home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

5 Cara Suami Anda Boleh Mendapatkan Sperma Yang Lebih Berkualiti

5 Cara Suami Anda Boleh Mendapatkan Sperma Yang Lebih Berkualiti

Walaupun anda akan membawa bayi selama lebih sembilan bulan, suami anda juga mempunyai peranan yang penting kerana sperma yang sihat akan menentukan sama ada anda akan hamil dan jika bayi tersebut akan sihat atau tidak.

Untuk mengekalkan kesihatan bayi, ini adalah beberapa tip yang anda serta pasangan perlu tahu.

Tip dapatkan sperma yang sihat

#1 Minum dengan terkawal

Ini tidak bermakna bahawa dia perlu berhenti, tetapi adalah lebih baik baginya untuk mengawal pengambilan alkohol jika ingin menjadi seorang ayah.

Alkohol telah dibuktikan boleh mengurangkan penghasilan sperma dan menyebabkan kecacatan pada sperma. Sudah tentu 1-2 minuman sehari adalah dibenarkan.

#2 Mengawal berat badan untuk sperma yang sihat

sperma yang sihat

Kurang berat badan atau berat badan berlebihan boleh memberi kesan negatif ke atas sperma seorang lelaki, dan ia boleh merosakkan kehidupan seks pasangan kerana masalah berat badan boleh mempengaruhi libido lelaki dan prestasinya.

Kekalkan diet sihat yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, protein tanpa lemak, bijirin, dan tenusu.

Selai itu, masukkan aktiviti fizikal di dalam jadual harian juga boleh membantu pasangan anda mencapai atau mengekalkan berat badan yang sihat.

#3 Ambil lebih banyak asid folik

Asid folik bukan sahaja penting untuk wanita. Lelaki yang mengandungi tahap asid folik yang lebih rendah di dalam diet mereka mempunyai kadar kromosom tidak normal dalam sperma yang lebih tinggi.

Apabila berlaku persenyawaan dengan sperma kromosom tidak normal, ia boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan kelahiran.

Lebih separuh daripada kes keguguran trimester pertama adalah disebabkan oleh kromosom embrio yang tidak normal. Ini tidak bermakna lelaki anda perlu mengambil pil asid folik.

Apa yang anda perlu lakukan ialah membekalkan pasangan anda dengan multivitamin yang baik atau makanan yang tinggi asid folik, seperti kacang, sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin penuh, buah-buahan sitrus, dan bijirin folat yang diperkaya, roti, dan pasta.

Makanan ini akan membantunya memenuhi keperluan asid folik seperti yang disyorkan iaitu 400 miligram sehari.

#4 Jangan merokok

Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan anda secara keseluruhan tetapi juga boleh menyebabkan bilangan dan kualiti sperma yang rendah. Untuk meningkatkan sperma yang sihat, suami anda perlu berhenti merokok.

Lebih awal lebih baik tetapi yang pastinya adalah beliau perlu berhenti sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum anda cuba untuk hamil.

Penghasilan sperma mengambil masa kira-kira tiga bulan. Jadi, sebarang perubahan pada seorang lelaki pada hari ini tidak akan muncul dalam air mani untuk sekurang-kurangnya tiga bulan.

#5 Pemeriksaan berkala

sperma yang sihat

Pemeriksaan menyeluruh sebelum cuba untuk hamil akan memberikan gambaran keseluruhan tentang status kesihatan dan kesuburan suami anda.

Seperti dalam lawatan pranatal anda, beliau boleh menjangkakan perbincangan tentang indeks jisim badan (BMI), sebarang ubat-ubatan diambil, faktor-faktor gaya hidup yang boleh menjejaskan kesuburan dan kehamilan, sebarang gangguan genetik atau sejarah yang boleh memberikan risiko kepada bayi yang akan datang, dan apa yang beliau boleh lakukan untuk memastikan anda mempunyai kehamilan yang sihat.

Beliau juga akan diberi imunisasi yang diperlukan untuk membantu menghalangnya daripada memindahkan penyakit seperti cacar air dan selesema bermusim kepada anda semasa hamil.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Healthy sperm: Improving your fertility: https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/fertility/art-20047584, Accessed Sept. 3, 2021.
  2. Healthy sperm: https://www.yourfertility.org.au/everyone/health-medical/healthy-sperm, Accessed Sept. 3, 2021.
  3. Sperm health: https://www.pregnancybirthbaby.org.au/sperm-health, Accessed Sept. 3, 2021.
  4. How to Get & Keep a Healthy Sperm Count: https://americanpregnancy.org/getting-pregnant/infertility/how-to-get-and-keep-a-healthy-sperm-count/, Accessed Sept. 3, 2021.
  5. Don’t make the mistake of letting a diet kill sperm: https://www.uchicagomedicine.org/forefront/health-and-wellness-articles/dont-make-the-mistake-of-letting-a-diet-kill-sperm, Accessed Sept. 3, 2021.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nisreen Nadiah Disemak pada 2 minggu lalu
Fakta Disemak oleh Nurul Halifah
x