brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

10 Nama Anak Perempuan Popular Untuk Generasi Alpha, Mana Satu Kegemaran Ibu Ayah?

10 Nama Anak Perempuan Popular Untuk Generasi Alpha, Mana Satu Kegemaran Ibu Ayah?

Aurora, Zara dan Inara, unik dan sedap bukan nama ini? Nama anak perempuan inilah yang menjadi pilih ibu bapa moden buat anak mereka yang dilahirkan dalam generasi Z (Gen Z) dan Alpha!

Sebelum ini, kami telah kongsikan beberapa idea nama anak lelaki yang moden. Kali ini, giliran bakal ibu bapa yang menantikan baby girl pula! Jika anda sedang mencari nama anak perempuan yang cantik, moden dan sesuai dengan generasi Alpha, teruskan membaca untuk dapatkan inspirasi nama yang mungkin sesuai untuk si manja anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.

Moden dan trending, itu cara ibu bapa pilih nama si manja 

Anda sedar atau tidak, ibu bapa zaman sekarang ini lebih menggemari pilihan nama anak perempuan dan lelaki yang mempunyai kriteria berikut:

  • Pendek dan moden
  • Nama internasional
  • Ejaan nama yang ringkas dan kreatif

Sebagai contoh, menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), ejaan nama terkini seperti Zahra menjadi Zara, Hafiz menjadi Hafeez dan Amir menjadi Ameer atau Amer selain menggunakan nama seperti Noah, Mikael, Adam, Aryan, Zayn, Rayyan, Sofia, Inara, Alessa, Maryam, Hanna serta Aurora.

nama anak perempuan
Pilihan nama anak kecil generasi alpha sekarang lebih pendek & moden.

10 Nama anak perempuan moden & trending 2026

1. Aleesa

Jika anda mencari nama anak bermula huruf A, kami ingin cadangkan nama Aleesa. Aleesa memberi makna gembira. 

Sesuai dengan keadaan anda yang bakal mendapat berita gembira tentang kelahiran anak anda kelak!

2. Aileen, nama anak perempuan huruf A

Idea nama bermula huruf A yang lain ialah Aileen.

Aileen adalah nama Turki untuk kanak-kanak perempuan yang bermaksud lingkaran cahaya mengelilingi bulan. 

3. Hanna

Nama anak bermula huruf H yang kami boleh kongsikan ialah Hanna. Hana atau Hanna, ia memberi makna yang sama buat si comel anda. 

Makna Hanna ialah belas kasihan, penyayang, simpati, kasihan.

Nama ini adalah nama anak perempuan Islam yang baik untuk diberikan buat buah hati anda. 

4. Helena, nama anak perempuan huruf H

Untuk tampil lebih moden, Helena antara nama yang sesuai untuk buah hati anda yang bakal lahir nanti. 

Nama ini mempunyai maksud yang baik dan sesuai digunakan oleh parent iaitu cahaya rohani. 

5. Inara

Inara, antara nama yang kelihatan moden dan trending ketika ini.

Maksud Inara ialah sinar cahaya , syurga yang dihantar. 

6. Kiara

Kiara juga menjadi pilihan yang menarik buat generasi Alpha. Lebih moden, unik dan trendy. 

Kiara adalah nama daripada Parsi untuk kanak-kanak perempuan yang bermaksud terang, jernih, termahsyur atau bercahaya. 

7. Maryam

Nama Maryam bermaksud wnaita yang rajin beribadah, suci, solehah. 

Nama ini merupakan nama ibu Nabi Isa A.S.

8. Nayla, nama anak perempuan Arab

Nayla, antara panggilan yang menjadi pilihan ibu bapa zaman sekarang.

Nama ini memberi makna berani, kuat.

10. Zara

Jika anda inginkan nama yang simple dan bermula huruf Z, Zara antara menjadi pilihan ibu bapa zaman sekarang. 

Zara bermaksud terang seperti fajar, pagi, indah, cahaya. 

9. Zahra

Selain itu, Zahra juga boleh dimasukkan dalam senarai pilihan nama anak anda.

Makna nama Zahra ialah cantik , cerah, cemerlang, berseri, bersinar dan bercahaya.

Berilah panggilan yang ada makna baik buat si manja 

Memilih nama anak perempuan adalah salah satu keputusan paling bermakna dan mengujakan buat bakal ibu bapa. Sama ada anda memilih nama Islamik, nama moden yang trending, atau gabungan kedua-duanya, pastikan ia membawa maksud yang baik dan mudah dibawa sepanjang hayat anak anda. Semoga senarai di atas membantu proses pencarian nama yang sempurna untuk permata hati anda! 

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada tadi