Penulis yakin bahawa tidak kurang ramai pasangan suami isteri yang sudah lama memasang hasrat untuk mengandung anak kembar. Pun begitu, tidak semua akan jadi realiti.
Penulis yakin bahawa tidak kurang ramai pasangan suami isteri yang sudah lama memasang hasrat untuk mengandung anak kembar. Pun begitu, tidak semua akan jadi realiti.

Ini kerana kehamilan kembar itu suatu anugerah yang mungkin hanya terjadi kepada insan atau pasangan terpilih. Dalam pada itu, genetik juga main peranan paling penting.
Namun kebelakangan ini, peratus kelahiran anak kembar di dunia adalah agak tinggi. Kenapa?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kehamilan, anda boleh klik di sini.
Dianggarkan sekitar 1.6 juta kembar telah dilahirkan pada setiap tahun di seantero dunia. Secara purata pula, 1 daripada setiap 42 bayi yang lahir itu adalah pasangan kembar.
Menurut kajian terbitan jurnal Human Reproduction yang telah membabitkan 165 buah negara daripada tahun 2010 ke 2015, peningkatan kehamilan kembar ini sangat ketara.
Katanya, kadar kelahiran kembar telah meningkat lebih 30% daripada 9 setiap 1,000 kelahiran pada tahun 1980 – 1985 ke 12 setiap 1,000 kelahiran pada tahun 2010 – 2015.

Apa yang mungkin lebih mengejutkan adalah ia banyak disumbangkan daripada negara-negara di benua Asia dan Malaysia juga mungkin salah satu penyumbang yang besar.
Adakah pada era ini anda dan pasangan yang ada impian mengandung anak kembar akan tercapai?
Setiap daripada kita semua sudah pasti ada kenalan yang pernah atau sedang mengandung anak kembar bukan? Ini menunjukkan bahawa ia juga perkara biasa di Malaysia.
Jika tidak pula, anda mungkin akan terbaca atau terdengar tentang kisah selebriti atau individu ternama di negara kita yang juga telah berjaya mendapatkan anak kembar.
Meskipun kadar kelahiran di negara kita telah jatuh ke paras terendah iaitu 487,957 pada tahun 2019 berbanding 501,945 pada tahun 2018, kehamilan kembar masih tinggi.
“Daripada jumlah itu, seramai 7,862 bayi yang dilahirkan adalah kembar dua manakala 144 bayi pula adalah kembar tiga”, jelas Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
Ini menunjukkan bahawa jumlah pasangan yang mengandung anak kembar adalah sangat tinggi!
Ya, hanya insan serta pasangan tertentu yang terpilih sahaja mampu dapat anak kembar. Di sebalik fakta ini, ada banyak faktor yang membolehkan perkara ini terjadi iaitu:
Susur galur keluarga ini bergantung kepada sebelah ibu dan bukan bapa. Ini bermakna jika sejarah sebelah bapa yang ada anak kembar, ia tidak akan beri kesan kepada anda.
Ini kerana si ibu yang akan menghasilkan telur di mana ia adalah faktor utama kehamilan kembar. Dalam erti kata lebih mudah, sila lihat susur galur keluarga di pihak wanita.
Dipercayai bahawa individu yang lahir di dalam etnik Eropah lebih tinggi peluang mengandung anak kembar berbanding mereka dengan etnik Asia, Afrika dan lain-lain.
Pun begitu, trend masa kini sudah mula berubah kerana angka kelahiran kembar di benua-benua selain Eropah juga telah meningkat dengan mendadak pada mutakhir ini.
Usia kehamilan kembar secara semula jadi yang paling ideal buat wanita adalah 30-an. Ketika ini, sistem reproduktif perempuan itu akan lebih matang dan kuat dari segi fungsi.
Diet si ibu sebenarnya mampu bawa perubahan pada hormon di dalam tubuh badan. Meskipun ia faktor yang kurang kuat, pemakanan masih penting jika ingin hamil anak kembar.
Kemajuan dari aspek sains teknologi perubatan itu telah memainkan peranan yang sangat penting di dalam peningkatan peratus kehamilan dan kelahiran kembar di dunia kini.
Berikut adalah penyumbang besar buat pasangan yang mungkin ingin mengandung anak kembar:

Dikenali juga sebagai kaedah bayi tabung uji, IVF memberikan satu harapan baharu untuk hamil anak kembar. Ia adalah teknik persenyawaan yang berlaku di luar rahim ibu.
Menariknya, metode ini membolehkan individu memilih sel sperma dan telur yang terbaik untuk disatukan. Maka, kehamilan kembar dengan kaedah ini adalah tidak mustahil.
Dalam pada itu, telah wujud juga pelbagai ubat dan suplemen yang mungkin boleh meningkatkan peluang untuk anda dan pasangan mendapatkan cahaya mata lebih dari satu.
Sebagai contoh, pengambilan pil atau tablet asid folik serta clomid adalah antara contoh amalan baik yang boleh merangsang peluang untuk anda mengandung anak kembar.
Dalam erti kata lebih mudah, sains teknologi pada masa kini telah ubah landskap dunia perubatan!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
23/09/2026
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor