backup og meta

Larian Dan Karnival SIHAT Columbia Asia, Eratkan Hubungan Ibu Bapa Dan Anak

Larian Dan Karnival SIHAT Columbia Asia, Eratkan Hubungan Ibu Bapa Dan Anak

Selain mengambil pemakanan sihat, aktiviti fizikal seperti bersenam juga merupakan asas kepada kehidupan yang berkualiti. Amalan bersenam bersama keluarga seperti fun run semasa hujung minggu bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan anda, malah ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Baru-baru ini, Columbia Asia Hospital – Bukit Jalil telah menganjurkan acara fun run dan karnival keluarga khas buat komuniti setempat.

Karnival ini bukan hanya berkaitan dengan gaya hidup sihat, tetapi ia juga bertujuan untuk menyatukan setiap lapisan masyarakat.

Baca artikel ini untuk mengetahui selanjutnya.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Luangkan hari hujung minggu dengan fun run ‘SIHAT!’

Pada 10 Disember 2023, Columbia Asia Hospital – Bukit Jalil telah menganjurkan acara fun run dan karnival keluarga bertempat di Columbia Asia Hospital Bukit Jalil.

Karnival ini diadakan buat julung kalinya sejak hospital tersebut mula beroperasi dua bulan yang lalu.

Dengan bertemakan ‘SIHAT!’, karnival ini telah mendapat sambutan yang hangat lebih 400 peserta dari kawasan Bukit Jalil, Seri Kembangan, Serdang, OUG, Taman Desa, Sri Petaling dan Sungai Besi.

“Konsep ‘SIHAT!’ merupakan suatu peringatan betapa pentingnya penjagaan kesihatan,” ujar Pengurus Besar Columbia Asia Hospital – Bukit Jalil, Dr. Sharonpal Singh.

Menurutnya lagi, karnival ini bukan sahaja menumpukan gaya hidup sihat, malah ia juga dianjurkan bagi memupuk semangat kemasyarakatan dan kekeluargaan untuk setiap lapisan masyarakat di kawasan Bukit Jalil ini.

fun run game

Karnival fun run tersebut dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan iaitu zumba yang diketuai oleh Zin Jacinda Webb. Larian ‘SIHAT!’ kemudiannya bermula setelah hon udara dibunyikan oleh Dr. Sharonpal.

Columbia Asia Hospital – Bukit Jalil dibanjiri dengan lautan para pelari yang mengenakan baju ‘SIHAT!’ yang berwarna biru.

Para pelari fun run juga dibenarkan untuk memilih jarak larian sama ada 3 km ataupun 5 km.

Menariknya, ramai di antara mereka telah berjaya melepasi beberapa mercu tanda Bukit Jalil seperti taman rekreasi, stadium kebangsaan, kelab golf dan beberapa kawasan perumahan sekitar.

Santai bersama keluarga dengan aktiviti ‘SIHAT!’

karnival larian
Team Hello Doktor turut hadir di Larian & Karnival ‘SIHAT!’ bagi memeriahkan suasana karnival tersebut.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan sesuai dengan matlamat karnival ini yang ingin memupuk semangat kekeluargaan.

Antaranya, aktiviti Young Doctor Challenge yang dianjurkan untuk kanak-kanak. Melalui aktiviti ini, anak anda berpeluang mengetahui tentang tip penjagaan diri secara praktikal. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak terutamanya berkaitan topik kesihatan.

Penampilan istimewa Maskot Columbia Kids Club, Zoey si Burung Nuri bukan sahaja memikat golongan kanak-kanak, malah ia juga turut menarik perhatian orang dewasa ketika karnival tersebut sedang berlangsung!

Tidak ketinggalan, terdapat juga pemeriksaan kesihatan secara percuma, bengkel keselamatan dan kecemasan, demonstrasi pertolongan cemas, lawatan ambulans, pengagihan belon dan food truck.

Vendor penaja bagi karnival ini terdiri daripada biskut Munchy’s, Vitagen, Wise Crafters yang menyajikan makanan sihat, Wondrous Kombucha serta Oriplus.

Beriadah juga mengeratkan silaturahim

Baik ayah mahupun ibu, masing-masing sering menghabiskan waktu di tempat kerja berbanding di rumah. Menjadi ibu bapa itu juga bukanlah sesuatu tugasan yang mudah dilakukan.

Kebanyakan ibu bapa juga terpaksa berkorban masa untuk anak-anak demi meneruskan kelangsungan hidup.

Namun begitu, adakah anda sedar bahawa budaya ini sebenarnya tidak ‘sihat’ buat anda dan keluarga?

Bekerja terlalu keras sebenarnya secara tidak langsung boleh mengundang risiko pelbagai penyakit seperti masalah jantung, tekanan emosi, masalah anxiety, hipertensi, strok dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, kesibukan anda bekerja juga akan memutuskan rantaian keluarga anda.

fun run

Ini kerana, anak-anak akan mula rasa terabai dan hubungan kalian juga akan menjadi semakin renggang dimakan waktu.

Jangan jadikan kesibukan anda bekerja sebagai satu alasan untuk anda menjarakkan jurang waktu bersama anak-anak. Mereka juga dahagakan kasih sayang daripada anda!

Cubalah meluangkan masa pada hujung minggu bersama anak anda dengan aktiviti sihat seperti melibatkan diri dalam aktiviti larian, berbasikal, bermain badminton, brisk walk dan bercuti di mana sahaja.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How A Parent’s Experience At Work Impacts Their Kids. https://hbr.org/2023/01/how-a-parents-experience-at-work-impacts-their-kids. Accessed on December 12th, 2023.

Mental Health In The Workplace. https://www.helpguide.org/articles/work/mental-health-in-the-workplace.htm. Accessed on December 12th, 2023.

Parent’s Employment And Children’s Wellbeing. https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1029033.pdf. Accessed on December 12th, 2023.

The Role Of Mental Health In Your Career. https://salveohealth.org/the-role-of-mental-health-in-your-career/. Accessed on December 12th, 2023.

Job Burnout: How To Spot It And Take Action. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/burnout/art-20046642. Accessed on December 12th, 2023.

Versi Terbaru

13/12/2023

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Hati-hati Memandu Di Hari Raya! Ini 5 Punca Utama Kemalangan Jalan Raya

Pelik Tangan Selalu Rasa Kebas, Cuba 6 Cara Ini Untuk Kurangkan Lenguh


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 13/12/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan