Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Taman Permainan Lokasi Wabak Penyakit! Parents, Amalkan 3 Cara Menghindarinya
Selamat ke untuk membawa anak bermain permainan di taman permainan? Bukan untuk menakutkan parents, tetapi hakikatnya terdapat banyak bakteria di sana.
Berita baik, ada langkah berjaga-jaga yang boleh anda lakukan untuk keselamatan si kecil.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Bermain permainan di taman permainan
Hampir semua daripada peralatan di playground telah tercemar dengan bakteria yang memudaratkan dan menjadi penyebab kepada penyakit tertentu.
Ketika kanak-kanak seronok bermain jongkang-jongkit, buaian, gelongsor, palang besi (monkey bar) dan lain-lain secara langsung mendedahkan mereka kepada air liur, peluh, air kencing atau mungkin darah orang lain semasa menggunakan peralatan tersebut.
Tanpa penjagaan kebersihan yang konsisten, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kerana setiap peralatan permainan boleh menjadi tempat pembiakan pelbagai bakteria dan kuman.
Antara bakteria dan penyakit yang biasa ditemui di playground adalah norovirus, E. coli, salmonella, dan hepatitis A.
Malah terdapat kajian menunjukkan bahawa hampir separuh daripada semua peralatan permainan telah tercemar dengan kuman berbahaya dan bakteria yang menyebabkan penyebaran penyakit pada kanak-kanak seperti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Baca juga:
Bakteria pada permainan di taman permainan
Berikut adalah unit pembentukan bakteria (CFU) di tempat permainan. CFU adalah unit yang digunakan untuk menganggarkan jumlah bakteria yang berkembang atau sel kulat dalam sampel.
Bagi kebanyakan ibu bapa, taman permainan dalaman atau kawasan tertutup (indoor) sangat sesuai untuk ketika hari hujan.
Malah, ada yang beranggapan ia lebih selamat untuk memantau pergerakan anak.
Tetapi adakah memilih tempat permainan dalaman (indoor) bermakna anak anda bebas daripada bakteria? Lihat perbandingan ini.
Nilai CFU bakteria yang didapati itu mungkin sangat membimbangkan ibu bapa untuk membawa anak ke playground dan lebih memlilh untuk berada di dalam rumah.
Namun, keadaan di dalam rumah yang disangkakan selamat belum tentu benar-benar bebas bakteria dan kuman.
Langkah penjagaan penting
1. Bawa tuala/tisu basah
Sebelum ke taman permainan, sediakan tuala atau tisu basah supaya anda boleh mengelap tubuh khususnya anak anda selepas mereka selesai bermain.
Ia juga boleh digunakan untuk membersihkan peralatan yang kotor sebelum mereka menyentuhnya.
2. Pembasmi kuman (Hand sanitizer)
Walaupun kebanyakan ibu bapa kurang menitkberatkan penggunaan pembasmi kuman ini, tetapi besar manfaatnya apabila anak anda terdedah dengan persekitaran luar.
Penggunaannya sebelum bermain akan membantu meminimumkan penyebaran mana-mana kuman dan bakteria pada anak anda dan kanak-kanak lain ketika mereka bersosial.
3. Membasuh tangan
Setelah anak anda selesai bermain permainan di taman permainan, mencuci tangan mereka dengan air dan sabun.
Penggunaan sabun tanpa sifat anti-bakteria berkesan terhadap kuman dan penyakit.
Gosokkan sabun di seluruh kawasan tangan mereka sebelum bilas dengan air bersih.
Amalan ini memastikan anak anda selamat dan dilindungi setiap kali selepas bermain di playground.
[embed-health-tool-child-growth-chart]
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Playground Safety. https://kidshealth.org/en/parents/playground.html, Accessed on Aug 5, 2022
PLAYGROUND SAFETY TIPS. https://www.safekids.org/tip/playground-safety-tips, Accessed on Aug 5, 2022
Playgrounds and child safety. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/playgrounds-and-child-safety, Accessed on Aug 5, 2022
Playground Safety. http://www.myhealth.gov.my/en/playground-safety/, Accessed on Aug 5, 2022
PLAYGROUND AND WATER SAFETY GUIDELINES. https://earlychildhood.marylandpublicschools.org/system/files/filedepot/3/playgroundsafety_april08.pdf, Accessed on Aug 5, 2022
Versi Terbaru
05/08/2022
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor