backup og meta

Banyak Main Telefon Pintar Punca Kesihatan Mental Remaja Makin Terjejas, Betul Ke?

Banyak Main Telefon Pintar Punca Kesihatan Mental Remaja Makin Terjejas, Betul Ke?

Anda pasti mengetahui tentang keburukan telefon pintar kepada kanak-kanak dan remaja. Tetapi lebih bahaya, gajet tersebut juga dikatakan boleh beri kesan kepada kesihatan mental, benarkah?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Keburukan telefon pintar

Kita selalu beranggapan bahawa penggunaan gajet, seperti telefon pintar akan mendatangkan kesan negatif kepada aspek kesihatan mental penggunaannya terutama remaja dan kanak-kanak.

Tetapi, benarkah keburukan telefon pintar membuatkan seseorang itu mengalami gangguan mental? 

Sebelum kita pergi dengan lebih jauh untuk melihat adakah wujudnya hubung kait antara kesihatan mental dengan penggunaan telefon pintar mahupun gajet.

Apa kata kita fahami dahulu apa yang dikatakan tentang masalah kesihatan mental?

Masalah kesihatan mental

Sejujurnya masalah kesihatan mental adalah sukar untuk dikenal pasti.

Ia lebih melibatkan kepada emosi, cara berfikir dan apa yang anda rasakan.

Seorang individu kanak-kanak atau remaja boleh mengalami masalah kesihatan berkaitan mental sama seperti individu dewasa. 

Simptom dihadapi mungkin sukar untuk dilihat atau dikesan.

keburukan telefon pintar

Sebagai ibu bapa, anda perlu tahu tanda anak anda menderita kesihatan mental untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut.

Ekspresi bagi kanak-kanak mahupun remaja yang mengalami masalah kesihatan mental mungkin berbeza dengan individu dewasa dengan masalah kesihatan yang sama.

Contohnya, kanak-kanak atau remaja dengan kemurungan akan bertingkah laku lebih terganggu berbanding individu dewasa kemurungan yang kebanyakannya akan berasa sedih.

Antara simptomnya

  • Kegelisahan – bertindak balas terhadap situasi tertentu seperti ketakutan, kebimbangan dan juga gementar.
  • Gangguan tingkah laku – cenderung melanggar peraturan dan mempunyai tingkah laku antisosial dalam persekitaran berstruktur seperti sekolah.
  • Gangguan perkembangan – keliru dalam pemikiran dan secara umumnya sukar memahami dunia di sekelilingnya.
  • Gangguan pemakanan – mempunyai tingkah laku luar biasa seperti emosi yang tertekan apabila dipaksa untuk makan.
  • Gangguan emosi – berasa sedih setiap masa, dan perubahan emosi kerap berlaku.
  • Skizofrenia – satu gangguan serius berkaitan dengan persepsi dan pemikiran yang terganggu. Gangguan ini merupakan masalah kesihatan yang serius apabila kanak-kanak melakukan pergerakan berulang, secara tiba-tiba dan pergerakan yang tidak mempunyai sebarang makna.

keburukan telefon pintar

Kaitan kesihatan mental & telefon pintar

Ada satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Clinical Psychological Science.

Ia mencadangkan bahawa penggunaan telefon pintar atau gajet dan melayari internet bukanlah sesuatu yang mendatangkan kesan negatif kepada individu remaja. 

Kajian yang dilakukan ini adalah untuk mengesan sama ada penggunaan telefon pintar yang dikaitkan sebagai teknologi digital untuk tempoh yang lama oleh remaja mempunyai kaitan dengan tahap kesihatan mental yang tidak sihat.

Menurut penyelidik yang terlibat terdapat sedikit sahaja bukti yang mengaitkan mengenai hubungan langsung penggunaan teknologi digital harian dengan tahap kesihatan mental remaja.

Bantu kurangkan tekanan

Berdasarkan kajian itu, mungkin sudah tiba masanya untuk individu dewasa berhenti berdebat mengenai keburukan telefon pintar mahupun sebarang gajet serta medium sosial terhadap kesihatan mental remaja.

Ini kerana ia berbeza dengan kepercayaan umum yang mengatakan keburukan telefon pintar mahupun platform media sosial menyebabkan masalah dan kerosakan kepada remaja.

Para penyelidik mendapati tidak banyak kesan yang menyokong kepada kepercayaan umum. 

Ia mengaitkan telefon pintar dan platform atas talian dengan peningkatan risiko kepada masalah berkaitan kesihatan. 

Kajian terhadap 2000 orang remaja

Penyelidikan yang dilaksanakan ini melibatkan kajian tinjauan kepada lebih 2,000 remaja.

Seterusnya kajian secara intensif kepada subkumpulan yang melibatkan 400 remaja dengan penggunaan telefon pintar untuk beberapa kali sehari selama dua minggu.

Remaja yang terlibat dalam kajian tersebut adalah dalam usia 10 hingga 15 tahun.

Ia mewakili penduduk daripada pelbagai segi ekonomi dan kaum yang menghadiri sekolah awam di Carolina Utara.

keburukan telefon pintar

Daripada kajian yang dilakukan, penyelidik mengumpulkan laporan mengenai simptom kesihatan mental dari remaja sebanyak tiga kali sehari.

Malah remaja yang terlibat dalam uji kaji ini juga turut melaporkan penggunaan teknologi harian pada setiap malam. 

Hasil keputusan laporan mendapati, golongan remaja yang cenderung kepada penggunaan teknologi digital tidak menunjukkan sebarang perkaitan dengan tahap mental yang tidak sihat.

Sebaliknya, remaja yang lebih kerap menggunakan teknologi seperti telefon pintar untuk menghantar mesej teks dilaporkan mempunyai emosi yang lebih baik.

Mereka akan kurang tertekan, berbanding dengan remaja yang tidak. 

Terhadkan penggunaan telefon pintar

Jadi, kita sebenarnya tidak boleh menafikan memang ada keburukan telefon pintar kepada pelajar dan kebaikan di dalam masa sama mahupun teknologi digital dalam kehidupan seseorang individu.

Walau bagaimanapun, mungkin masih perlu ada batasan dalam kebebasan untuk menggunakan telefon pintar dan sebarang teknologi digital terutama bagi kanak-kanak dan remaja. 

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Gadget Addiction, https://scet.berkeley.edu/reports/gadget-addiction/, Accessed on Aug 29, 2019
  2. The Impact of using Gadgets on Children, https://www.longdom.org/open-access/the-impact-of-using-gadgets-on-children-31330.html, Accessed on Aug 29, 2019
  3. Parenting Children in the Age of Screens, https://www.pewresearch.org/internet/2020/07/28/parenting-children-in-the-age-of-screens/, Accessed on Aug 29, 2019
  4. WHAT DO WE KNOW ABOUT CHILDREN AND TECHNOLOGY?, https://www.oecd.org/education/ceri/Booklet-21st-century-children.pdf, Accessed on Aug 29, 2019
  5. Effects of Technology on Children During a Pandemic, https://online.regiscollege.edu/blog/effects-of-technology-on-children/, Accessed on Aug 29, 2019

 

 

Versi Terbaru

10/05/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Si Kecil Asyik Minta Phone Sahaja? Ibu Ini Kongsi Tip Elak Anak Ketagih Gajet!

Cari Cara Nak Latih Anak Ke Tandas? Ibu Ini Kongsi 7 Tip Potty Train Anak


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan