backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Lelaki Berjambang Selalu Alami 5 Masalah Ini Tanpa Sedar, Apa Perlu Buat?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2022

Lelaki Berjambang Selalu Alami 5 Masalah Ini Tanpa Sedar, Apa Perlu Buat?

Bulu muka seperti misai, janggut dan jambang sebenarnya boleh menyebabkan beberapa masalah jika ia tidak diuruskan dengan baik. Cukur bulu muka secara berkala mungkin boleh dilakukan, namun ia juga boleh dijaga tanpa perlu dicukur.

Ini beberapa masalah yang berpunca daripada jambang dan cara untuk mengatasinya. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

5 masalah biasa lelaki berjambang, cukur bulu muka tidak memadai

Jambang merupakan sejenis bulu yang disebut sebagai rambut androgenik.

Ia boleh tumbuh semasa atau selepas tempoh akil baligh disebabkan perubahan tahap hormon androgen dalam badan.

Jika anda mempunyai jambang, ini 5 masalah yang boleh berlaku kepada anda walaupun anda kerap mencukurnya:

#1. Kelemumur

cukur bulu muka

Kelemumur tidak hanya berlaku pada rambut sahaja, tetapi boleh juga terjadi pada jambang. Ia boleh menyebabkan gatal-gatal, kemerahan, kulit bersisik, dan serpihan putih pada kulit di bawah jambang anda.

Kelemumur janggut atau jambang biasanya muncul akibat Malassezia, iaitu sejenis yis yang terdapat pada kulit manusia.

Walaupun tiada penawar untuk masalah ini, terdapat cara untuk menguruskannya tanpa perlu mencukur jambang anda.

Gunakan sahaja pembersih kulit yang lembut dan syampu kelemumur untuk mengatasinya. 

#2. Jerawat

Cukur bulu wajah bukanlah penyelesaian bagi masalah jerawat pada jambang.

Jika anda mempunyai jambang, anda mungkin lebih cenderung untuk mengalami jerawat berbanding individu yang tiada bulu di wajah ini.

Ini kerana bulu pada muka boleh memerangkap minyak, bakteria dan sel kulit mati, dan menjadikan jerawat lebih mudah berlaku.

Mencuci muka dengan pembersih lembut dan menggunakan ubat topikal boleh membantu merawat dan mengelakkan jerawat.

Jika ia lebih kronik, anda mungkin perlu berjumpa dengan pakar dermatologi.

#3. Keradangan kulit

cukur bulu muka

Cara cukur bulu muka anda juga sebenarnya boleh menyebabkan kerengsaan kulit (dermatitis kontak).

Penggunaan pisau cukur yang tumpul atau tidak sesuai dengan bentuk wajah anda boleh meningkatkan risiko keradangan kulit untuk berlaku.

Bahan kimia atau pewangi tertentu dalam krim cukur juga boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.

Bagi mengelakkan masalah ini, gunakanlah pisau cukur baharu dengan empat atau lima bilah mata pisau.

Selain itu, anda juga perlu mencukur bulu muka mengikut arah pertumbuhan bulu dan bukan arah yang sebaliknya.

Bilas kulit anda selepas bercukur untuk mengeluarkan semua sisa daripada krim cukur dan sapukan pelembap tanpa pewangi.

Jika kulit anda meradang, anda boleh menyapukan krim hidrokortison untuk melegakannya. 

#4. Bulu yang tumbuh ke dalam (ingrown hair)

Jika anda menggunakan alat cukur bulu muka untuk mencukur jambang, anda juga berisiko untuk mengalami keadaan bulu yang tumbuh pada bawah kulit atau ingrown hair.

Bulu yang sepatutnya tumbuh keluar daripada kulit, hanya berkembang di bawah kulit jambang dan seterusnya menyebabkan gatal-gatal dan benjolan merah yang selesa.

Ia akan lebih mudah berlaku pada mereka yang mempunyai bentuk bulu yang keriting.

Anda boleh mengurangkan risiko rambut tumbuh ke dalam dengan mencukur sejurus selepas mandi.

Air akan membantu melembutkan rambut muka anda, jadi bulu tersebut kurang berisiko untuk bergulung kembali ke dalam kulit. 

#5. Tidak cukur bulu muka boleh sebabkan masalah kutu

cukur bulu muka

Masalah kutu tidak hanya berlaku pada rambut, tetapi juga boleh membiak pada jambang anda.

Kutu tumbuh subur dalam rambut yang lebih tebal dan keriting. Kutu sememangnya boleh menyebabkan masalah seperti kerengsaan dan kegatalan kulit.

Namun, anda tidak perlu risau kerana masalah kutu ini masih boleh dirawat. Rawatannya adalah sama sahaja dengan cara anda merawat kutu kepala.

Anda boleh mendapatkan syampu berubat yang dijual di farmasi dan gunakannya pada janggut dan jambang anda.

Sebagai alternatif, anda boleh mencukur jambang anda untuk menghilangkan kutu dan biarkan jambang menumbuhkan bulu yang baharu.

Kesimpulan

Secara umumnya, masalah yang berlaku pada mereka yang mempunyai jambang ini lebih kurang sama dengan masalah rambut.

Namun, ia mungkin lebih memberikan kesan pada kulit muka anda.

Anda tidak perlu risau kerana lima masalah yang biasa berlaku ini masih boleh diurus dan dirawat dengan baik jika anda tahu caranya seperti yang telah diterangkan.

Selamat mencuba! 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/12/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan