home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Sukar Hamil Walaupun Subur: Apakah Puncanya?

Sukar Hamil Walaupun Subur: Apakah Puncanya?

Kesuburan bukanlah satu-satunya punca yang mengakibatkan anda sukar untuk hamil. Peluang untuk anda hamil bergantung kepada banyak keadaan dan aspek iaitu fizikal, mental dan emosi. Sangat penting untuk pasangan mengetahui dan mengatasi kemungkinan masalah ini berlaku demi meningkatkan peluang untuk hamil. Berikut merupakan beberapa faktor negatif yang mungkin menyebabkan kesukaran untuk hamil.

Sperma yang tidak berkualiti

Peluang kehamilan berlaku sangat bergantung kepada kualiti sperma. Sperma yang tidak berkualiti tidak mampu untuk berenang sampai ke telur wanita. Pergerakan sperma sangat bergantung kepada strukturnya. Jika sperma yang dihasilkan mempunyai kecacatan pada strukturnya, sperma ini tidak mampu untuk berenang sampai ke telur wanita sekaligus menyebabkan kemungkinan untuk hamil menjadi rendah. Sebanyak 30-40% pasangan mempunyai masalah ini.

Endometriosis

Endometriosis merupakan kondisi sistem reproduktif kronik yang menghalang pertemuan sperma dan telur wanita. Kondisi ini juga menyukarkan perjalanan telur yang telah disenyawakan ke tiub fallopio akibat pertumbuhan sel endometrium yang tidak normal. Kondisi ini akan mengakibatkan kesakitan semasa kedatangan haid dan ketika melakukan hubungan seks. Masalah ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.

Proses ovulasi yang tidak kerap

Keadaan ini akan terjadi sekiranya anda mempunyai masalah dengan kitaran haid anda. Kitaran ovulasi anda akan menjadi lebih cepat atau lambat daripada yang normal. Selain itu kitaran ovulasi juga akan menjadi tidak stabil malah mungkin tidak berlaku ovulasi langsung. Lebih kurang 20-40% wanita mengalami masalah ini. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah ini iaitu hormon yang tidak stabil, aktiviti senaman yang berlebihan, kehilangan atau pertambahan berat badan yang mendadak dan tekanan. Proses ovulasi yang tidak normal boleh dirawat dengan ubat-ubatan seperti Clomid. Doktor juga mungkin akan menyarankan penggunaan IVF untuk pasangan yang lebih berusia dan telah mencecah usia menopaus lebih awal.

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)

Kondisi ini terjadi apabila proses ovulasi terganggu akibat disfungsi pada bahagian ovari yang akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Simptom ini sangat rumit dan sukar untuk disahkan kerana akan timbul berbeza mengikut individu. Simptom-simptomnya adalah ovulasi tidak berlaku dengan kerap, kitaran haid yang tidak tetap, pertambahan berat badan, pertumbuhan bulu pada bahagian badan yang tidak normal serta ketidaksuburan. Rawatan kepada masalah ini pula perlu diambil dengan segera bergantung kepada simptom-simptomnya.

Gaya hidup yang tidak sihat

Berat badan dan BMI yang tidak ideal mendatangkan kesan negatif terhadap tahap kesuburan anda. Makan terlalu banyak makanan berlemak atau tidak bernutrisi boleh mengakibatkan gangguan pada fungsi hormon. Paling penting, elakkan pengambilan alkohol dan merokok kerana perbuatan ini amat memberi kesan negatif terhadap kuantiti dan kualiti sperma serta mengganggu proses ovulasi. Anda juga perlu mengekalkan tahap kesihatan mental dan elakkan diri daripada tekanan kerana ini juga menyebabkan gangguan pada proses ovulasi.

Sentiasa berhubung dengan doktor berkaitan tahap kesuburan anda. Permasalahan berkaitan kesuburan boleh dirawat dengan cepat sekiranya berjaya didiagnosis pada peringkat awal sekaligus meningkatkan peluang anda untuk hamil.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Why You’re Not Getting Pregnant. http://www.parenting.com/gallery/not-getting-pregnant?page=6. Accessed August 13, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dian Sonnerstedt
Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
Disemak pada 10/12/2018
x