Ibu Bapa, JAUHKAN 6 Jenis Alat Permainan Ini Dari Si Manja Anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/08/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Kanak-kanak dan alat permainan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan sama sekali. Ia bukan sahaja merupakan sumber hiburan bagi mereka, malah ia merupakan teman sejati dalam kehidupan seorang kanak-kanak.

Persoalannya, adakah alat permainan yang dimainkan oleh si manja anda selamat untuk mereka? Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui beberapa tip keselamatan alat permainan anak anda!

Alat permainan & kanak-kanak

Sebelum pergi lebih mendalam, ada beberapa perkara yang perlu ibu bapa beri perhatian tentang permainan si manja. Ini antara perkara yang diperkatakan:

Kesesuaian umur

Pertama sekali, ibu bapa perlu memastikan bahawa alat permainan tersebut sesuai dengan usia anak anda. Caranya adalah periksa pada labelnya! Kebiasaannya, mainan kanak-kanak akan mempunyai klasifikasi umur sesuai untuk bermain dengannya.

Selain itu, pastikan juga bahawa ia sesuai atau tidak dengan keupayaan fizikal dan mental mereka. Jangan sesekali menganggap bahawa anak anda akan lebih cepat matang jika bermain mainan yang diperbuat untuk kanak-kanak yang lebih dewasa.

Sebaiknya, ikut saranan klasifikasi umur untuk alat permainan yang telah ditetapkan oleh pengeluar.

Saiz dan berat alat permainan

Ibu bapa juga perlu mengambil berat mengenai saiz dan berat alat permainan yang anda ingin berikan kepada si manja anda terutamanya jika mereka masih berusia bawah tiga tahun.

Sebaiknya, anda perlu membeli mainan yang besar untuk anak kecil anda bagi mengelakkan mereka tertelan atau tercedera akibat bahagian kecil permainan yang boleh mengundang bahaya.

Dalam pada itu, pastikan juga berat mainan itu adalah sesuai untuk anak kecil anda. Periksa sama ia boleh mencederakan anak anda jika ia terjatuh ke atasnya atau tidak. Jika ya, cuba cari permainan yang lain.

Kualiti alat permainan

Selain saiz dan berat alat permainan, ibu bapa juga perlu lebih peka terhadap kualiti permainan anak anda.

Pastikan anda memilih permainan yang diperbuat dengan elok. Teliti setiap bahagian kecil mainan bagi memastikannya tidak mempunyai bahagian yang longgar atau rosak. Sebaiknya, beli permainan yang diperbuat daripada pengeluar terkemuka dan boleh dipercayai.

Pastikan juga ia mempunyai sijil keselamatan seperti simbol European Community (CE) pada labelnya. Ia menunjukkan bahawa permainan tersebut telah menepati garis panduan arahan Keselamatan Mainan Komuniti Eropah. Jika tidak, periksa sendiri jika ia adalah selamat atau tidak dimainkan oleh si manja anda.

keselamatan permainan

Jenis-jenis permainan yang ibu bapa perlu jauhkan dari anak!

Perhatian! Ibu bapa juga perlu mengelak daripada membeli permainan yang mempunyai unsur-unsur seperti yang tertera di bawah ini kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada anak anda. Berikut adalah jenis-jenisnya:

#1. Permainan yang mempunyai permukaan yang tajam

Ibu bapa perlu memastikan alat permainan yang anda beli untuk anak tidak mempunyai sebarang unsur yang tajam. Ini bertujuan mengurangkan risiko anak kecil anda daripada mencederakan dirinya sendiri ataupun individu lain yang bermain bersamanya.

Bahagian yang paling mudah dan dibimbangi akan tercedera dengan mainan yang tajam adalah mata dan kulit. Jadi, sila jauhkan si manja dari alat permainan yang tajam luaran dan dalamannya, ya?

#2. Permainan yang mempunyai bahagian yang boleh/senang ditanggalkan

Sudah menjadi lumrah seorang kanak-kanak kecil untuk memasukkan sesuatu yang dijumpainya ke dalam mulut mereka. Oleh itu, permainan jenis ini perlu dielakkan untuk mengurangkan risiko mereka menelannya terutamanya yang bersaiz kecil.

Namun, jangan beri perhatian kepada permainan yang bersaiz kecil sahaja. Kadangkala, mainan yang besar pun boleh digigit menjadi kecil sehingga muat dimasukkan dalam mulut. Oleh itu, sentiasa berwaspada!

#3. Permainan yang mempunyai cat pada permukaannya

Selain itu, ibu bapa juga perlu memastikan permainan anak anda tidak diselaputi oleh sebarang cat yang tidak diketahui bahan-bahannya. Ini kerana cat tersebut mungkin mempunyai racun dan berbahaya buat anak kecil anda.

Sebaiknya, anda perlu membelikan si manja anda mainan yang boleh dibasuh selepas dimainkan bagi mengambil langkah berjaga-jaga dengan lebih awal.

#4. Permainan yang mempunyai tali/reben/wayar

Ibu bapa juga perlu memastikan mainan anak anda tidak mempunyai sebarang bentuk tali, reben atau wayar yang mempunyai panjang lebih daripada 12 inci. Ini kerana benda-benda ini berisiko untuk terbelit pada leher anak kecil anda lalu menyebabkan mereka tercekik.

Jika tidak diawasi, benda-benda seperti ini juga berisiko menjadi punca yang boleh menyebabkan maut kepada anak anda. Sudah pasti ibu bapa tidak mahu perkara seperti ini berlaku kepada si manja anda, bukan?

#5. Permainan yang boleh menembak objek

Anda juga perlu mengelakkan daripada membeli alat permainan yang boleh menembak objek seperti pistol mainan. Tanpa mengira bahan yang digunakan untuk membuat pelurunya, ia masih boleh mengundang bahaya jika ditembak ke bahagian yang boleh mengundang bahaya kepada anak anda atau individu lain seperti mata, mulut dan lain-lain anggota tubuh badan.

Oleh itu, cuba jauhkan anak anda dari permainan seperti ini. Banyak lagi alat mainan yang boleh anda beli untuk mereka. Jika mereka masih berdegil, cuba pujuk mereka untuk menyukai jenis permainan yang lain pula.

#6. Permainan yang berteraskan elektrik

Kanak-kanak terutamanya yang masih kecil tidak disarankan untuk bermain dengan permainan yang berteraskan elektrik. Sebagai contoh, permainan yang menggunakan bateri. Ini kerana ia boleh mendatangkan risiko anak anda terkena renjatan atau terbakar.

Adakah anda sebagai ibu bapa yang prihatin mahu anak anda cedera atau lebih menakutkan, maut ketika bermain sebarang alat permainan kanak-kanak? Jika tidak, sila berwaspada dan lebih berhati-hati.

Konklusi

Kesimpulannya, permainan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Meskipun anda sudah mengikut tip-tip dalam artikel ini, anda masih tidak boleh terlalu yakin dan membiarkan anak anda bermain seorang diri.

Sebaiknya, sentiasa awasi anak anda ketika mereka sedang bermain untuk mengelakkan sebarang bahaya kerana malang itu tidak berbau.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Teruja Nak Lakukan Ujian Kehamilan? Pasangan Baru Berkahwin Ambil Tahu Ini Dulu Sebelum Buat!

    “Adakah aku mengandung?” Ini adalah salah satu daripada soalan terpenting dalam hidup seorang  insan yang bergelar wanita. Ini cara periksa ujian kehamilan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 03/09/2020 . 3 minit bacaan

    Bukan Orang Dewasa Sahaja, Si Kecil Anda Pun Berisiko Alami Gangguan Tidur Apnea!

    Mungkin ramai yang belum cakna mengenai apa itu sleep apnea. Benarkah gangguan tidur apnea juga boleh berlaku kepada bayi? Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 01/09/2020 . 3 minit bacaan

    Kantoi Depan Anak Tatkala Asyik Asmaradana! Apa Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan?

    Pernahkah anda terfikir bahawa apa perlu dibuat jika berlaku situasi suami isteri bersetubuh dan terkantoi dengan anak? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 10/08/2020 . 3 minit bacaan

    Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain!

    Salah faham berkaitan dengan kanak kanak demam berpunca daripada mandi hujan memang sering diperdebatkan. Persoalannya, kenapa perkara tersebut berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 05/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kerja rumah

    Pening Fikirkan Rumah Yang Bersepah Selepas Bersalin? Usah Stres, Jom Cuba 5 Tip Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
    bayi julur lidah

    Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
    susu rendah lemak

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    selamat untuk kanak-kanak

    TIKTOK Trend Terbaru Kanak-kanak, Ibu Ayah Kena Tahu 5 BAHAYA Jika Anak ‘Gila’ Berdansa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan