backup og meta

Tilam Lembut Tak Sesuai Untuk Bayi? Ini 6 Perkara Parents Kena Tahu Sebelum Beli Tilam Baby!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/08/2022

    Tilam Lembut Tak Sesuai Untuk Bayi? Ini 6 Perkara Parents Kena Tahu Sebelum Beli Tilam Baby!

    Baru pertama kali bergelar ibu ayah? Pasti ada yang pening kepala memikirkan pelbagai perkara tentang persediaan menyambut kelahiran anak termasuk menyediakan susu, bedak, lampin, pakaian, buaian, tilam baby dan banyak lagi!

    Persoalannya, apa yang parents kena tahu sebelum beli tilam untuk si kecil anda? Terus baca ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Kenapa perlu cari dan pilih tilam anak terbaik?

    Bayi anda yang masih kecil itu juga sudah pasti memerlukan tilam yang selesa lagi selamat untuk mereka berbaring, berehat dan tidur di atasnya selepas penat bermain seharian.

    Dengan lambakan produk di pasaran ketika ini, mungkin ada ibu bapa yang tidak tahu atau keliru dalam usaha mencari dan memilih tilam anak yang terbaik buat si manja.

    Sebenarnya, ia mungkin bukan suatu proses yang terlalu sukar asalkan anda sudah tahu perkara paling penting dan perlu ada pada tilam bayi. Tenang, kami akan cuba bantu anda dengan hal ini.

    tilam baby

    Perkara ibu bapa kena tahu tentang tilam baby!

    Sematkan dalam diri bahawa anak anda perlu tilam yang selesa dan selamat dengan ciri berikut:

    #1. Elakkan guna tilam baby second hand

    Mungkin sudah norma masyarakat kita di mana barang buat si kecil itu adalah turun-temurun daripada ahli keluarga yang lebih tua seperti abang, kakak atau ibu bapa itu sendiri.

    Ya, ia mungkin ada nilai nostalgia dan menjimatkan namun membahayakan. Ini kerana wujud risiko di mana barang ‘tangan kedua’ seperti tilam itu sudah rosak dan hilang kualiti.

    Jadi, adalah lebih baik untuk beli baru sahaja kerana tidak salah berbelanja lebih asal puas hati bukan?

    #2. Pastikan permukaan tilam baby rata dan keras

    Bukan bermaksud ia perlu keras seperti lantai tetapi ia wajar diperbuat daripada fabrik yang utuh dan rata agar bayi anda itu tidak tenggelam ke dalam apabila berbaring di atasnya. Jika dibiarkan, ia mungkin boleh bawa bahaya.

    #3. Pastikan permukaan tidak lembut dan empuk

    Lanjutan daripada di atas tadi, ibu bapa juga perlu memastikan permukaan tilam bayi tidak terlalu empuk dan lembut dalam usaha untuk mengurangkan risiko bayi lemas akibat lubang hidung atau mulut mereka tertutup dek tilam.

    tilam baby

    #4. Gunakan tilam baby yang kalis air

    Dalam pada itu, ibu bapa juga harus menggunakan tilam anak yang kalis air. Alasannya, mereka itu masih tidak boleh menguruskan diri sendiri dan memerlukan bantuan orang tua.

    Jadi, segala jenis air termasuk minuman, peluh atau susu itu tidak dapat meresap ke dalam tilam bayi sekali gus memastikan ia kekal kering, bersih, sesuai dan selamat untuk si manja.

    #5. Awas dengan bantal dan selimut mereka!

    Menurut kajian, penggunaan bantal dan selimut mampu meningkatkan risiko bayi mati mengejut (SIDS) sehingga 2.5 kali ganda berbanding jika langsung tidak menggunakan bantal.

    Sekiranya ibu bapa khuatir dengan kondisi sindrom bayi kepala datar atau plagiocephaly, tidak salah untuk anda menggunakannya tetapi dengan mengamalkan langkah yang betul.

    Sebagai contoh, anda tidak boleh memberikan bayi selimut dan bantal yang terlalu lembut sehingga kepala mereka tenggelam ke dalam kerana ia akan meningkatkan risiko lubang hidung atau mulut mereka tertutup dan menyekat pernafasan!

    Baca lagi artikel berkaitan:

    #6. Pastikan katil baby juga sesuai dan selamat

    Mungkin ada juga ibu bapa yang tidak gemar meletakkan tilam baby mereka di lantai sahaja. Jadi, mereka memerlukan katil yang sesuai lagi selamat agar ia tidak membahayakan bayi.

    Antara jenis atau kriteria paling penting yang parents perlu ambil kisah adalah sama ada jika katil itu mempunyai penghadang di setiap sisi untuk mengelakkan si kecil anda terjatuh.

    tilam baby

    Bolehkah si kecil anda berkongsi tilam baby?

    Buat ibu bapa dengan bayi kembar yang ingin meletakkan lebih daripada satu baby di tilam, ia juga tidak salah asalkan saiz tilam itu sendiri perlu lebih besar untuk memuatkan mereka.

    Pun begitu, anda perlu sentiasa memastikan bahawa bayi-bayi anda tidak berguling atau bergerak ke arah satu sama lain sehingga mengakibatkan mereka bertembung sesama sendiri.

    Apa yang paling penting, amalkan 6 perkara di atas tadi untuk memastikan tiada komplikasi buruk.

    Bagaimana pula jika ibu bapa yang ingin berkongsi tilam dengan baby? Sebenarnya, perkara ini sudah lama didebatkan dan ramai pakar percaya bahawa ia mungkin kurang bagus.

    Selain bahaya sama seperti berkongsi tilam dengan bayi lain, ia juga akan membuat mereka lebih lambat berdikari dan terlalu bergantung kepada anda apabila menginjak usia kelak.

    Konklusinya, jangan terus cari, pilih dan beli tilam si kecil dengan melulu. Ikuti nasihat kami ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan