Hormon anti-diuretik, juga dikenali sebagai vasopressin, dibuat di hipotalamus anda dan disimpan di dalam kelenjar pituitari.
Ada pelbagai jenis diabetes insipidus yang ditentukan mengikut sebab-sebabnya. Ini mungkin termasuk:
- Kencing manis insipidus pusat. Ini berpunca apabila kelenjar hipotalamus atau pituitari telah rosak. Ia mengganggu penyimpanan dan pembuangan ADH. Ini boleh juga terjadi daripada pembedahan, ketumbuhan, meningitis, kecacatan genetik atau kecederaan kepala.
- Nephrogenic diabetes insipidus. Ini selalunya berpunca daripada kecacatan di tubula buah pinggang (struktur di mana air dikeluarkan atau dikekalkan di buah pinggang). Kecacatan ini mungkin berpunca daripada kecacatan genetik atau kecacatan buah pinggang yang kronik. Terdapat beberapa ubat yang boleh menyebabkan kerosakan di tubula buah pinggang. Ubat-ubat ini mengandungi litium dan demeclocycline.
- Gestational diabetes insipidus. Ini terjadi ketika mengandung dan hanya sementara.
- Polydipsia utama. Keadaan ini juga dikenali sebagai diabetes insipidus dipsogenik atau polydipsia psikogenik, ia berpunca daripada pengambilan cecair yang berlebihan. Ia tidak terlibat dengan mana-mana masalah pengeluaran ADH atau tindakbalas.
Untuk beberapa kes, punca sebenar tidak diketahui.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Diabetes Insipidus?
Beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda untuk penyakit diabetes insipidus boleh termasuk:
- Jantina. Lelaki lebih berisiko mendapat diabetes insipidus berbanding wanita.
- Faktor genetik. Ibubapa yang mengidap diabetes insipidus boleh menyebabkan anak-anak mereka berisiko mendapat penyakit yang sama.
Tanpa faktor-faktor berisiko tidak bermakna anda tidak boleh mendapat kencing manis ini. Anda patut berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit kencing manis insipidus didiagnosis?
Untuk diagnosis diabetes insipidus, doktor anda akan melakukan ujian darah dan air kencing.
Juga bergantung kepada teruknya penyakit itu, pesakit akan diminta melakukan MRI (resonans magnetik) pada otak dan beberapa ujian tambahan lain.
Bagaimana pesakit Diabetes Insipidus dirawat?
Pilihan rawatan untuk diabetes insipidus bergantung kepada keadaan anda dan puncanya. Beberapa pilihan rawatan boleh termasuk seperti berikut:
- Terapi desmopressin. Selalunya jika kurangnya ADH, doktor anda mungkin menetapkan hormon sintetik iaitu desmopressin. Ubat ini boleh didapati sebagai semburan hidung, tablet lisan atau suntikan. Rawatan ini sangat sesuai untuk diabetes insipidus pusat.
- Terapi diuretik. Rawatan ini digunakan untuk nephrogenic diabetes insipidus. Ubat ini digelar sebagai hydrochlorothiazide. Ini boleh digunakan secara asing atau sekali dengan ubat-ubat lain. Doktor anda mungkin menentukan anda dengan diet sodium rendah.
- Merawat punca dasarnya. Jika gejala-gejala anda adalah pengambilan ubat, doktor anda akan mengubah perubatan anda ke alternatif yang berbeza. Jika keadaan anda berpunca daripada keadaan mental, doktor anda akan merawatnya terlebih dahulu. Sebagai tambahan, doktor anda akan mempertimbangkan untuk membuang ketumbuhan jika itu adalah penyebabnya.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Diabetes Insipidus?
Berikutnya merupakan gaya hidup dan rawatan sampingan di rumah yang boleh membantu anda mengatasi diabetes insipidus:

- Cegah penyahhidratan dengan minum air yang cukup bila dahaga.
- Ambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor anda.
- Berkomunikasi dengan doktor anda jika anda mengalami perubahan dengan keadaan anda.
- Pergi ke hospital atau pusat kesihatan terdekat jika anda mengalami tanda-tanda demam panas, cirit birit, berpeluh atau anda kerap membuang air kecil ketika tempoh rawatan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen