backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Keburukan Pil Pencegah Kehamilan Akan Buat Wanita Sukar Hamil, Benar Atau Mitos?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid Ā· Disemak pada 03/10/2023

    Keburukan Pil Pencegah Kehamilan Akan Buat Wanita Sukar Hamil, Benar Atau Mitos?

    Terdapat pelbagai mitos tentang keburukan pil pencegah kehamilan. Antara perkara yang paling digembar-gemburkan adalah kebarangkalian penggunaan pil ini akan buat wanita sukar untuk hamil pada masa akan datang.

    Adakah perkara ini benar ataupun ianya sekadar mitos? Teruskan membaca artikel ini bagi merungkai kebenarannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, anda boleh klik di sini.

    Apakah keperluan pil pencegah kehamilan?

    Pil pencegah kehamilan ialah sejenis kontraseptif hormon. Pil ini diambil melalui mulut untuk mencegah kehamilan. Jika pil diambil dengan betul, keberkesanannya adalah sehingga 99.9%.

    Kehamilan berlaku apabila telur yang dilepaskan dari ovari bersenyawa dengan sperma, kemudian akan menempel pada dinding uterus, dan menjadi janin.

    Pengeluaran telur dari ovari dipanggil pengovulan atau ovulasi, di mana ia akan dikawal selia oleh hormon tertentu dalam tubuh wanita.

    keburukan pil pencegah kehamilan

    Pil ini mengandungi sejumlah kecil hormon estrogen dan progestin. Ia berfungsi menentang hormon kitaran semula jadi dalam tubuh untuk mencegah kehamilan daripada berlaku.

    Kontraseptif hormon menghentikan pengovulan. Selain itu, ia juga mengubah corak mukus serviks, menjadikan sukar untuk sperma memasuki serviks untuk bertemu dengan telur.

    Pil ini juga mungkin akan mengubah lapisan rahim, jadi telur yang telah disenyawakan tidak boleh menempel sendiri pada dinding rahim.

    Wujudkah keburukan pil pencegah kehamilan?

    Ramai wanita yang mungkin takut akan kesan makan pil perancang sebelum kahwinĀ di mana ia dikatakan boleh menjejaskan kesuburan pada masa akan datang.

    Tidak! Banyak kajian membuktikan keburukan pil pencegah kehamilan yang menjejaskan kesuburan seseorang wanita itu adalah tidak benar sama sekali.

    Tubuh anda boleh memproses hormon dalam pil tersebut dengan agak cepat, disebabkan itulah anda hanya diarahkan untuk mengambil satu biji pil setiap hari.

    Sebaik sahaja hormon memerah keluar dari sistem anda, dalam tempoh beberapa hari proses normal telur membesar akan berterusan berlaku.

    Anda mungkin akan menerima ovulasi dalam tempoh dua hingga enam minggu selepas itu.

    keburukan pil pencegah kehamilan

    Walau bagaimanapun, jika anda mengambil pil tersebut dalam tempoh yang lama (katakan lebih daripada setahun), ia akan mengambil masa sehingga tiga bulan untuk tubuh anda kembali normal.

    Dalam sesetengah kes, apabila seseorang wanita itu mengambil ubat pencegah kehamilan selama bertahun-tahun dan kemudian berhenti untuk mendapatkan anak, dia mungkin akan mendapati bahawa kadar kesuburannya menurun.

    Pun begitu, ini selalunya berlaku kerana faktor umur wanita yang semakin meningkat, bukannya disebabkan penggunaan ubat pencegah kehamilan sebelum ini.

    Jadi, ia adalah kontraseptif yang bagus?

    Penting untuk anda memahami bahawa ā€œkeburukan pil pencegah kehamilan boleh menyebabkan ketidaksuburanā€ adalah hanya sekadar suatu mitos semata-mata.

    Anda boleh terus hamil selepas berhenti mengambil ubat pencegah kehamilan, walaupun ia mungkin mengambil beberapa tempoh untuk ovulasi kembali normal.

    Dan, ya, kaedah kontraseptif yang satu ini benar-benar efektif, sihat selamat. Anda boleh terus berusaha untuk hamil sekali gus melahirkan bayi yang sempurna.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid Ā· Disemak pada 03/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan