Perbuatan gugurkan kandungan merupakan satu kaedah perubatan untuk menyingkir atau membuang kandungan yang masih dalam bentuk embrio daripada rahim ibu. Namun, ada banyak kesan gugurkan kandungan kepada kaum Hawa.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Perbuatan gugurkan kandungan merupakan satu kaedah perubatan untuk menyingkir atau membuang kandungan yang masih dalam bentuk embrio daripada rahim ibu. Namun, ada banyak kesan gugurkan kandungan kepada kaum Hawa.
Walaupun setiap wanita sebenarnya mempunyai hak untuk melakukannya, mereka perlu berfikir sejenak kerana metode ini akan mendatangkan kesan yang signifikan terhadap fizikal dan mental kelak.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Kira-kira 2 atau 4 minggu selepas menggugurkan kandungan, wanita tersebut akan menderita beberapa komplikasi pada fizikal mereka termasuklah:
Walaupun jarang berlaku, terdapat lagi beberapa komplikasi gugur anak yang lebih serius yang mampu mengakibatkan kerosakan jangka masa panjang terhadap tubuh badan wanita. Berikut merupakan komplikasinya:
Wanita yang pernah melakukan prosedur gugur anak juga berisiko lebih tinggi untuk mengalami kehamilan ektopik pada masa akan datang.
Dalam beberapa kes, komplikasi pengguguran kandungan juga boleh mendatangkan maut!
Penting untuk diketahui oleh wanita bahawa implikasi penguguran kandungan akan menjadi lebih berat sekiranya penguguran kandungan dilakukan lebih lewat.
Wanita yang melakukan prosedur ini lebih awal contohnya ketika trimester pertama kehamilan dapat mengurangkan risiko mendapat komplikasi yang lebih berat.
Baca juga:
Selepas melakukan pengguguran kandungan, wanita mungkin akan sama ada berasa lega atau mengalami tekanan terhadap keputusan yang telah dibuat.
Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa mereka yang cenderung untuk berperasaan negatif setelah melakukannya sebagai kesan gugurkan kandungan.
Antara emosi negatif yang akan menghantui wanita usai melakukan prosedur gugur kandungan termasuklah:
Dalam kebanyakan kes, wanita yang baru sahaja melakukan prosedur gugur kandungan cenderung untuk hamil dalam kadar yang segera akibat dihantui perasaan menyesal.
Walau bagaimanapun, mereka cenderung menggugurkan kandungan sekali lagi atas dasar atau alasan yang sama ketika mereka melakukannya pertama kali.
Wanita yang berasa lega selepas membuat keputusan untuk menggugurkan anak cenderung untuk mengalami kondisi numbness atau paralysis iaitu kondisi fisiologi yang menyebabkan mangsa tidak mempunyai keupayaan untuk merasa atau mengekspresikan emosi mereka.
Di bawah merupakan golongan yang lebih berisiko mengalami kesan gugurkan kandungan:
Adakah anda terfikir untuk gugurkan kandungan anda? Amati kesan ini terlebih dahulu dan fikirkannya semula!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen