Gula darah yang tinggi mungkin menjadi petanda awal anda menghidap diabetes. Oleh sebab itu, bagi mereka yang menghidap pradiabetes, anda perlu tahu cara kurangkan gula dalam darah dengan cepat agar ia tidak mencanak naik. Ini senarai makanan untuk kurangkan gula darah yang boleh anda amalkan.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kencing Manis, anda boleh klik di sini.
Cara kurangkan gula dalam darah dengan cepat: Ambil 7 makanan ini
Untuk membantu mengawal paras gula dalam darah, kita perlu memilih makanan yang betul.
Berikut adalah tujuh jenis makanan semula jadi yang telah terbukti secara saintifik dapat menurunkan paras gula darah.
#1. Kekacang
Kekacang seperti kacang soya, kacang merah dan kacang hitam kaya dengan serat dan juga protein.
Sebagai contoh, kacang merah dan kacang hitam mempunyai indeks glisemik yang rendah.
Jika nilai indeks glisemik sesuatu makanan itu rendah, maka ia tidak akan meningkatkan paras gula darah dengan cepat.
Selain itu, kekacang juga membantu dalam mengenyangkan perut untuk jangka masa yang lama.
Ini secara tidak langsung akan menurunkan berat badan anda.
Secara umumnya, pengambilan makanan kaya serat seperti kekacang ini dapat membantu dalam pengawalan gula darah anda.
#2. Cara kurangkan gula: Makan oat
Oat merupakan sumber makanan yang baik untuk anda mendapatkan serat larut.
Serat ini dapat mengurangkan penyerapan glukosa dalam aliran darah selain dapat meningkatkan sensitiviti insulin.
Ini sekali gus membantu menurunkan gula darah badan.
Selain itu, oat juga memberikan rasa kenyang lebih lama, yang dapat membantu mengurangkan pengambilan kalori dan menggalakkan pengurusan berat badan.
#3. Buah beri
Buah beri seperti strawberi, bluberi, dan raspberi kaya dengan antioksidan dan serat.
Buah ini mempunyai indeks glisemik yang rendah berbanding jenis buah-buahan lain.
Buah beri adalah makanan yang sempurna untuk dijadikan sebagai snek sihat.
Anda boleh mencampurkan buah beri ke dalam oatmil atau smoothie untuk menambahkan rasa dan khasiat dalam hidangan tersebut.
#4. Cara kurangkan gula dalam darah: Bawang putih
Bawang putih tidak hanya berfungsi sebagai penambah rasa dalam masakan. Akan tetapi, ia juga memiliki sifat antidiabetik.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa, bawang putih dapat membantu menurunkan gula darah serta meningkatkan kesihatan jantung.
Bawang putih turut mengandungi banyak bahan antioksidan yang boleh memberikan manfaat kesihatan lain kepada tubuh kita.
#5. Ikan berminyak
Ikan berminyak seperti salmon, sardin dan tuna adalah sumber asid lemak omega-3 yang sangat baik.
Ia telah terbukti membantu dalam mengurangkan keradangan dan meningkatkan sensitiviti insulin.
Pengambilan ikan berminyak secara berkala dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi diabetes seperti penyakit jantung dan juga strok.
#6. Cara kurangkan gula dalam darah: Avokado
Buah berwarna hijau ini kaya dengan serat dan lemak sihat yang dapat membantu mengurangkan rasa lapar dan mengekalkan paras gula darah agar kekal stabil.
Avokado juga adalah sumber yang baik bagi kalium, yang boleh membantu mengendalikan tekanan darah.
Penyelidikan turut menunjukkan, buah avokado dapat membantu dalam pengurusan berat badan yang merupakan faktor penting dalam mengawal diabetes.
#7. Sayur bayam
Sayuran hijau seperti bayam adalah sumber yang baik untuk anda mendapatkan vitamin dan mineral. Ia juga rendah kalori dan karbohidrat.
Bayam mengandungi magnesium yang dapat membantu tubuh menggunakan gula dan insulin dengan lebih berkesan.
Selain itu, sayur bayam juga adalah sumber vitamin A, C dan K serta serat yang amat penting untuk keperluan tubuh.
Kesimpulan
Kini anda telah tahu cara kurangkan gula dalam darah melalui 7 jenis makanan di atas.
Makanan seperti ini perlu diambil sebagai sebahagian daripada diet seimbang dan gaya hidup yang sihat.
Jika anda mengalami pradiabetes atau diabetes, adalah penting untuk berbincang dengan doktor atau pakar pemakanan sebelum melakukan sebarang perubahan pada diet anda.
[embed-health-tool-bmi]