Pernahkah anda mendengar mengenai penyakit ain bayi? Tahukah anda, penyakit yang bersifat ghaib ini mungkin terjadi pada bayi anda yang baru lahir?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Pernahkah anda mendengar mengenai penyakit ain bayi? Tahukah anda, penyakit yang bersifat ghaib ini mungkin terjadi pada bayi anda yang baru lahir?
Adalah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab ibu bapa dalam penjagaan bayi baru lahir termasuklah berkaitan dengan penyakit ghaib ini yang mungkin terjadi kepada anak anda.
Dalam perkongsian artikel ini, anda akan diberikan penjelasan mengenainya. Semoga bermanfaat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Penyakit ain adalah satu kategori penyakit bersifat ghaib.
Ianya adalah satu pandangan manusia yang penuh dengan rasa takjub dan cemburu sehingga ia boleh memberikan kesan buruk kepada individu yang dipandang.
Hadis nabi ada menyebut, “Penyakit ain tersebut benar-benar ada, seandainya ada sesuatu yang boleh mendahului takdir, ainlah yang dapat melakukannya.” (HR Muslim).
Penyakit ain terjadi apabila ada individu lain yang memandang kita dengan perasaan cemburu dan takjub sehingga menyebabkan kita jatuh sakit.
Baca juga:
Menjadi kebiasaan kepada kita sebagai ibu bapa yang begitu teruja dengan kelahiran bayi baharu, berkongsikan kehadiran cahaya mata melalui cara memuatnaik gambar bayi kita ke platform-platform media sosial.
Apabila kita memuatnaik gambar gambar bayi tersebut dengan niat berkongsi perasan, kita tidak mengetahui kemungkinan ada individu yang menatap gambar tersebut dengan perasaan cemburu dan iri hati.
Kita risau sekiranya si kecil kita akan mendapat penyakit ain dan seharusnya, cuba elakkan memuatnaik gambar-gambar si comel ke platform media sosial. Ia boleh berlaku melalui penglihatan secara fizikal atau melalui gambar.
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau keraguan mengenai perkara ini, disarankan untuk anda merujuk mereka yang lebih arif seperti pakar agama.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen