backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ibu Hamil JANGAN Ambil Mudah Jika Rasa Gatal, Ia Boleh Sebabkan 3 Komplikasi Ini Pada Bayi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/09/2022

Ibu Hamil JANGAN Ambil Mudah Jika Rasa Gatal, Ia Boleh Sebabkan 3 Komplikasi Ini Pada Bayi

Rasa gatal mungkin dianggap sebagai perkara biasa. Namun ada kala kegatalan yang dialami itu tidak boleh diabaikan terutamanya jika ia melibatkan ibu mengandung. Tetapi kenapa berlakunya gatal semasa mengandung?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Rasa gatal semasa mengandung

Kegatalan kulit yang dialami oleh individu yang hamil mungkin merupakan salah satu kesan sampingan kehamilan. Keadaan ini dipanggil sebagai Obstetric Cholestasis (OC), Cholestasis of pregnancy atau intrahepatic cholestasis of pregnancy. 

Ia menyebabkan kegatalan yang teruk, terutama pada tangan dan kaki. Keadaan ini biasanya tidak menimbulkan sebarang risiko yang serius untuk kesihatan jangka panjang ibu mengandung.

Walau bagaimanapun, ia berisiko untuk menimbulkan komplikasi teruk kepada bayi. 

Baca juga:

Istilah “cholestasis” berasal daripada perkataan Yunani “chole” yang bermaksud “hempedu” (bile) dan “stasis,” yang bermaksud “masih”.

OC berlaku apabila hati tidak boleh melakukan proses penyingkiran melalui hempedu dengan betul. Hempedu merupakan organ yang membantu memproses lemak badan. 

Fahami simptomnya

Seperti yang dinyatakan di atas, gejala paling utama OC atau gatal semasa mengandung adalah rasa kegatalan yang tinggi; tiada sebarang ruam atau bintik kemerahan.

Walaupun dikatakan ia lebih cenderung dirasai pada bahagian tapak tangan dan kaki, namun terdapat juga individu yang mengalaminya di mana-mana bahagian badan.

Kegatalan yang dialami biasanya lebih teruk menjelang pada sebelah malam dan menyebabkan kesukaran untuk tidur.

gatal semasa mengandung

Paling biasa kegatalan berlaku pada trimester ketiga kehamilan (minggu ke 28- kehamilan dan ke atas), namun masih ada juga yang mengalami lebih awal.

Rasa gatal yang dialami mungkin akan menjadi semakin teruk menjelang tarikh anda bersalin. Walau bagaimanapun, kegatalan yang berlaku akan semakin berkurangan selepas melahirkan bayi.

Tanda dan simptom OC lain yang mungkin berlaku adalah seperti:

  • Kulit dan mata menjadi kekuningan (jaundis)
  • Loya 
  • Hilang selera makan
  • Warna urin pekat atau gelap

Punca gatal semasa mengandung

Punca OC adalah tidak jelas. Genetik dan perubahan hormon kehamilan mungkin menjadi antara penyebab berlakunya masalah kegatalan ini. Anda berisiko untuk mengalami OC, sekiranya:

  • Mempunyai sejarah OC pada kehamilan terdahulu
  • Mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami masalah kegatalan ini
  • Mempunyai sejarah masalah kesihatan berkaitan penyakit atau kerosakan hati
  • Mengandung bayi kembar atau lebih

gatal semasa mengandung

Jika anda pernah mengalami masalah ini, risiko untuk keadaan ini berulang pada kehamilan seterusnya adalah kira-kira 90 peratus. Tinggi, bukan?

Komplikasi

Kesan daripada Obstetric Cholestasis mungkin boleh berlaku kepada ibu atau melibatkan tumbesaran bayi di dalam kandungan. 

Bagi ibu, keadaan ini mungkin memberikan kesan sementara kepada fungsi badan dalam menyerap lemak. Penyerapan lemak yang tidak mencukupi boleh mengakibatkan penurunan tahap vitamin K – yang melibatkan proses pembekuan darah. Walau bagaimanapun, keadaan ini jarang untuk berlaku. 

Bagi bayi dalam kandungan pula, komplikasi OC boleh menjadi serius. Antaranya adalah seperti:

Oleh sebab risiko bahaya kepada bayi adalah sangat tinggi, maka terdapat kemungkinan doktor mungkin akan mencadangkan untuk menggunakan prosedur kelahiran induce sebelum tarikh bersalin. 

gatal semasa mengandung

Rawatan masalah gatal semasa mengandung

Sebenarnya tiada rawatan khusus yang boleh membantu mengatasi rasa gatal yang dialami oleh ibu mengandung. Biasanya doktor akan memberikan ubat atau krim sapu seperti calamine untuk membantu mengurangkan rasa gatal.

Ubat mengantuk seperti antihistamines mungkin diberikan kepada ibu yang sukar tidur pada waktu malam akibat kegatalan yang dialami. 

Merendam bahagian yang gatal dengan air suam mungkin dapat memberikan kelegaan sementara. Anda juga boleh menyapu bahagian terjejas dengan minyak kelapa selepas mandi. 

Jika terdapat sebarang pertanyaan, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan