Wean Off, Adakah Baby Bersedia? Ini Yang Ibu Kena Tahu Tentang Usia Sesuai Bercerai Susu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 14/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Berbicara tentang proses penyusuan, pernah tak anda terfikir bilakah masa sesuai untuk cerai susu dilakukan? Adakah wean off  atau bercerai susu ini jadi terlalu awal atau terlalu lewat?

Masa sesuai untuk cerai susu

Bergelar seorang ibu, anda sememangnya akan disarankan untuk melakukan penyusuan eksklusif kepada si manja.

Anda akan diberitahu tentang kepentingan dan kebaikan susu kepada si manja serta tahap kesihatan anda.

Pun begitu, tidak siapa yang memberitahu anda bilakah masa sesuai untuk meneruskan proses cerai susu, kan?

Semestinya proses penyusuan akan dapat membantu mengukuhkan ikatan antara ibu dan anak

Di samping eratkan jalinan kasih sayang, susu juga merupakan sumber pemakanan tunggal untuk bayi untuk proses tumbesaran.

Umumnya, tiada keputusan objektif di sini untuk menentukan tempoh masa bagi proses penyusuan. Sama ada setahun atau lebih lama daripada itu.

Walau apa pun, keputusan untuk wean off adalah bergantung kepada anda 100%. Badan anda, anak anda – maka itu adalah hak anda.

Pandangan organisasi kesihatan utama

Kebanyakan organisasi kesihatan utama mengesyorkan penyusuan susu ibu untuk sekurang-kurangnya setahun.

Ia dilakukan dengan 6 bulan penyusuan eksklusif, diikuti kombinasi proses penyusuan dengan pengambilan makanan pejal untuk bayi. 

Kemudian panduan penyusuan akan berbeza mengikut berapa lama tempoh menyusu yang ingin diteruskan. 

Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan American Academy of Family Physicians (AAFP) mengesyorkan penyusuan susu untuk dilakukan bagi tempoh masa yang lebih lama. 

Ini kerana terdapat banyak faedah penyusuan kepada bayi bagi tempoh menyusu 2 tahun atau lebih. 

proses penyusuan

Tempoh purata cerai susu

Proses wean off adalah 1 keadaan yang sukar ditentukan secara tepat.

Jika anda adalah seorang ibu yang memilih untuk menyusukan si manja melepasi usia lebih 3 tahun, ketahuilah bahawa itu adalah situasi normal. 

Bahkan AAFP menyatakan, berdasarkan data antropologi, usia semula jadi untuk cerai susu – iaitu yang ditentukan oleh kanak-kanak itu sendiri – adalah antara 2.5 hingga 7 tahun.

Apa yang pasti, bukan semua individu kanak-kanak akan terus menyusu sehingga mencapai usia 7 tahun. 

Tetapi sekurang-kurangnya, anda menyedari adalah normal untuk perkara itu berlaku.

Memulakan proses bercerai susu

Pakar menyarankan untuk memulakan proses wean off sebaik sahaja anak mula mengambil makanan pejal.

Namun, ia bukan bermakna terus berhenti 100%, ya? 

Cuma anda mengurangkan jumlah penyusuan dari masa ke masa. Ia mungkin memakan masa daripada beberapa bulan hingga ke tahun.

Proses ini sekurang-kurangnya dapat memberikan badan anda dan juga bayi untuk menyesuaikan diri.

Umumnya, melakukan cerai susu akan memberikan kesan signifikan yang berbeza bergantung kepada usia bayi.

Sebelum usia 6 bulan

Perlu diingat bayi berumur 6 bulan ke bawah disarankan untuk diberi penyusuan susu ibu secara eksklusif. Namun, jika ada kes berbeza, anda perlu menggantikan penyusuan badan dengan susu formula. 

Jika bayi anda tidak biasa minum melalui botol susu, anda perlu membiasakan mereka. 

Secara perlahan-lahan, tingkatkan jumlah penyusuan botol susu dan kurangkan penyusuan susu badan. 

Dalam masa beberapa minggu atau bulan, anda boleh terus beralih kepada penggunaan botol susu.

Selepas usia 6 bulan

Pada usia ini, anda boleh menggantikan beberapa sesi penyusuan dengan makanan pejal.

Tetapi anda harus menyedari bahawa seorang bayi biasanya tidak mengambil makanan pejal dalam jumlah yang banyak. 

Ibu perlu menggabungkan susu formula apabila mengurangkan sesi proses penyusuan badan. Tambahkan susu formula ke dalam makanan pejal sebagai makanan tambahan.

Sentiasa ingat bahawa susu ibu atau susu formula masih merupakan sumber kalori utama si manja pada tahun pertama.

Selepas usia setahun

Jika bayi mengambil makanan pejal dan mula meminum air bersama susu, anda boleh mengurangkan penyusuan bayi tanpa perlu menggantikannya dengan susu formula.

Melakukan cerai susu pada usia ini mungkin melibatkan keterikatan emosi. 

Jadi anda mungkin perlu memikirkan cara lain untuk mewujudkan rasa selesa pada bayi seperti ketika mereka menyusu badan.

proses penyusuan

Secara mengejut

Tindakan ini sangat tidak digalakkan, kerana menyebabkan pembengkakan payudara dan meningkatkan risiko jangkitan. Ia juga boleh menjejaskan emosi bayi dan anda.

Namun, dalam situasi tertentu, wean off secara mengejut ini mungkin didasari oleh keperluan tertentu. Tapi pastikan anda menggantikannya dengan makanan atau susu formula yang sesuai.

Secara sendiri

Seperti namanya, ia bermakna anda memberikan kebebasan pada si manja mengikut keselesaannya untuk proses cerai susu.

Setiap kanak-kanak adalah berbeza dari segi penyusuan. Ada yang mudah berhenti menyusu, ada yang memerlukan lebih banyak masa sebelum wean off.

Terpulang kepada ibu…

Keputusan mengenai berapa lama proses penyusuan atau cerai susu akan dilakukan adalah hak peribadi anda. 

Setiap ibu pastinya mempunyai pendirian yang melibatkan emosi dan fizikal untuk apa yang terbaik buat dirinya dan anak. 

Namun, ibu perlu ingat, keputusan untuk menghentikan penyusuan adalah berbeza bagi setiap anak-anak. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Anak Gemar Makan Keju Tapi Ibu Tahu Tak Berapa Banyak Si Kecil Boleh Makan Sehari?

Makanan berkeju seperti piza, jadi pilihan pemakanan anak. Tetapi berapa jumlah pengambilan produk tenusu harian yang disarankan untuk kanak-kanak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 02/12/2020 . 3 minit bacaan

Payudara Lelaki Mungkin Tidak Sebesar Wanita, Tapi Ada Fungsi Pada Puting Dada Si Jejaka

Semua orang tahu puting lelaki tidak mempunyai sebarang fungsi biologikal. Jika ada dan puting anda mengeluarkan susu, anda perlu berjumpa doktor...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 11/11/2020 . 3 minit bacaan

Ini Cara Atlet Jaga Prestasi, Kekalkan Kecergasan Fizikal, Awasi Pengambilan 13 Makanan Ini

Pemakanan sihat penting untuk menjamin kecergasan fizikal seorang atlet. Pengambilan makanan tidak sihat mungkin akan memberi kesan negatif kepada tubuh.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 05/11/2020 . 3 minit bacaan

Si Manja Dah Boleh Makan? Ini Masa Sesuai Perkenalkan Makanan Alahan Kepada Anak

Mengetahui anak alergi kepada makanan pasti membuatkan ibu susah hati. Tapi ada cara sebenarnya untuk mengurangkan risiko alahan makanan kepada si manja.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 02/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penyusuan susu ibu

Ini Cara Mudah Elak Anak Obes Apabila Besar, Ibu Kena Berikan Si Manja Susu Badan Eksklusif

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan
bayi menangis

Bayi Kerap Menangis Kerana Ada Gangguan? Ini Penjelasan Saintifik & 17 Cara Pujuk Si Manja

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 30/12/2020 . 3 minit bacaan
penyusuan eksklusif

Risau Susu Badan Tak Cukup? Apa Kata Ibu Cuba 5 Resepi Sedap & Berkhasiat Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/12/2020 . 4 minit bacaan
tanda dehidrasi pada anak

Bayi Menyusu Juga Berisiko Alami Dehidrasi? Parents, Kenal Pasti 17 Tanda Ini & Cara Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/12/2020 . 3 minit bacaan