backup og meta

Rambut Gugur Teruk Sampai Botak Angkara Diabetes? Ini 3 Penyebabnya

Rambut Gugur Teruk Sampai Botak Angkara Diabetes? Ini 3 Penyebabnya

Umum mengetahui bahawa ada banyak akibat penyakit kencing manis pada tubuh badan. Kesan diabetes pada kepala pula boleh buat rambut gugur teruk sekali gus botak.

Ini kerana kadar gula dalam darah yang tinggi akan memberi kesan negatif kepada sirkulasi darah, sistem imun serta keseimbangan hormon di dalam tubuh badan.

Meskipun diabetes itu tidak boleh pulih, namun anda masih boleh kawal dan rawat kondisi ini agar masalah seperti keguguran rambut dan kebotakan dapat diatasi.

Perkaitan kesan diabetes dengan rambut gugur teruk

Penyakit kencing manis akan terjadi apabila tubuh badan tidak dapat menghasilkan insulin untuk menyerap glukosa lantas meningkatkan tahap glukosa dalam darah.

Sekiranya glukosa darah ini terlalu tinggi, maka ia mungkin akan menyebabkan gangguan pada fungsi tubuh badan anda termasuklah siklus pertumbuhan rambut.

Normalnya, siklus pertumbuhan rambut pada folikel bulu ini akan melalui 3 fasa utama iaitu:

  • Fasa pertama – Rambut akan tumbuh dengan aktif selama 2 tahun
  • Fasa kedua – Rambut akan panjang dengan giat sepanjang 1 ke 2 cm per bulan
  • Fasa ketiga – Rambut akan kekal dengan lama sekitar 100 hari di kulit kepala

rambut gugur teruk

Kemudian, rambut akan mula tanggal dengan sendiri dan siklus kembali ke fasa pertama. Pun begitu, kondisi diabetes akan jadi punca siklus ini mula terjejas.

Perkaitan kesan diabetes pada rambut adalah ia akan menjejaskan siklus pertumbuhan rambut lantas mengakibatkan keguguran rambut atau botak lebih cepat.

Punca penghidap diabetes mengalami rambut gugur teruk

Persoalannya, bagaimana kesan diabetes pada rambut boleh jadi punca rambut gugur teruk sehingga menyebabkan kebotakan? Berikut adalah huraian lanjut tentang kesan tersebut!

#1. Gangguan pada sirkulasi darah

Seperti mana yang kita semua mungkin sudah tentu, penyakit kencing manis adalah punca tubuh badan mempunyai kadar gula di dalam darah yang terlalu tinggi.

Akibatnya, ia akan menyebabkan glukosa darah ini tertumpu dan terkumpul dalam jangka masa panjang (hiperglikemia kronik) lantas menjejaskan sirkulasi darah.

Kondisi ini bukan sahaja merosakkan fungsi penyaluran dan perjalanan darah malah akan mengurangkan jumlah oksigen dan zat bermanfaat yang sangat diperlukan.

Ia seterusnya akan mengakibatkan nutrisi tidak dapat diserap dan diagih dengan optimum ke seluruh tubuh badan termasuklah pada sel kulit kepala dan rambut.

Ini punca kenapa keguguran dan kebotakan rambut terjadi gara-gara diabetes.

rambut gugur teruk

#2. Gangguan pada sistem imun

Mereka yang ada kondisi diabetes adalah berisiko tinggi untuk mengalami gangguan pada sistem imunisasi tubuh badan seperti penyakit tiroid dan alopecia areata.

Penyakit tiroid akan menyebabkan gangguan pada keseimbangan hormon tiroid yang secara tidak langsung akan menjejaskan siklus pertumbuhan rambut individu.

Penyakit alopecia areata pula menyebabkan sel-sel folikel bulu yang sihat diserang oleh sistem imun lantas menjejaskan rambut pada kulit kepala dan kawasan lain-lain.

Pun begitu, masalah keguguran rambut dan kebotakan mungkin akan berlaku dengan berbeza bergantung kepada faktor jumlah folikel yang dipunyai oleh individu itu sendiri.

Selain itu, serangan daripada sistem imun juga mungkin tidak akan merosakkan keseluruhan folikel.

#3. Rambut gugur teruk angkara stres

Diabetes adalah antara penyakit yang tergolong di dalam kategori kronik lebih-lebih lagi jika kondisi ini mula jadi punca kepada komplikasi teruk pada tubuh badan.

Ia seterusnya sudah pasti akan membuat penderita kencing manis itu menjadi tertekan sehingga mereka mengalami masalah mental seperti stres atau sebagainya.

Stres pula mampu memicu perubahan hormon di dalam tubuh badan (fluktuasi) sekali gus mempengaruhi fungsi dan sistem termasuklah siklus pertumbuhan rambut.

Ini kerana ia akan meningkatkan kadar kortisol dan menjadikan sel-sel lebih kebal terhadap insulin lantas mengakibatkan glukosa darah lebih sukar untuk diserap.

Lama-kelamaan, masalah pada rambut seperti keguguran dan kebotakan mungkin akan terjadi.

rambut gugur teruk

Bagaimana elak masalah rambut gugur teruk jika ada diabetes?

Untungnya, kesan diabetes pada rambut ini mudah untuk diatasi kerana anda masih mampu memiliki rambut yang sihat meskipun ada kondisi kencing manis.

Caranya, anda hanya perlu cuba untuk mengawal dan merawat penyakit kencing manis melalui pengawalan dan perawatan kadar gula dalam darah yang tinggi.

Ia mungkin dapat dicapai melalui ubatan, rawatan serta amalan gaya hidup yang sihat agar kadar glukosa darah itu dapat dikekalkan pada tahap yang baik lagi ideal.

Sekiranya masalah keguguran dan kebotakan rambut gara-gara diabetes ini sudah terlalu teruk, sila berjumpa doktor untuk informasi dan nasihat yang lebih lanjut.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hair Loss and Diabetes- Relation Between Diabetes And Hair Loss, https://stark-diabetes.org/hair-loss-and-diabetes-relation-between-diabetes-and-hair-loss/, Accessed Nov 24 2021.
  2. Can Diabetes Affect Your Hair Growth?, https://beyondtype1.org/can-type-1-diabetes-affect-your-hair-growth/, Accessed Nov 24 2021.
  3. Can Diabetes Cause Hair Loss?,https://myhealthguide.org/can-diabetes-cause-hair-loss/, Accessed Nov 24 2021.
  4. Diabetes-Related Hair Loss: Causes and Dealing Ways , https://www.newhealthadvisor.org/diabetes-hair-loss.html, Accessed Nov 24 2021.
  5. Does Diabetes Cause Hair Loss?, https://www.wellthy.care/hair-loss-diabetes/, Accessed Nov 242021.

Versi Terbaru

22/04/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Heran Tengok Rambut Gugur Makin Teruk? Semak 'List' Ubat Anda, Ini Mungkin Puncanya!

Kelemumur Punca Masalah Rambut Anda Gugur Sehelai Sehari? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan