home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tips Merawat Ruam Lampin

Tips Merawat Ruam Lampin

Masalah ruam lampin biasa berlaku kepada bayi berusia bawah setahun setengah. Ruam lampin adalah keadaan di mana kulit bayi menjadi kemerah-merahan dan berlaku radangan pada bahagian punggung, sekitar kemaluan bayi dan bahagian lipatan paha serta pada tempat lampin menyentuh kulit badan. Bahagian kulit ini akan menjadi kering, berkilat dan berbintik.

Faktor ruam lampin

Ruam lampin mungkin berlaku disebabkan oleh:

  • Iritasi daripada air kencing dan najis
  • Kulit sensitif
  • Pemakaian lampin yang lama dan terlampau ketat
  • Fabrik lampin tidak bersesuaian dengan kulit bayi
  • Keadaan kulit yang lembap
  • Penggunaan sabun mandian dan tisu basah yang tidak sesuai dengan kulit bayi

Bagaimana merawat ruam lampin

  • Cara paling penting untuk mengelak dan merawat ruam lampin adalah memastikan lampin bayi anda sentiasa bersih dan kering. Anda perlu kerap memeriksa lampin bayi dan menukarnya sebaik sahaja mendapati terdapat air kencing atau najis. Jangan biarkan lampin bayi anda dalam keadaan kotor atau basah
  • Cuci punggung bayi anda dengan menggunakan air suam. Pastikan anda membilas punggung bayi anda dengan air yang bersih dan lapkan kulit bayi dengan lembut sehingga kering
  • Selepas memandikan bayi, biarkan bayi terbaring tanpa lampin selama beberapa minit bagi memberi kulitnya bernafas dan membiarkan kawasan lampin kering
  • Elakkan menggunakan tisu basah bayi yang mengandungi alkohol
  • Jika bayi anda mengalami ruam lampin disebabkan alergi pada sabun mandian atau bedak mahupun losen, usah bimbang. Ruam tersebut akan hilang dengan sendirinya asalkan anda tidak lagi menggunakan produk tersebut
  • Gunakan emolien yang berfungsi sebagai pelembap pada kulit yang mengalami ruam lampin. Anda juga boleh memilih krim atau antiseptik lembut untuk diletakkan pada kulit yang terkena ruam lampin
  • Pastikan anda menggunakan lampin yang berkualiti dan kurang kebocoran bagi memastikan punggung bayi anda sentiasa kering dan bersih
  • Jangan memakaikan lampin bayi terlalu ketat. Pastikan bayi mendapatkan ruang pengudaraan yang cukup semasa dipakaikan lampin. Sekiranya anda menggunakan lampin pakai semula, pastikan bahawa anda menjemur lampin sepenuhnya di bawah sinaran matahari.

Sekiranya masalah ruam lampin menjadi semakin teruk dan tidak sembuh, dapatkan rawatan daripada doktor. Bagi keselesaan si manja anda, anda perlu mengambil langkah segera untuk mencegah ruam lampin daripada berlaku.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Tips for Treating Diaper Rash. https://www.healthline.com/health/home-remedies-diaper-rash#1

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada 06/09/2018
x