Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Anak Tak Fokus, Internet Slow - Realiti PdPR Yang Jadi Kebimbangan Ibu Bapa
PdPR sekolah kembali menjadi topik hangat apabila timbul cadangan untuk melaksanakan pembelajaran dari rumah selepas sambutan Hari Raya. Inisiatif ini dikatakan sebagai langkah penjimatan berikutan ketidaktentuan ekonomi akibat konflik di Asia Barat.
Walaupun bertujuan memberi fleksibiliti, ramai ibu bapa mula risau tentang kesan sesi PdPR terhadap pembelajaran anak dan rutin harian keluarga.
Persoalannya, adakah kaedah ini benar-benar membantu atau menambah tekanan kepada ibu bapa dan anak?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.
PdPR maksud: Apa sebenarnya pembelajaran dari rumah?
Untuk memahami isu ini, penting untuk tahu PdPR maksud yang sebenar.
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) merujuk kepada “Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah”. Ia adalah kaedah pembelajaran secara dalam talian atau luar talian tanpa kehadiran fizikal di sekolah.
Dalam konteks keibubapaan, PdPR maksud bukan sekadar belajar dari rumah, tetapi melibatkan peranan ibu bapa sebagai sokongan utama kepada anak.
Walaupun lebih berdikari, pelajar di peringkat sekolah menengah juga memerlukan sokongan emosi agar sesi PdPR tidak menjejaskan prestasi mereka.
Sesi PdPR memudahkan atau sebaliknya?
Dalam sesetengah situasi, sesi PdPR mungkin memudahkan dari segi fleksibiliti masa dan lokasi.
Namun, bagi ramai ibu bapa, ia juga boleh menjadi satu cabaran besar dari segi pengurusan masa, emosi dan kewangan.
Kekangan seperti gajet, internet dan kemampuan anak untuk fokus menjadikan pengalaman PdPR berbeza bagi setiap keluarga.
Oleh itu, keberkesanan PdPR bergantung kepada kesiapsiagaan anak, ibu bapa dan sokongan sistem pendidikan itu sendiri.
Namun berita baiknya, Kementerian Pendidikan (KPM) telah menjelaskan bahawa sesi persekolahan berjalan seperti biasa buat masa ini, dan tiada sebarang ketetapan berkaitan pelaksanaan PdPR dibuat.
Kesimpulan
PdPR sekolah bukan sekadar alternatif pembelajaran, tetapi satu pendekatan yang memberi kesan besar kepada keluarga.
Walaupun ia mempunyai kelebihan tertentu, cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa dan anak tidak boleh dipandang ringan.
Dengan persediaan yang betul dan sokongan yang mencukupi, sesi PdPR boleh menjadi lebih efektif tanpa memberi tekanan berlebihan kepada semua pihak.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
PdPR Berkualiti. https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/Dasar/Infografik%20Jemaah%20Nazir/PdPR%20Berkualiti%20Infografik%202022%20Jemaah%20Nazir.pdf Diakses March 17, 2026.
Sesi persekolahan seperti biasa, tiada ketetapan laksana PdPR. https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/sesi-persekolahan-seperti-biasa-tiada-ketetapan-laksana-pdpr/. Diakses March 17, 2026.
Challenges of Distance Learning for Students. https://www.nu.edu/blog/challenges-of-distance-learning-for-students/. Diakses March 17, 2026.
Why Studying from Home Feels Unproductive: Common Challenges and How to Overcome Them. https://www.visionfactory.org/post/why-studying-from-home-feels-unproductive-common-challenges-and-how-to-overcome-them. Diakses March 17, 2026.
5 Reasons Students Aren’t Engaging in Distance Learning. https://childmind.org/article/5-reasons-students-arent-engaging-in-distance-learning/. Diakses March 17, 2026.
Versi Terbaru
17/03/2026
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor