Selaras dengan komitmen Malaysia terhadap kesihatan paru-paru, MSD dan Persatuan Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia (LCNM), sebuah rangkaian multidisiplin terdiri daripada professional dan pakar kanser paru-paru, hari ini melancarkan ‘Diari Rawatan Imunoterapi (IO) Kanser Paru-Paru’ yang pertama di negara ini. Ia sebagai salah satu langkah awal rawatan kanser paru paru.
Diari komprehensif ini diterbitkan bagi membantu pesakit kanser paru-paru memahami diagnosis mereka. Ia juga membantu pesakit mengetahui pilihan rawatan yang tersedia seperti pembedahan paru paru, serta berperanan aktif dalam penjagaan kesihatan mereka.
Pelancaran ini merupakan langkah susulan terhadap resolusi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), iaitu “Menggalakkan dan Mengutamakan Pendekatan Kesihatan Paru-Paru Bersepadu” yang dikemukakan oleh Malaysia pada Mei 2025.
Resolusi tersebut menyeru agar negara-negara anggota memperkukuhkan usaha pencegahan, diagnosis dan rawatan penyakit paru-paru, termasuk kanser paru-paru. ‘Diari Rawatan IO Kanser Paru-Paru Anda’ menyediakan sokongan praktikal kepada pesakit bagi mencapai matlamat tersebut.
“Kepimpinan Malaysia dalam resolusi WHO menunjukkan komitmen serius untuk meningkatkan kesihatan paru-paru,” kata Pengarah Urusan MSD Singapura, Malaysia dan Brunei, Dr. Abdullahi Sheriff.
“Di MSD, kami menyedari peranan kami dalam usaha menyokong visi tersebut. Menerusi kerjasama rapat dengan LCNM, kami menghasilkan buku panduan ini bagi mempertingkatkan perjalanan rawatan pesakit kanser paru-paru semasa rawatan imunoterapi. Kolaborasi ini membuktikan bagaimana tindakan yang selaras dapat memberikan kesan yang besar kepada pesakit.”
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klik di sini.
Rawatan kanser paru paru: menyokong pesakit melalui pendidikan dan pengetahuan

Kanser paru-paru ialah kanser kedua paling kerap didiagnos dalam kalangan lelaki di Malaysia, dengan kadar insiden 13.2 bagi setiap 100,000 penduduk. Ia juga kanser keempat paling kerap didiagnos dalam kalangan wanita, dengan kadar insiden 5.9 bagi setiap 100,000 penduduk.
Hampir 95% kes kanser paru-paru dikesan pada tahap akhir (Tahap III atau IV) yang melibatkan jangka hayat pesakit kanser paru paru.
“Diari Rawatan IO ini membantu melengkapkan kesinambungan penjagaan kanser ini,” kata Pakar Onkologi Klinikal merangkap Presiden Persatuan Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia, Dr. Tho Lye Mun.
“Ia memperkasakan pesakit untuk menjadi rakan kongsi aktif dalam penjagaan kesihatan mereka, bukan sekadar penerima pasif. Sekiranya pesakit memahami proses rawatan mereka dan berkomunikasi secara berkesan dengan pasukan penjagaan kesihatan mereka, hasil rawatan kanser paru paru boleh bertambah baik.”
Ramai pesakit memulakan rawatan kanser paru paru tanpa masa yang mencukupi untuk memahami diagnosis atau proses rawatan mereka.
Jurang pengetahuan ini boleh menjejaskan cara pesakit berinteraksi dengan pasukan perubatan serta pengurusan rawatan mereka. Kajian menunjukkan bahawa pesakit yang memahami rawatan mereka dan mempunyai komunikasi yang baik dengan pasukan penjagaan kesihatan adalah lebih cenderung meneruskan rawatan mereka .
“Sebarang diagnosis kanser boleh memberikan tekanan dan kekeliruan kepada pesakit,” kata Pengarah Urusan Majlis Kanser Nasional Malaysia (NCSM), Kol Bersekutu (PA) Prof Dr Murallitharan Munisamy.
“Ramai pesakit menghadapi kesukaran untuk memahami apa yang berlaku serta perjalanan rawatan kanser paru paru yang perlu ditempuh. Diari Rawatan IO ini bukan hanya mendidik pesakit tentang keadaan dan pilihan rawatan mereka. Malah ia mempertingkatkan proses rawatan dengan memperkasakan mereka untuk mengurus kesihatan sendiri dan bekerjasama dengan doktor. Mereka juga akan lebih termotivasi kerana sudah lebih berilmu dan berpengetahuan. NCSM menyambut baik inisiatif ini dan bersedia memberi sokongan dengan mengedarkan diari kepada pesakit dalam rangkaian kami.”
Imunoterapi (IO) merupakan salah satu pilihan treatment bagi ramai pesakit kanser paru-paru.
Diari ini disediakan bagi memberikan maklumat pendidikan serta alat praktikal yang membantu pesakit memahami fungsi rawatan kanser paru paru ini, menjangka apa yang bakal dialami sepanjang rawatan, serta mempertingkatkan komunikasi dengan pasukan penjagaan kesihatan mereka.
Dihasilkan dengan kerjasama pakar LCNM dan MSD

Diari ini diterbitkan melalui kerjasama pasukan pakar kanser paru-paru multidisiplin dari LCNM dan MSD. Ini untuk memastikan ia benar-benar memenuhi keperluan pesakit.
Kandungan diari ini merangkumi:
- Halaman pemantauan simptom tanda kanser paru paru mingguan dengan visual bagi sistem tubuh yang terjejas
- Maklumat pendidikan yang menerangkan bagaimana cara rawatan kanser paru paru berfungsi dalam bahasa mudah difahami
- Panduan mengenal pasti kesan sampingan dengan tanda amaran untuk pelbagai organ
- Ruang mencatat soalan bagi persediaan sebelum temu janji dengan doktor
- Halaman maklumat perhubungan pasukan penjagaan kesihatan
- Sistem penilaian kemajuan untuk memantau tahap kesejahteraan keseluruhan
“Kami telah mempermudahkan maklumat perubatan yang kompleks kepada sesuatu yang lebih praktikal untuk kegunaan pesakit,” jelas Dr. Tho.
“Setiap halaman mempunyai fungsinya tersendiri. Sama ada membantu pesakit memahami rawatan kanser paru paru ataupun meningkatkan keyakinan mereka untuk bertanya soalan pada temu janji berikutnya.”
Diari ini direka untuk menyokong pesakit bukan sahaja ketika berada di hospital, tetapi juga dalam kehidupan harian mereka seperti mengenal pasti tanda kanser paru paru.
Sebagai rujukan mudah di rumah, Diari Rawatan IO membantu pesakit meneruskan perbincangan penjagaan kesihatan di luar klinik dan hospital, serta mengekalkan fokus terhadap matlamat rawatan di antara sesi temu janji.
“Penjagaan kesihatan tidak berakhir apabila pesakit meninggalkan klinik,” kata Dr. Abdullahi Sheriff.
“Diari Rawatan IO ini merapatkan jurang tersebut — memberikan pesakit rujukan yang boleh digunakan di rumah, membantu mereka berasa lebih yakin dalam tempoh yang amat mencabar ini.”

Pakar kesihatan boleh memohon salinan untuk pesakit mereka melalui LCNM. Versi digital boleh diakses di sini.
[embed-health-tool-bmi]
















