backup og meta

7 Jenama Beras ‘Mesra’ Pesakit Diabetes, Boleh Beli Di Sini!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

7 Jenama Beras ‘Mesra’ Pesakit Diabetes, Boleh Beli Di Sini!

Beras atau nasi mungkin makanan yang menjadi igauan utama bagi pesakit diabetes. Mana tidaknya, ia boleh menaikkan gula darah dengan kadar yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak mempunyai diabetes. Namun, jika masih mahu makan nasi, ada beberapa pilihan jenama beras untuk kencing manis yang boleh dipertimbangkan.

Jenama-jenama berikut adalah antara yang mempunyai rendah nilai GI dan lebih baik berbanding beras putih biasa. Ia juga antara jenama beras terbaik untuk kesihatan.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kencing Manis, anda boleh klik di sini.

Jenama beras untuk kencing manis

Beras merupakan makanan asas bagi kebanyakan rakyat Malaysia.

Namun, bagi pesakit diabetes, pengambilan beras boleh meningkatkan paras gula darah dengan mendadak berbanding paras normal.

Ini kerana beras mengandungi karbohidrat yang akan menjadi gula setelah dicerna dalam badan.

Oleh itu, pesakit diabetes perlu memilih jenis beras yang sesuai seperti:

berbanding beras putih biasa.

jenama beras untuk kencing manis
Beberapa kelebihan jika anda makan beras perang berbanding beras putih.

Adakah terdapat jenama beras untuk kencing manis yang sesuai dengan keperluan golongan ini? Mestilah ada.

Lihat di bawah ini untuk tahu jenama beras rendah GI:

#1. ecoBrown’s Original Brown Rice

ecoBrown’s Original Brown Rice adalah beras perang yang tidak digilap, menjadikannya kaya dengan serat, vitamin dan mineral.

Serat yang tinggi dalam beras ini membantu melambatkan penyerapan gula.

Ia bermanfaat untuk mengawal paras gula darah pesakit diabetes. Selain itu, beras ini juga kaya dengan antioksidan yang membantu dalam memerangi radikal bebas dalam tubuh.

#2. KAY KAY™ Rice & More Low Sugar Rice

Beras ini dikeluarkan khas untuk mereka yang mementingkan kesihatan.

KAY KAY™ Rice & More Low Sugar Rice mempunyai kandungan gula yang rendah, menjadikannya pilihan yang ideal untuk pesakit diabetes.

Selain itu, beras ini juga mengandungi vitamin B yang baik untuk metabolisme dan tenaga badan.

#3. Jenama beras untuk kencing manis: Mewah Basmati Parboiled Rice

Mewah Basmati Parboiled Rice adalah antara jenama beras basmati untuk diabetes.

Ia telah melalui proses perebusan sebelum digilap.

Proses ini untuk memastikan pengekalan nutrien yang terkandung dalam setiap butir beras.

Ia juga mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah berbanding beras putih biasa di pasaran.

Beras ini juga mempunyai tekstur yang lebih kenyal dengan rasa yang unik.

#4. ecoBrown’s Steam Brown Rice

Ecobrown’s Steam Brown Rice merupakan antara varian lain daripada jenama keluaran Ecobrown.

Ia dihasilkan melalui proses stim untuk memastikan nutrien dan serat dalam beras masih kekal berada pada paras yang tinggi.

Beras ini boleh membantu dalam pengawalan gula darah kerana ia antara jenama beras rendah GI.

Proses stim juga menjadikan beras jenama ini lebih mudah dimasak dan mempunyai tekstur yang lebih lembut.

#5. Jasmine Sunbrown Brown Rice

Jasmine Sunbrown Brown Rice adalah beras perang yang kaya dengan serat, menjadikannya lambat dicerna dan membantu mengawal paras gula darah.

Beras ini juga ditanam dengan kaedah organik.

Oleh itu, ia bebas daripada bahan kimia dan racun perosak.

Fakta

Beras perang dan beras parboiled adalah pilihan lebih baik kerana kandungan serat dan nutriennya yang tinggi. 

#6. Jenama beras untuk kencing manis: Earth Living Organic Pearl Brown Rice

Beras ini adalah beras organik yang ditanam tanpa penggunaan bahan kimia berbahaya.

Earth Living Organic Pearl Brown Rice mempunyai tekstur yang lembut dan kaya dengan serat, vitamin dan mineral.

Ia juga mengandungi antioksida yang baik untuk kesihatan jantung.

#7. Jenama beras untuk kencing manis: BMS Organics Natural Brown Rice

BMS Organics Natural Brown Rice adalah beras perang semula jadi yang tidak mengandungi bahan kimia atau racun perosak.

Ia kaya dengan serat dan nutrien yang membantu dalam pengawalan gula darah.

Selain itu, beras ini juga mempunyai rasa yang lebih manis dan tekstur yang lembut.

Jenama ini adalah antara jenama beras terbaik untuk kesihatan.

Kesimpulan

Kini anda telah tahu jenama beras terbaik untuk kesihatan.

Pilihan beras yang tepat adalah penting bagi pesakit diabetes untuk mengawal paras gula darah mereka agar tidak melonjak naik.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rice and Diabetes: How Great is the Risk?. https://diatribe.org/rice-and-diabetes-how-great-risk. Diakses pada Oktober 24, 2023. 

Rice for Diabetics Patients. https://www.freedomfromdiabetes.org/blog/post/best-rice-for-diabetes/2905. Diakses pada Oktober 24, 2023.

Wholegrains and diabetes. https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/enjoy-food/carbohydrates-and-diabetes/wholegrains-and-diabetes-. Diakses pada Oktober 24, 2023.

Foods that spike a patient’s blood glucose are not what you think. https://www.ama-assn.org/delivering-care/diabetes/foods-spike-patient-s-blood-glucose-are-not-what-you-think. Diakses pada Oktober 24, 2023.

Get to Know Carbs. https://diabetes.org/food-nutrition/understanding-carbs/get-to-know-carbs. Diakses pada Oktober 24, 2023.

Versi Terbaru

11/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selain Jaga Pemakanan, 10 Cara Ini Berkesan Turunkan Bacaan Gula Darah!

Ini Rawatan Paling Berkesan Jika Anda Menghidap Diabetes Jenis 2


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 11/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan