Memperkenalkan makanan solid pertama untuk bayi (kadangkala dipanggil weaning atau makanan pelengkap) adalah sebahagian penting dan tidak terganti dalam perkembangan bayi.
Jom ketahui jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang terbaik untuk diberikan sebagai makanan pertama mereka!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Jenis makanan solid pertama untuk bayi
Pada ketika ini, sesetengah ibu akan berasa lega kerana mereka tidak lagi menyusukan bayi.
Bagaimanapun, selepas proses weaning pada usia 6 bulan, ibu masih digalakkan untuk terus menyusukan badan sehingga umur bayi 2 tahun.
Peralihan kepada makanan pejal boleh memberi tekanan dan mengelirukan anda kerana anda tidak tahu jenis makanan tertentu yang boleh dipilih dan dielakkan.
Berikut merupakan 4 jenis buah dan sayur terbaik yang boleh diberikan semasa tahun pertama bayi anda:
1. Avokado
Mitos yang paling popular kini adalah mengenai ibu bapa perlu mengelak daripada memberi anak makanan berlemak tidak kiralah jika ia sihat sekalipun.
Realitinya, lemak adalah bahagian yang tidak boleh diganti dalam pemakanan bayi kerana lemak membantu untuk menyerap nutrien lemak-larut lain seperti vitamin A, C, D, dan E, serta mengekalkan kesihatan kulit dan fungsi otak yang betul.
Ini menjadikan avokado sebagai salah satu pilihan buah terbaik sebagai makanan solid pertama untuk bayi memandangkan ia padat dengan kandungan asid lemak sihat yang tinggi seperti lemak monotaktepu dan vitamin E.
Sebagai tambahan, ia juga mengandungi amaun nutrien lain yang tinggi seperti folat, potassium, dan vitamin B.
Disebabkan tekstur berkrim dan rata selepas dilecek, avokado amat mudah diterima oleh bayi jika diberikan pada peringkat awal proses memperkenalkan makanan pejal.
Anda juga terbuka untuk mencampurkan avokado dengan jenis buahan lain untuk mencipta rasa baru yang sedap dan memberikan pengalaman rasa yang sihat untuk bayi anda.
2. Pisang, makanan solid pertama untuk bayi paling mudah
Pisang bukan sahaja terkenal sebagai buah yang sihat dan sedap, serta mudah dibawa, tetapi juga menjadi pilihan makanan pertama yang sempurna untuk anak kecil.
Buah pisang dipenuhi dengan serat yang baik untuk penghadaman, vitamin B, dan karbohidrat sihat yang menyediakan bayi anda tenaga yang berterusan tanpa membuatkan mereka rasa kembung perut dan tidak selesa.
Pisang juga merupakan pencegahan dan rawatan yang sempurna untuk bayi yang mengalami sembelit dan cirit-birit.
Baca juga: