak langsung mampu memberikan kelegaan dan ketenangan kepada diri anda oleh kerana aktiviti self-love yang diamalkan.

Cara-cara ini mungkin akan dapat membantu anda mengatasi kesedihan dan kemurungan yang menyebabkan tangisan.

Namun begitu, anda harus ingat, andai sampai satu tahap yang tidak lagi tertanggung oleh anda, pastikan anda mendapatkan bantuan golongan profesional sebelum keadaan bertambah melarat.

Jika malu hendak mendapatkan pertolongan formal, anda boleh cuba berkongsi dengan orang yang rapat dan dipercayai.

Moga artikel ini dapat memberikan penjelasan dan informasi berguna kepada anda, terutamanya bagi mereka yang kini sedang dilambung kesedihan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.irishtimes.com/news/health/why-do-your-eyes-go-red-when-you-cry-1.572900
  2. https://goaskalice.columbia.edu/answered-questions/black-eye-cure
  3. https://www.aafp.org/afp/2010/0115/p137.html
  4. https://www.aoa.org/patients-and-public/eye-and-vision-problems/glossary-of-eye-and-vision-conditions/dry-eye
  5. https://goaskalice.columbia.edu/answered-questions/where-did-my-tears-go

Versi Terbaru

21/07/2021

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Sindrom Horner: Kelopak Mata Jatuh Akibat Kerosakan Saraf

Menangis, Kunci Kehidupan Tanpa Tekanan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 21/07/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan