brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Tengah Cari Nama Baby Girl Bermula Huruf A? Ada 40 Pilihan Nama Untuk Anda!

Sedang mencari nama anak perempuan huruf A untuk permata hati yang bakal lahir? Huruf A sentiasa popular kerana bunyinya lembut, mudah disebut dan banyak pilihan bermakna. Artikel ini menghimpunkan nama bayi huruf A lengkap dengan maksud, gabungan nama yang sesuai untuk cahaya mata kedua anda! 

Tengah Cari Nama Baby Girl Bermula Huruf A? Ada 40 Pilihan Nama Untuk Anda!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kenapa ramai pilih nama bayi huruf A?

Sedar tak, kebanyakkan individu mempunyai nama bermula huruf A? Nama berhuruf A mudah diingat dan pada senarai nama, nama inilah yang selalunya berada di atas sekali!

Dalam budaya Melayu dan Islam, nama juga dianggap doa yang dibawa sepanjang hayat, jadi maksud yang baik menjadi keutamaan ketika menentukan nama anak lelaki dan nama anak perempuan anda.

40 Nama anak perempuan huruf A

nama anak perempuan huruf a
Si manja yang baru dilahirkan.
  1. Aulia – mulia
  2. Athifa – penyayang, lemah lembut
  3. Alisha – mulia, dilindungi Tuhan
  4. Aileen – nama Turki untuk kanak-kanak perempuan yang bermaksud lingkaran cahaya mengelilingi bulan.
  5. Aisyah –  hidup, sejahtera (nama isteri Rasulullah SAW)
  6. Asma – tinggi, mulia
  7. Aqilah – bijaksana, berakal
  8. Adilah –  adil, saksama
  9. Amna –  aman, selamat
  10. Alya –  tinggi, mulia
  11. Aaliyah – mulia, tinggi darjatnya
  12. Amani – harapan dan cita-cita
  13. Amira –  puteri, pemimpin
  14. Anisa –  mesra, sahabat yang menyenangkan
  15. Auni –  pertolongan, bantuan
  16. Aurora – fajar (daripada bahasa Latin)
  17. Adiba – sopan, beradab
  18. Amni – ketenangan, keamanan
  19. Afiqah – sangat pemurah, berilmu
  20. Atikah – murah hati, murni
  21. Amira – pemimpin, puteri
  22. Afifah – suci, murni
  23. Aminah – dipercayai, amanah (nama ibu Rasulullah SAW)
  24. Afina – orang yang memaafkan
  25. Alia – mulia
  26. Aira – angin lembut
  27. Afira – tanah kemerahan, putih kemerah-merahan
  28. Amaya – malam hujan
  29. Aireen – kedamaian, kesejahteraan
  30. Aiza – mulia, dihormati, kuat
  31. Aleesa – gembira
  32. Althea – yang membawa kesembuhan
  33. Atisha – merindui
  34. Alvina – sahabat yang bijaksana
  35. Alma – pandai, terpelajar
  36. Anum – hadiah dari Tuhan
  37. Ainun – mata yang indah/bercahaya
  38. Afiyah – sihat, keselamatan
  39. Alayna – berharga, cantik
  40. Alina – cantik, terang

Gabungan nama bayi perempuan huruf A

Sebagai bonus, kami akan kongsikan 10 gabungan nama bayi huruf A sebagai idea untuk anda memilih nama buat si manja.

Antara gabungan dua untuk nama anak perempuan yang unik dan mempunyai makna yang baik ialah:

  1. Aira Jamila – angin lembut, cantik
  2. Alma Batrisya – pandai, cerdik
  3. Amira Zahra – puteri yang berseri
  4. Aqilah Insyirah –  bijaksana dan tenang hati
  5. Amani Sofea –  harapan yang bijaksana
  6. Amaya Zahra – berseri, cahaya
  7. Aisyah Humaira –  Humaira ialah gelaran Aisyah, bermaksud kemerah-merahan
  8. Alina Khairun – cantik, baik
  9. Aiza Nameera – mulia, kuat, sopan, lembut
  10. Amina Hana – dapat dipercaya, kebahagiaan
  11. Aireen Aryssa – kedamaian, ceria

Berikan makna baik bagi nama anak perempuan

Memilih nama anak perempuan huruf A bukan sekadar soal bunyi, tetapi doa dan harapan untuk si kecil. Semak maksud, uji sebutan dan pilih nama yang paling sesuai untuk keluarga anda.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada 3 hari lalu