Tidak ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka untuk belajar berenang memandangkan yuran untuk kelas cara berenang biasanya agak mahal. Namun, tahukah anda bahawa terdapat satu akademi yang menawarkan kelas cara berenang dengan yuran yang sangat berpatutan?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Kelas renang serendah RM120 sebulan!
Sailfish Swim Academy telah memperkenalkan kelas Super Saver yang dirangka khusus untuk kanak-kanak kurang berkemampuan di sekitar Lembah Klang.
Inisiatif ini adalah selaras dengan Program KLAS Renang yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan, yang bertujuan untuk memastikan semua kanak-kanak, termasuk daripada keluarga B40, dapat belajar berenang.
Kelas Super Saver ini ditawarkan pada harga istimewa iaitu RM120 sebulan, yang mana ia jauh lebih rendah daripada yuran asal sebanyak RM270 sebulan.
Kelas ini terbuka untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 16 tahun, dan kelas ini akan diadakan setiap minggu di lokasi-lokasi terkemuka seperti:
- Tropicana
- Berjaya
- Bukit Kemuning
Setakat ini, sekitar 100 pelajar telah mendaftar, dan akademi sedang membuka lebih banyak sesi untuk menampung 400 pelajar tambahan.
Belajar berenang kurangkan risiko lemas kanak-kanak
Diasaskan oleh jurulatih utama dan pemenang pingat Sukan SEA, Ryan Kee Zhen Hao, Sailfish Swim Academy komited untuk mencegah kes-kes kejadian lemas dalam kalangan kanak-kanak.
Matlamat ini dijayakan dengan menyediakan pendidikan keselamatan air dan latihan berenang yang berkualiti.
Melalui program ini, akademi ini berharap dapat meningkatkan akses kepada kanak-kanak kurang berkemampuan untuk belajar kemahiran penting yang boleh menyelamatkan nyawa ini.
Kelas renang boleh kenal pasti bakat-bakat baharu
Sailfish Swim Academy juga bercita-cita untuk mengenal pasti bakat-bakat renang baharu melalui kelas mampu milik ini.
Dengan menyediakan lebih banyak peluang kepada kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang, akademi ini berharap dapat melahirkan perenang muda yang berpotensi menjadi juara di masa hadapan.
“Kami percaya bakat luar biasa boleh muncul dari tempat yang tidak dijangka,” kata Ethan Chew Yizheng, Pengarah Urusan Sailfish Swim Academy.
Menurut Ethan lagi, Malaysia mempunyai potensi besar dalam sukan renang, dan akademi kami yakin menerusi sokongan yang betul, lebih ramai perenang muda berbakat akan ditemui dan dilahirkan.
Malah tidak mustahil bakal atlet Olimpik juga boleh dilahirkan.
Kerjasama belajar berenang dengan sekolah tahfiz dan keperluan khas
Sailfish Swim Academy juga telah bekerjasama dengan beberapa sekolah, termasuk sekolah tahfiz dan sekolah keperluan khas, untuk memberi peluang kepada lebih ramai kanak-kanak untuk belajar cara cepat pandai berenang.
Akademi ini menitik beratkan suasana pembelajaran yang inklusif dan mesra bagi membentuk perenang yang yakin, tanpa mengira latar belakang mereka.
Perancangan masa depan Sailfish Swim Academy
Kini, Sailfish Swim Academy menerima lebih kurang 1,500 orang pelajar setiap bulan, yang menyertai pelbagai kelas dari peringkat asas hingga kompetitif.
Akademi ini juga bercadang untuk meningkatkan kapasiti dengan mengalu-alukan tambahan 1,000 orang pelajar lagi setiap bulan.
Ini termasuklah pelancaran kelas baharu di Gamuda Cove, yang akan dibuka untuk pendaftaran bermula September 2024.
Manfaat berenang pada usia muda
Untuk pengetahuan ibu bapa semua, belajar berenang memberikan banyak manfaat kepada kanak-kanak, termasuk meningkatkan keselamatan diri di air, kecergasan fizikal, dan keyakinan diri.
Selain menjadi satu kemahiran hidup yang penting, antara manfaat berenang juga membantu dalam perkembangan mental dan emosi, serta menggalakkan aktiviti sosial melalui kegiatan berkumpulan.
Kesimpulan
[embed-health-tool-child-growth-chart]