Perfume sering kali dikaitkan dengan kaum wanita tetapi mungkin diremehkan oleh orang lelaki walhal hakikatnya bukan begitu. Ketahuilah bahawa minyak wangi lelaki itu juga penting kepada mereka agar dapat tampil lebih harum, yakin, segak dan bergaya!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.
Lelaki & masalah bau badan
Seperti ramai sedia maklum, tubuh badan kita semua akan mengeluarkan bau yang agak kurang menyenangkan akibat daripada keberadaan peluh, kuman atau mungkin angkara penyakit.
Terdapat beberapa faktor yang mungkin akan menyebabkan bau badan bertambah teruk seperti:
- Genetik
- Masalah pada kelenjar peluh
- Berat badan yang berlebihan
- Diet pemakanan tidak seimbang
- Cara pemakaian kurang sesuai
- Penyakit tertentu termasuk obesiti, diabetes dan lain-lain
- Tabiat buruk seperti menghisap rokok atau mengambil alkohol
Walaupun bau badan itu wujud tanpa kira jantina dan usia, namun orang lelaki dewasa dipercayai lebih menghasilkan bau badan yang kuat ekoran faktor gaya hidup mereka yang lebih aktif dan cergas.
Dalam usaha untuk menyorokkan atau meminimumkan bau badan ini, penggunaan deodoran atau minyak wangi lelaki sudah tentu amat penting lebih-lebih lagi apabila berada di luar rumah.
Kenapa orang lelaki kena pakai perfume?
Seperti mana kami nyatakan di atas tadi, tubuh badan lelaki mungkin lebih berbau berbanding orang lain dan penggunaan perfume adalah amat penting bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Selain untuk tampil lebih harum dan segak, orang lelaki turut memerlukan minyak ajaib ini bagi:
- Keyakinan diri – Selain daripada keterampilan pakaian dan percakapan, bauan lelaki juga sangat penting untuk keyakinan diri tatkala sedang berhadapan dengan masyarakat.
- Mengurangkan stres – Dalam pada itu, minyak wangi akan membuat kalian lebih tenang lantas menjadi sebab tekanan kehidupan dapat dikurangkan.
- Meningkatkan mood – Sehubungan di atas, mood kalian akan berubah dan bertambah baik dalam usaha menjalani kehidupan dengan lebih berkualiti.
- Menarik perhatian orang lain – Terakhir, lelaki alpha sudah tentu mendambakan perhatian agar setiap ujaran, arahan dan tindak-tanduk mereka diperhatikan oleh orang lain!
Berdasarkan sebab-sebab di atas, kualiti anda sebagai seorang lelaki akan meningkat mendadak dengan hanya menggunakan perfume. Namun, ia mungkin tidak semudah yang disangka.
Persoalannya, produk minyak wangi lelaki tahan lama bagaimana yang harus dipilih dan dipakai?
Jenama minyak wangi lelaki yang terbaik!
Di pasaran, ada banyak jenis minyak wangi lelaki tahan lama yang dikatakan bagus, namun bukan semua itu sesuai untuk digunakan kerana kesannya berbeza bergantung kepada individu.
Disebabkan itu, lelaki perlu lebih bijak ketika memilih dan memakai perfume yang ideal supaya ia dapat tahan lebih lama di samping mengeluarkan bau, aroma serta suasana paling sesuai.
Sebelum pergi lebih dalam, lelaki perlu tahu terdapat banyak jenis perfume di pasaran termasuk:
- Parfum: 20 – 30% kepekatan
- Eau de Parfum (EDP): 10 – 20% kepekatan
- Eau de Toilette (EDT): 4 – 15% kepekatan
- Eau de Cologne (EDC): 2 – 5% kepekatan
- Eau de Fraiche (EDF): 1 – 2% kepekatan
Tahap ketahanan minyak wangi pula sangat bergantung kepada kepekatan isipadu di dalam botol produk tertentu. Hipotesisnya, lebih pekat minyak wangi itu, lebih lama ia boleh bertahan.
Dalam erti kata lebih mudah, lelaki yang ingin perfume melekat lebih lama perlu memakai produk dengan kepekatan paling tinggi.
Gunakan perfume yang sesuai dengan anda!
Ya, memang ada banyak jenis minyak wangi yang berbeza ketahanan, kepekatan serta kandungan dan ramuan. Bergantung pada keperluan dan keinginan, lelaki perlu tahu mana yang terbaik.
Contohnya, ada orang lelaki yang terpaksa menggunakan perfume terkuat yakni dari jenis parfum kerana bau badan yang juga ‘kuat’ lantas memerlukan lebih ‘kuasa’ daripada produk tersebut.
Wujud pula lelaki yang mungkin cuma perlu menggunakan perfume dengan tahap ketahanan atau kepekatan kurang tinggi seperti EDP, EDT, EDC dan EDF ekoran bau badan yang ‘sederhana’.
Penggunaan jenama minyak wangi juga berbeza bergantung individu. Sila rujuk pakar untuk tahu!
[embed-health-tool-bmi]