backup og meta

Eh! Betul Ke Suami Pun Boleh Meroyan Selepas Isteri Bersalin?

Eh! Betul Ke Suami Pun Boleh Meroyan Selepas Isteri Bersalin?

Bersalin adalah pengalaman buat wanita yang sangat menakjubkan. Dalam masa yang sama juga, ia boleh jadi mengerikan. Sudah pasti anda pernah terbaca atau terdengar mengenai wanita meroyan selepas bersalin, kan? Ya, ia adalah perkara yang mungkin biasa terjadi. Namun, lain pula ceritanya kalau lelaki yang meroyan! Nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca artikel ini.

Lelaki pun boleh meroyan?

Buat anda yang belum tahu, lelaki juga boleh mengalaminya. Kemurungan selepas bersalin dalam kalangan lelaki ini dikenali sebagai paternal postpartum depression (PPPD). Menurut Dr Yen Teck Hoe yang merupakan pengarang laman sesawang Positive Parenting, kira-kira 1 daripada 10 lelaki berisiko mengalami masalah ini.

Siti Fatimah Abdul Ghani, Pegawai Psikologi Kanan Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM) pula menegaskan bahawa kebarangkalian lelaki mengalami masalah ini adalah 2.5 kali ganda berbanding wanita. Meskipun ia tidak begitu diketahui umum, fenomena ini kian teruk berlaku. Jadi, lelaki di luar sana perlu lebih berhati-hati.

Apa punca ia berlaku?

Menurut kajian yang dilakukan oleh laman sesawang Parents.com, punca ia berlaku adalah sama seperti wanita juga iaitu perubahan paras turun naik hormon yang akan menyebabkan gangguan emosi. Untuk lebih mendalam, lelaki akan mengalami masalah ini jika hormon testosteron menurun manakala hormon estrogen, prolaktin dan kortisol meningkat.

Bukan itu sahaja, ramai pakar psikologi turut berpendapat bahawa lelaki mungkin mengalaminya ekoran daripada tekanan hidup yang makin meningkat. Mana tidaknya, mereka kini perlu menanggung tanggungjawab untuk menjaga anak yang baru lahir. Jadi, kos sara hidup sudah pasti akan melambung lebih tinggi.

Apa tanda ia berlaku?

Ia tidak banyak berbeza dengan wanita. Lelaki yang meroyan akan menunjukkan tanda seperti berikut:

  • Mudah marah, gelisah, tidak boleh duduk diam
  • Lesu, tidak bermaya, tidak bertenaga
  • Selalu bersedih dan menangis
  • Menjauhkan diri dari bayi dan isteri
  • Lebih kerap berada di luar rumah
  • Konsentrasi terganggu
  • Selalu bercakap mengenai kematian

Jadi, apa yang perlu dilakukan?

Ia adalah perkara yang tidak boleh dielakkan. Oleh itu, jangan sesekali menyalahkan dirinya atau diri anda sendiri. Jika dia cuba mengelak dari tanggungjawab sebagai bapa atau suami, jangan memarahinya, ia hanya akan membuat keadaan lebih teruk. Sebaliknya, beri sokongan, dorongan dan galakan kepada mereka.

Selain itu, mungkin ada beberapa rawatan klinikal & tradisional buat lelaki meroyan: 

  • Terapi perlakuan kognitif – mengajar strategi harian mengatasi masalah ini
  • Terapi seni ekspresif – menyokong proses pertumbuhan mental, emosi dan pemikiran individu.

Jadi, jangan terkejut jika anda terdengar, terbaca atau anda sendiri sebagai lelaki mengalami masalah meroyan selepas isteri bersalin. Ia adalah perkara yang mungkin tidak biasa, namun boleh dialami oleh beberapa lelaki. Jika berlaku, segera dapatkan bantuan pakar, ya?

 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Lelaki Meroyan?. https://www.upm.edu.my/newspaper/lelaki_meroyan-67009?L=en. Accessed on October 4, 2019.

 

Lelaki Meroyan?. https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2018/05/427552/lelaki-meroyan. Accessed on October 4, 2019.

 

Kemurungan Lepas Bersalin Juga Boleh Berlaku Pada Lelaki. 5 Perkara Ini Ramai Tak Tahu. https://siraplimau.com/kemurungan-meroyan-lepas-bersalin-lelaki-wanita/. Accessed on October 4, 2019.

Versi Terbaru

07/01/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Kate


Artikel Berkaitan

Sakit Kepala Sebab Anemia? Amalkan 9 Jenis Makanan Ini Masa Hamil, Hb Akan Naik!

Ingin Tip Cegah Hamil Cara Tradisional? Boleh Cuba Ambil 10 Makanan & Minuman Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/01/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan