Ada banyak tugas atau kerja yang anak anda boleh cuba di KidZania Kuala Lumpur seperti berikut:
- Doktor
- Bomba
- Polis
- Posmen
- Juruwang
- Juruterbang
- Buruh pembinaan
- Ejen penjualan
- Juruhebah radio
Tambahan baru ke dalam senarai sedia ada!
Pada 1 Disember 2022, KidZania Kuala Lumpur telah mengumumkan bahawa mereka sudah mula menjalinkan kerjasama dengan syarikat baharu untuk menarik lebih banyak pengunjung.
Syarikat gergasi tanah air Kodomo Lion, Faber Castel, Canon, Hotel Central dan Optimax telahpun bersetuju untuk membuka dan mempromosi cawangan saiz mini mereka di pusat hiburan pendidikan kanak-kanak ini.
Ini sudah tentu akan menambah lagi jumlah kedai dan perusahaan yang ada di situ lantas menarik lebih ramai kanak-kanak untuk mencari pengalaman pekerjaan dalam bentuk ‘role play‘ ini.

Di hari yang sama juga, pihak media telah dibawa untuk mengembara dan meneroka bandar kecil itu bagi merasai sendiri suasana yang bakal ditempuh oleh pengunjung. Kesannya, kami boleh kata bahawa KidZania Kuala Lumpur memang destinasi yang menarik!
Aktiviti menarik di KL untuk anak yang mencabar!
Konklusinya, kami boleh kata bahawa setiap aktiviti-aktiviti di sini memang menarik namun tidak mudah atau lebih tepat – mencabar. Tetapi, kalian tidak perlu rasa takut dengan cabaran ini.
Ini kerana semua pekerjaan di sini boleh mendatangkan suatu pengalaman yang cukup bermakna, berharga serta bermanfaat bukan sahaja buat golongan kanak-kanak malahan buat ibu bapa.
Selain aktiviti yang menarik untuk pelajar sekolah tadika dan rendah ini mampu membantu mendidik, mengajar dan membentuk jati diri kanak-kanak, ia juga boleh membuat ibu bapa dapat meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama si kecil mereka.
Jadi, ibu bapa tidak perlu pening kepala fikir aktiviti menarik di KL untuk anak. Mari kita ke KidZania!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen