backup og meta

Khasiat Bunga Telang Untuk Orang Diabetes, Bukan Saja Boleh Dijadikan Nasi Kerabu!

Khasiat Bunga Telang Untuk Orang Diabetes, Bukan Saja Boleh Dijadikan Nasi Kerabu!

Tahukah anda, ada banyak khasiat bunga telang biru. Siapa sangka, bunga telang yang selalunya digunakan sebagai bahan untuk membuat nasi kerabu ini sebenarnya mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan. Malah, khasiat bunga telang untuk kencing manis juga merupakan sesuatu yang diakui pakar.

Bunga telang atau nama saintifiknya clitoria ternatea merupakan tanaman yang tergolong dalam keluarga Fabaceae

Bunga telang mendapat perhatian dalam perubatan moden disebabkan khasiatnya terhadap kesihatan dan juga kandungan antioksidannya yang tinggi.

Malah, bunga telang juga banyak digunakan di dalam perubatan tradisional untuk mengubat demam, inflamasi, kesakitan dan juga diabetes. 

Bukan itu sahaja, bunga telang juga boleh digunakan sebagai penawar bisa ular dan kala jengking! Hebat bukan?

Ingin tahu lebih lanjut mengenai manfaat bunga telang biru terhadap kesihatan? Mari ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah.

Khasiat bunga telang biru terhadap kesihatan

Selain kegunaannya dalam masakan, bunga telang biru mempunyai khasiat tersendiri terhadap kesihatan. Antaranya ialah:

1. Dapat menstabilkan gula dalam darah

khasiat bunga telang biru

Antara khasiat bunga telang untuk kencing manis ialah kemampuannya untuk menstabilkan kadar gula dalam darah. Malah, ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes dan simptom yang berkaitan.

Menurut kajian yang dimuatkan di dalam Tropical Journal of Pharmaceutical Research, sebuah ujian terhadap tikus yang menghidap diabetes telah menunjukkan keputusan yang positif. 

Pakar mendapati, setelah mengambil ekstrak bunga telang, kadar gula dalam darah subjek semakin berkurang.

Malah, menurut sebuah kajian yang dijalankan ke atas 15 orang lelaki, pakar mendapati pengambilan teh bunga telang dapat meningkatkan kadar antioksidan dalam darah. Malah, kadar gula dalam darah subjek juga semakin berkurang walaupun teh yang diambil mengandungi gula.

Walau bagaimanapun, masih banyak lagi kajian yang perlu dijalankan untuk menentukan kesan sebenar bunga telang terhadap kadar gula dalam darah.

2. Dapat mencantikkan kulit dan membuatkan rambut lebih berkilat

Selain itu, khasiat bunga telang biru yang mungkin ramai sudah tahu ialah kemampuannya untuk membuatkan kulit tampak lebih sihat dan rambut lebih berkilat.

Sebab itulah, bunga telang sering digunakan sebagai bahan dalam syampu dan semburan rambut.

Bunga telang mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi serta sangat bermanfaat untuk kesihatan rambut dan kulit.

Menurut sebuah kajian pada tahun 2021, ekstrak bunga telang mungkin dapat meningkatkan hidrasi kulit sebanyak 70% selepas penggunaan.

Malah, pakar juga mendapati ekstrak bunga biru ini lebih efektif daripada minoxidil, sejenis bahan yang digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan rambut.

Namun, masih banyak lagi kajian yang perlu dijalankan untuk menentukan kemampuan sebenar ekstrak bunga telang untuk merawat masalah rambut gugur.

3. Mungkin dapat mengurangkan berat badan

diet

Satu kajian juga mendapati pengambilan teh bunga telang juga mungkin dapat membantu kita menurunkan berat badan!

Pakar mendapati sejenis bahan yang terkandung di dalam bunga telang iaitu ternatins dapat menghalang proses sintesis lemak dalam badan.

Walau bagaimanapun, semua kajian yang dijalankan setakat ini berskala kecil. Masih banyak lagi kajian lain yang perlu dilakukan untuk mengetahui khasiat bunga telang biru yang sebenarnya.

Baca juga:

Bagaimana hendak menggunakan bunga telang biru?

khasiat bunga telang biru

Bunga telang biru digunakan di dalam banyak produk kosmetik. Antaranya ialah semburan rambut, toner, syampu dan masker muka. Malah, ia juga digunakan di dalam masakan sebagai pewarna biru.

Anda juga boleh menggunakan tumbuhan ini sebagai teh herba. Teh ini juga dikenali sebagai teh bunga telang.

Untuk membuat teh bunga telang, gunakan 1 sudu teh bunga telang kering selama 10-15 minit. Kemudian, tapis sisa bunga telang sebelum menghidangnya secara panas atau sejuk.

Anda juga boleh tambahkan jus lemon, perahan limau atau madu untuk meningkatkan rasanya. Malah, jika anda tambahkan makanan yang berasid, air teh bunga telang juga akan bertukar menjadi warna ungu.

Kesimpulan

khasiat bunga telang biru

Tidak dinafikan, ada banyak khasiat bunga telang biru terhadap kesihatan. Di samping kemampuannya untuk menstabilkan kadar gula dalam darah, bunga telang biru juga boleh digunakan untuk mengubati masalah rambut dan kulit.

Walau bagaimanapun, kita masih memerlukan lebih banyak kajian untuk menentukan khasiat bunga telang biru yang sebenar.

Jika anda ingin mengambil bunga telang biru, pastikan anda mengambilnya dalam jumlah yang sederhana. Buat masa ini, pakar masih belum pasti jika bunga telang biru mempunyai sebarang kesan sampingan terhadap kesihatan. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Antihyperglycemic and antioxidant activity of Clitorea ternatea Linn. on streptozotocin-induced diabetic rats. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3968710/. Accessed on April 23, 2022.
  2. Blood Sugar Level Ranges. https://www.diabetes.co.uk/diabetes_care/blood-sugar-level-ranges.html. Accessed on April 23, 2022.
  3. Butterfly Pea (Clitoria ternatea), a Cyclotide-Bearing Plant With Applications in Agriculture and Medicine. https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fpls.2019.00645/full. Accessed on April 23, 2022.
  4. Diabetes. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/symptoms-causes/syc-20371444. Accessed on April 23, 2022.
  5. Hypoglycemic Effects of Clitoria ternatea Linn. (Fabaceae) in Alloxan-induced Diabetes in Rats. https://www.researchgate.net/publication/43561137_Hypoglycemic_Effects_of_Clitoria_ternatea_Linn_Fabaceae_in_Alloxan-induced_Diabetes_in_Rats. Accessed on April 23, 2022.

Versi Terbaru

09/12/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Masih Ada Diabetes Lepas Bersalin? Ini 4 Petua Hilangkan Kencing Manis Untuk Ibu!

5 Petua Hilangkan Bengkak Kaki Kencing Manis, Antaranya Guna Garam Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 09/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan