Adakah Bedung Bayi Itu Selamat? Apa Cara Bedung Bayi Yang Betul?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bedung bayi atau membuat balutan kepada bayi anda yang baru lahir boleh membantunya untuk tidur lena dan mengurangkan kebarangkalian si manja untuk terjaga.

Bedung bayi sebenarnya amat mudah untuk dilakukan, walau bagaimanapun masih terdapat beberapa peraturan atau cara yang perlu diikuti untuk keselamatan bayi anda. 

Waktu bilakah untuk bedung bayi?

bedung bayi

Berbedung adalah untuk bayi yang sangat muda – bermula seawal daripada kelahiran sehingga ketika mereka mula menunjukkan tanda-tanda yang mereka berkebolehan untuk meniarap atau berguling (biasanya 4 hingga 6 bulan tetapi kadang-kadang lebih muda daripada tempoh tersebut).

Adakah bedung bayi selamat?

bedung bayi

Ibu bapa baharu sering belajar bagaimana untuk membedung bayi mereka daripada jururawat di hospital. Selimut yang dibalut di sekeliling badan bayi anda boleh menyerupai rahim ibu dan membantu menenangkan bayi baru lahir anda.

American Academy of Pediatrics (AAP) menyatakan bahawa apabila berbedung dilakukan dengan betul, ia dapat menjadi teknik yang efektif untuk membantu menenangkan bayi dan menggalakkan bayi untuk lebih mudah tidur.

Tetapi jika anda merancang untuk membedungkan bayi anda di rumah, anda perlu mengikuti beberapa garis panduan untuk memastikan anda melakukannya dengan selamat.

Untuk mengurangkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mendadak, atau SIDS, adalah penting untuk meletakkan bayi anda tidur di belakangnya, setiap kali anda meletakkan dia di tempat tidur. Ini mungkin lebih penting jika bayi anda dibedung.

Sesetengah kajian menunjukkan peningkatan risiko SIDS dan sesak nafas apabila bayi dibedung jika mereka diletakkan di bahagian perut mereka untuk tidur, atau jika mereka bergolek ke atas perut mereka.

Bagaimanakah cara membedung bayi yang betul?

  • Bentangkan sehelai kain benang kapas yang lembut di atas satu permukaan rata dan lipatkan sudut kanannya kira-kira 15cm ke bawah.
  • Baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya di atas kain tersebut.
  • Tarik sudut terdekat pada tangan kirinya sambil menutupi badannya. Kemudian, masukkan bahagian depan pada bawah lengan kanannya dan mengelilingi belakang bayi.
  • Tarik sudut hujung bawah ke atas hingga mencecah bawah dagunya.
  • Tarik sudut kanan ke atas dan masukkannya ke bawah belakangnya di sebelah kiri.

Ada juga sesetengah bayi yang suka tangan mereka bebas bergerak. Jika si kecil mula meronta dan kelihatan tidak selesa, cuba lepaskan tangan mereka dengan cara hanya membedung bayi pada bahagian bawah ketiaknya.

Cadangan tidur secara selamat oleh AAP untuk bayi anda

bedung bayi

AAP mengesyorkan ibu bapa mengikuti saranan tidur secara selamat setiap kali mereka meletakkan bayi mereka tidur untuk tidur siang atau pada waktu malam:

Kesimpulan

Membedung bayi adalah satu kaedah tradisional yang membalut atau membungkus bayi dengan kemas untuk membuat bayi berasa selamat dan tenang.

Secara saintifiknya, ia terbukti berkesan kerana perbuatan ini dapat mengelakkan bayi terganggu dengan refleks sentakan (kejutan hipnagogik) badannya sendiri. Namun begitu, jika ibu bapa membedung bayi dengan cara yang tidak betul, ia boleh mengakibatkan “hip dysplasia’’ kepada bayi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Puting Kosong, Objek Ajaib Menenangkan Si Manja! Tapi Ia Boleh Buat Gigi Bayi Jongang?

Memang ramai ibu bapa yang gemar memberi si kecil mereka puting kosong. Namun adakah ia boleh buat gigi mereka jongang? Jom ikuti artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 13/10/2020 . 3 minit bacaan

Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

Pasti ramai yang rasa teruja ketika melawat ibu bersalin dan bayi yang baru lahir. Jika anda ingin melawat, jom ikuti 7 tip ketika melawat bayi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Kehamilan, Kelahiran Bayi 18/09/2020 . 3 minit bacaan

Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

Wanita hamil dengan sindrom ovari polisistik dikatakan boleh memberi kesan kepada jantina bayi dalam kandungan, adakah ia benar?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 17/09/2020 . 3 minit bacaan

Selamat Ke Penyaman Udara Untuk Si Manja? Sebelum Buka Aircond Dalam Bilik Bayi, Baca Ini Dulu!

Ramai yang percaya bahawa pendingin hawa bahaya untuk bayi. Tapi, betul ke? Penggunaan penyaman udara sebenarnya boleh buatkan bayi tidur dengan lebih lena!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 15/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyakit PCOS dan kehamilan

Wanita PCOS Berjaya Hamil? Ambil Tahu Ini, Ada Risiko Pada Bakal Ibu & Bayi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan
persediaan untuk hamil

Masih Belum Hamil? Jangan Risau, Ada Kajian Kata Risiko Kanser Ovari Rendah Jika Hamil Lewat

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan
sebab keguguran

Benarkah Bekerja Pada Waktu Malam Boleh Jadi Punca Keguguran Janin? Ini Kata Kajian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/11/2020 . 3 minit bacaan
mengesan kehamilan PCOS

Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan