backup og meta

Tulang Anak Anda Patah: Perlu atau Tidak Melakukan Pembedahan?

Tulang Anak Anda Patah: Perlu atau Tidak Melakukan Pembedahan?

Anak anda mungkin mengalami patah tulang ketika usia kanak-kanak mereka. Sekiranya mereka mempunyai tanda tulang patah ini, anda sebagai ibu bapa perlu memastikan anak anda mendapatkan rawatan yang terbaik. Kebiasaannya, doktor akan mencadangkan untuk melakukan pembedahan.

Oleh itu, teruskan membaca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui tanda tulang patah tersebut.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Apa tanda tulang patah pada anak?

Tulang yang patah mungkin akan pulih dengan sendiri tanpa sebarang rawatan. Namun, anda perlu mengetahui terlebih dahulu simptom-simptomnya.

Berikut merupakan tanda tulang patah yang berkemungkinan terjadi pada anak anda:

  • Kedengaran bunyi meletup-letup pada kawasan tulang patah.
  • Lebam pada kawasan yang mengalami patah tulang.
  • Anak anda mengalami kesakitan apabila kawasan tulang patah disentuh.
  • Anak anda mengalami kesakitan dan bertambah sakit lagi apabila dia cuba menggerakkan kawasan tulang patah.
  • Kawasan tulang patah menjadi keras dan sukar untuk digerakkan.

Jika anda mendapati bahawa anak anda mengalami simptom-simptom ini, segera bawa mereka untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Mengapa anak anda perlu melakukan pembedahan?

rawatan tulang patah

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami patah tulang mampu untuk sembuh dengan rawatan asas sahaja. Namun begitu, terdapat juga beberapa situasi yang memerlukan kanak-kanak terbabit melakukan pembedahan untuk memulihkan tulang mereka yang patah.

Anak anda perlu melakukan pembedahan untuk memulihkan tulang mereka sekiranya tulang mereka berada dalam situasi seperti berikut:

  • Tulang yang patah kepada beberapa bahagian – Dalam kes ini, doktor akan mencadangkan pembedahan untuk mengekalkan bahagian-bahagian tulang ini pada kedudukannya. Pakar bedah akan memerlukan pin, plet atau skru untuk memastikan tulang tersebut kekal di kedudukannya. Pin, plet dan skru ini perlu dicabut daripada tulang setahun selepas pembedahan.
  • Tulang sendi patah – Dalam kes ini, pembedahan adalah diperlukan untuk melindungi sendi terbabit.
  • Tulang yang patah menusuk keluar ke kulit. Ini dinamakan sebagai patah terbuka. Kondisi ini akan turut menjejaskan otot dan tendon. Pembedahan terbuka perlu dilakukan untuk membetulkan tulang dan menutup luka.
  • Tulang siku patah – Kondisi ini memerlukan pembedahan untuk membetulkannya.
  • Tulang yang patah memerlukan penjajaran yang baharu – Doktor anda melakukan X-ray untuk memastikan penjajaran baharu yang sesuai untuk tulang anda yang patah. Pembedahan perlu dilakukan 1 atau 2 minggu selepas kejadian apabila lebam sudah mula surut.

tanda tulang patah

Keputusan di tangan anda

Doktor dan pakar perubatan akan mencadangkan rawatan tulang patah yang terbaik untuk anak anda. Anda boleh menolak untuk melakukan sebarang rawatan yang dicadangkan.

Tulang yang patah mampu untuk pulih dengan sendiri namun mungkin tidak akan pulih sepenuhnya. Jika tidak melakukan pembedahan, pergerakan kawasan tulang terbabit akan terjejas.

Jika anak anda memerlukan pembedahan, pastikan anda mendapatkan khidmat doktor yang pakar dalam bidang ortopedik dan telah terlatih merawat kanak-kanak yang mengalami patah tulang.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Broken Bones. https://kidshealth.org/en/kids/broken-bones.html. Diakses pada November 21, 2023.

Fractures (broken bones). https://www.rch.org.au/kidsinfo/fact_sheets/Fractures_broken_bones/. Diakses pada November 21, 2023.

Children And Broken Bones. https://www.healthychildren.org/English/health-issues/injuries-emergencies/Pages/Children-And-Broken-Bones.aspx. Diakses pada November 21, 2023.

Bone Fractures In Children: When Should Parents Be Concerned? https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/700childrens/2018/04/bone-fractures-in-children-when-should-parents-be-concerned. Diakses pada November 21, 2023.

What Are Fractures. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/fractures-in-children. Diakses pada November 21, 2023.

Versi Terbaru

22/11/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kenapa Ibu Bapa TIDAK Boleh Bagi Anak Makan Ubat Batuk Sembarangan? Ini Sebabnya

Nampak Saja Garang, Tapi Sebenarnya Hati Tisu! Ibu Ayah, Jom Kenali 12 Sifat Anak Sulung Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/11/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan