home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

Sejak dari dalam perut lagi, bayi menggunakan pelbagai cara untuk berkomunikasi dengan ibu yang sedang mengandungkannya.

Antara yang biasa kita dengar adalah bayi sangat gemar menendang perut ibu untuk memberitahu sesuatu kepada orang di luar.

”Saya sihat dan kuat di dalam ini, mama jangan risau ya!”, mungkin inilah yang cuba disampaikan oleh bayi di dalam perut ibu.

Selepas dilahirkan pula, si kecil juga akan menggunakan bermacam cara untuk berkomunikasi dengan ibu bapa mereka.

Ramai ibu bapa yang perasan bahawa kadangkala si kecil akan menjulurkan lidah mereka seakan sedang mengejek orang lain.

Persoalannya, apa punca sebenar bayi julur lidah? Jom baca artikel ini untuk tahu jawapannya!

Adakah bayi julur lidah itu normal?

Sebelum mengetahui sebab ia berlaku, wajarlah untuk kita tahu sama ada perbuatan ini adalah normal atau tidak terlebih dahulu.

Buat ibu bapa yang keliru, ia adalah satu perbuatan yang normal dan kalian tidak perlu terlalu risau tentangnya.

Ini kerana bayi dilahirkan dengan naluri dan refleks semula jadi untuk menyedut bagi tujuan menyusu badan.

Sebahagian daripada refleks ini dikenali sebagai ‘tongue-thrust reflex’ yang sangat penting untuk mengelakkan mereka tercekik dan memudahkan mereka menyusu dari puting ibunya.

Selain itu, terdapat banyak lagi sebab bayi julur lidah yang ibu bapa kena tahu!

bayi

Apakah sebab bayi julur lidah?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa perbuatan ini adalah normal. Tapi, apa sebab lain ia terjadi?

#1. Mereka sedang bermain dengan anda

Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Developmental Science, bayi seawal usia beberapa minggu berupaya untuk meniru raut wajah orang lain termasuklah perbuatan menjulurkan lidah.

Itu tandanya mereka sedang bermain dengan anda dan dalam mood yang baik.

Maka ternyatalah perbuatan ini adalah atas dasar mengajuk dan bukannya mengejek.

#2. Mereka sudah lapar atau kenyang

Menangis bukanlah satu-satunya cara untuk si kecil berkomunikasi ketika berasa lapar, ia sebenarnya adalah petanda terakhir jika tidak dapat makanan.

Centers for Disease Control and Prevention (CDC) menyatakan bahawa petanda yang paling awal untuk menunjukkan mereka lapar adalah seperti berikut:

  • Menggenggam tangan
  • Memasukkan tangan dalam mulut mereka
  • Menghalakan mulut ke puting ibu
  • Menjilat dan memukul bibir sendiri
  • Menjulurkan lidah

Bukan itu sahaja, si kecil juga akan melakukan perbuatan ini untuk menunjukkan mereka sudah kenyang.

bayi

#3. Mereka belum bersedia untuk makan

Kebanyakan doktor menyarankan ibu bapa untuk memberi si kecil makanan selain susu badan pada usia 6 bulan ke atas namun tidak semua bayi sudah bersedia untuk itu.

Sekiranya kalian menyuapkan makanan bayi dan mereka menjulurkan lidah semasa sedang makan, berhenti segera kerana ia adalah tanda mereka belum bersedia untuk makan.

Ada sebab lain yang lebih berbahaya?

3 sebab di atas tadi adalah punca yang boleh dikatakan normal.

Pun begitu, perbuatan ini juga mungkin menunjukkan sebab lain yang lebih berbahaya seperti:

#4. Lidah bayi terlalu besar

Kondisi ini dikenali sebagai macroglossia yang menyebabkan si kecil menjulurkan lidah dengan terlalu kerap.

Ia berpunca daripada genetik serta pembentukan salur darah dan perkembangan otot lidah yang tidak normal.

Lebih membimbangkan, lidah bayi terlalu besar juga adalah salah satu simptom sindrom Down dan sindrom Beckwith-Wiedemann.

#5. Mulut bayi terlalu kecil

Kondisi ini dikenali sebagai micrognathia yang turut menyebabkan si kecil menjulurkan lidah dengan terlalu kerap.

Ia juga berpunca daripada genetik atau salah satu simptom cleft lip atau cleft palate (sumbing).

Sama seperti di atas tadi, mulut bayi terlalu kecil juga adalah salah satu simptom sindrom Down, sindrom Beckwith-Wiedemann, sindrom Pierre Robin dan sindrom DiGeorge.

bayi

#6. Kemerosotan otot pada lidah

Lidah adalah otot yang dikawal oleh pelbagai otot lain di dalam mulut dan jika ia merosot, maka perbuatan bayi julur lidah akan selalu berlaku.

Antara dalang kepada kondisi ini adalah sindrom Down, Sindrom DiGeorge dan cerebral palsy.

#7. Mereka sukar untuk bernafas

Akhir sekali, bayi menjulurkan lidah mungkin disebabkan oleh mereka sukar untuk bernafas.

Selain itu, mereka juga mungkin akan menunjukkan beberapa gejala lain seperti hidung mengembang dan menguncup, mengeluarkan bunyi pernafasan yang tidak normal, batuk atau bersin.

Ia mungkin berpunca akibat flu dan selesema yang menyebabkan hidung si manja tersumbat.

Walau apapun sebab ia berlaku, ibu bapa haruslah lebih peka dan membawa si kecil berjumpa doktor untuk sesi konsultasi dan rawatan lanjutan jika perlu.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/28952202
  2. http://www.floridahealth.gov/programs-and-services/childrens-health/child-care-food-program/nutrition/_documents/infant-hunger-cues.pdf
  3. https://medlineplus.gov/ency/article/003292.htmhttps://us-osr.org/why-does-my-child-always-stick-their-tongue-out-6-causes-of-tongue-protrusion/
  4. https://www.aafp.org/afp/2010/0301/p627.html
  5. https://www.wjrr.org/download_data/WJRR0501018.pdf
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak pada 11/09/2020
x