Apa itu susu transisi?
Susu transisi adalah susu yang dihasilkan oleh payudara si ibu kira-kira 2 hingga 5 hari selepas bersalin. Payudara si ibu akan menghasilkan susu transisi ini sekurang-kurangnya setiap 2 jam sekali. Dalam beberapa kes, si ibu masih akan menghasilkan susu transisi sehingga 10 hingga 14 hari selepas bersalin.
Susu transisi dihasilkan selepas susu kolostrum. Ia mempunyai kandungan protein, lemak, laktosa serta pelbagai jenis vitamin. Ia juga lebih tinggi kalori berbanding kolostrum.
Apa akan berlaku semasa penghasilan susu transisi?
Susu transisi akan dihasilkan dalam amaun yang lebih banyak berbanding kolostrum. Ketika ini, payudara anda akan lebih membesar dan membulat. Ini mungkin akan menyebabkan anda berasa tidak selesa kerana ia akan mendatangkan kesukaran untuk menyusukan bayi.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen