backup og meta

Terlalu Banyak Terdedah Kepada Skrin Tak Bagus, Ini Langkah Nak Jaga Mata Anda!

Terlalu Banyak Terdedah Kepada Skrin Tak Bagus, Ini Langkah Nak Jaga Mata Anda!

Kesihatan mata adalah aspek penting dalam kehidupan harian kita, namun seringkali diabaikan. Penglihatan yang baik bukan sahaja membantu kita menjalani aktiviti seharian dengan lancar, tetapi juga meningkatkan kualiti hidup. 

Apa Anda Boleh Buat? Ini Cara Menjaga Kesihatan Mata!

Penggunaan Kaca Mata Pelindung

Ketika bekerja dengan komputer atau berada di luar rumah dalam cahaya matahari yang terik, gunakan kaca mata pelindung UV untuk melindungi mata daripada sinaran berbahaya. Untuk perlindungan tambahan terhadap cahaya biru, pertimbangkan kaca mata khas yang direka untuk menyekat cahaya biru. 

Ini adalah antara perkara yang baik untuk diamalkan oleh mereka yang banyak bekerja di hadapan peranti elektronik seperti komputer sebagai cara menjaga kesihatan mata.

cermin mata kalis cahaya biru

Berehat Secara Berkala

Apabila menggunakan komputer atau alat elektronik lain, berehat setiap 20 minit untuk mengurangkan ketegangan mata. Amalkan peraturan 20-20-20: setiap 20 minit, lihat sesuatu yang berjarak 20 kaki selama 20 saat.

Pengambilan Suplemen Mata

Selain diet seimbang, suplemen yang mengandungi lutein dan zeaxanthin boleh membantu mengekalkan kesihatan mata. Pastikan suplemen yang diambil adalah disarankan oleh pakar kesihatan.

Pemeriksaan Mata Berkala

Jangan ambil muda pemeriksaan mata. Ini adalah antara perkara penting yang perlu dilakukan untuk menjaga kesihatan mata anda.

Lakukan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya sekali setahun untuk mengesan sebarang masalah mata pada peringkat awal. Ini penting untuk mengelakkan komplikasi yang lebih serius di kemudian hari.

pemeriksaan mata berkala
Lakukan pemeriksaan mata berkala

Pengambilan Makanan Berkhasiat

Pastikan diet anda kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya yang mengandungi lutein dan zeaxanthin seperti bayam, kale, dan jagung. Omega-3 yang terdapat dalam ikan seperti salmon dan tuna juga baik sebagai cara menjaga kesihatan mata.

Bagaimana Cara Menjaga Kesihatan Mata? – Ini Apa Blackmores Buat

Mengutamakan kesihatan mata adalah langkah bijak yang dapat mencegah pelbagai masalah penglihatan di masa hadapan. Pengambilan lutein dan zeaxanthin yang mencukupi melalui makanan atau suplemen, serta amalan penjagaan mata yang baik, adalah kunci untuk memastikan mata kita kekal sihat dan berfungsi dengan baik sepanjang hayat.

Menyedari keperluan yang mendesak ini, BLACKMORES yang berpaksikan prinsip naturopati, menekankan pencegahan dan penyelesaian semula jadi untuk menangani cabaran-cabaran zaman moden ini.

pelancaran balckmores

“Di BLACKMORES, kami percaya pada kepentingan kesejahteraan yang holistik. Misi kami adalah untuk memperkasakan orang ramai untuk mengutamakan kesihatan mata sebagai komponen yang penting dalam kesejahteraan keseluruhan mereka.

Melalui usaha penyelidikan dan advokasi berterusan, kami berazam untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mata dan menggalakkan perubahan gaya hidup positif yang memberi manfaat kepada kesihatan mata jangka panjang, serta menyampaikan penyelesaian yang telah terbukti secara saintifik yang baik untuk tubuh,” kata Kumaran Chandrasergaran, Pengurus Negara BLACKMORES Malaysia dan Singapura.

Beliau berkata sedemikian pada majlis pelancaran produk terbaharu BLACKMORES. Pada acara tersebut, pihak penganjur turut menyediakan sesi ujian Iridology. Ujian ini dapat menganalisa tahap kesihatan seseorang melalui gambaran pada bahagian iris mata. 

ujian-iridologi

Cara Menjaga Kesihatan Mata – Ambil Suplemen Dengan Betul

Adalah penting bagi seseorang individu untuk memberi tumpuan kepada pencegahan berbanding bergantung sepenuhnya kepada rawatan dalam menjaga mata mereka. 

Menggabungkan suplemen mata ke dalam regimen harian seseorang sebagai salah satu langkah pencegahan yang sering diabaikan. Ia juga dapat memberikan sokongan penting dalam menangani kesan pendedahan skrin yang berpanjangan sebagai salah satu cara penjagaan mata.

Pemilihan suplemen yang betul untuk mata bukan hanya dapat menawarkan perlindungan semula jadi dan mencegah keletihan mata, tetapi juga mengurangkan keperluan untuk penjagaan mata yang ekstensif. Dalam formulasi suplemen mata yang efektif terdapat dua bahan utama, iaitu Lutein dan Zeaxanthin.

Nutrien-nutrien ini yang berasal dari pelbagai sumber termasuk sumber semula jadi seperti bunga Marigold, berfungsi sebagai antioksidan yang kuat untuk melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas dan memainkan peranan penting dalam penapisan cahaya biru.

suplemen kesihatan mata

Selain itu, kajian telah menunjukkan bahawa pengekalan nisbah optimum antara Lutein dan Zeaxanthin adalah penting untuk memaksimumkan manfaat mereka. Oleh itu, mencapai nisbah tepat 5:1 (10 mg:2 mg) adalah penting untuk memastikan penyerapan dan keberkesanan yang optimum.

Khususnya dengan pendedahan skrin yang berpanjangan, gabungan ini mengurangkan gejala keletihan mata dengan mengurangkan silau, meningkatkan kontras, dan mengekalkan kesihatan sel. Dengan memanfaatkan faedah Lutein (10 mg) dan Zeaxanthin (2 mg), individu dapat mencapai penglihatan yang lebih jelas dan melambatkan peningkatan masalah mata berkaitan usia, menggalakkan fungsi mata yang sihat secara holistik.

Selain daripada formulasi yang efektif, individu yang kerap menggunakan peranti digital digalakkan mencari suplemen kesihatan mata yang mengandungi karotenoid semula jadi harian bagi melindungi mata dari tekanan digital. Pemilihan dos yang mudah; contohnya satu kali sehari, juga akan memastikan integrasi yang lancar ke dalam rutin harian pengguna dengan suplemen tersebut, menggalakkan cara menjaga kesihatan mata yang konsisten.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

30/05/2024

Ditulis oleh Siti Sofiah Mohd Farudz

Fakta Disemak oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Diperbaharui oleh: Siti Sofiah


Artikel Berkaitan

Pemeriksaan Mata: Adakah Orang Malaysia Tahu Dan Faham Kepentingannya?

Kalau Tak Nak Mata Anak Cepat Rosak, Ibu Ayah Sila Ikut Tips Penjagaan Mata Ini!


Fakta Disemak oleh

Nurul Nazrah Nazarudin


Ditulis oleh Siti Sofiah Mohd Farudz · Disemak pada 30/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan