backup og meta

5 Pregnancy Pillow Yang Best, Boleh Bantu Ibu Hamil Tidur Dengan Lebih Nyenyak!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

5 Pregnancy Pillow Yang Best, Boleh Bantu Ibu Hamil Tidur Dengan Lebih Nyenyak!

Sebenarnya, ada banyak faktor yang menyebabkan anda sukar jumpa posisi tidur ibu mengandung yang selesa dan terbaik ketika tidur kerana mengalami loya, pedih ulu hati, sakit pinggang dan kekejangan kaki.

Tambahan pula, badan ibu mengandung ini sedang menampung janin yang semakin membesar, mengalami perubahan badan, sudah tentu akan memberi kesan kepada si ibu untuk mencari posisi tidur lebih selesa.

Tidak hairanlah jika anda sudah untuk dapat tidur yang cukup dan berkualiti! Jadi, apa posisi tidur yang terbaik untuk para ibu ni?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Posisi tidur ibu mengandung yang terbaik

Para ibu dinasihati untuk tidur secara mengiring kerana memudahkan pengaliran darah, memastikan organ-organ penting dan bayi menerima nutrien dan oksigen.

Semasa tidur juga, anda digalakkan untuk meletakkan bantal di antara lutut dan di bawah perut utnuk memberikan sedikit keselesaan.

Kenapa ibu mengandung tak boleh tidur terlentang?

Pada peringkat awal kehamilan, anda mungkin dapat tidur seperti kebiasaan.

Tetapi, apabila usia kehamilan anda meningkat dan perut semakin membesar, anda pasti tidak selesa untuk tidur normal kerana ia satu posisi yang kurang menyenangkan.

Tambahan pula, posisi ini akan menyebabkan anda mengalami masalah sakit pinggang, pernafasan, sistem penghadaman, buasir, tekanan darah rendah dan menyebabkan penurunan peredaran ke jantung anda dan bayi anda.

Jadi, bahaya ya buat bakal ibu untuk tidur secara terlentang. Begitu juga jika tidur secara meniarap.

5 jenis bantal pregnancy pillow yang anda boleh dapatkan

Pregnancy pillow ada banyak jenis dan bentuk. Anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. 

Berikut adalah antara pregnancy pillow yang anda boleh dapatkan:

1. Doomoo Buddy Pregnant/Maternity/Breastfeeding Comfort Pillow

Doomoo buddy ialah bantal pelbagai guna anda dan bayi. Kerana bentuk bantal, fleksibiliti dan kelembutannya, anda boleh buat macam-macam!

Tak kisahlah sebagai bantal peluk ketika tidur, meletakkan bayi, menampung bayi ketika menyusukan anda dan macam-macam lagi.

Pregnancy pillow ini direka dan mempunyai ciri yang selesa untuk anda dan si comel kerana sarung Doomo buddy ini menggunakan 95% kapas organik dan bahagian dalaman di isi dengan bebola mikro polistrine yang mengembang.

Sudah pasti dapat membantu anda mendapatkan posisi tidur ibu mengandung yang selesa!

2. Babymoov Mum & B Maternity Pillow

Walaupun bantal ini kelihatan biasa sahaja, ia boleh digunakan pada bila-bila masa.

Disebabkan saiz pregnancy pillow ini yang tidak terlalu besar, ia boleh mudah untuk dibawa ke mana saja anda pergi.

Sebagai contoh, anda boleh letakkan bantal di pada bahagian kepala, belakang, kaki, bantal peluk, menyusukan bayi dan banyak lagi!

Ditambah pula dengan penggunaan material bamboo viscos, mampu mengekalkan keselesaan anda dan bayi yang sememangnya ideal digunakan ketika tidur.

3. Omiland Pillow

Reka bentuk pregnancy pillow ini antara yang popular dan menjadi pilihan bakal-bakal ibu di luar sana kerana saiznya yang besar dan diyakini dapat membantu anda mendapatkan waktu rehat atau tidur yang berkualiti.

Pelbagai pilihan warna yang anda boleh dapatkan seperti warna biru, peach, kelabu dan krim.

4. Shapee 3-in-1 Pregnancy Support Pillow

Bagi anda yang tidak pernah melihat design seperti ini, ia boleh digunakan sebagai pregnancy pillow, menyusukan bayi dan perkembangan bayi.

Bantal ini direka berbentuk C yang mengikut design ergonomic yang mampu menyokong leher, perut, belakang badan dan kaki anda.

5. Red Castle Big Flopsy Maternity & Nursing Pillow

Jangan tak percaya yang bantal ini bersaiz 170cm! Pregnancy pillow dan penyusuan  bayi dari Big Flopsy akan menemani sepanjang kehamilan anda dan semasa detik-detik istimewa selepas kelahiran, semasa menyusu atau penyusuan botol.

Mereka mempunyai pelbagai corak rekaan yang menarik yang anda boleh dapatkan sepanjang anda tidur dan berehat agar dapat posisi tidur ibu hamil tepat dan selesa.

Kesimpulan, pertimbangkan bantal ini!

Walau bagaimanapun untuk mendapatkan tidur yang lena semasa anda telah sarat mengandung agak sukar, diharapkan dengan kehadiran pregnancy pillow ini dapat membantu dan menyokong emosi agar anda mendapat tidur secukupnya.

Kami menggalakkan anda untuk mendapatkan rujukan doktor atau pakar jika anda menghadapi kesukaran mengenai posisi tidur yang terbaik semasa sedang hamil.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sleeping Positions During Pregnancy https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=sleeping-positions-during-pregnancy-85-P01238#:~:text=The%20best%20sleeping%20position%20during,and%20one%20under%20your%20abdomen. (Diakses pada 27 Februari 2025)

Pregnancy Sleep Positions https://www.sleepfoundation.org/pregnancy/pregnancy-sleep-positions (Diakses pada 27 Februari 2025) 

Best Sleeping Positions While Pregnant https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-health-wellness/sleeping-positions-while-pregnant/ (Diakses pada 27 Februari 2025) Sleep position in pregnancy Q&A https://www.tommys.org/pregnancy-information/im-pregnant/sleep-side/sleep-position-pregnancy-qa (Diakses pada 27 Februari 2025)

Sleep Position In Pregnancy Q&A https://www.tommys.org/pregnancy-information/im-pregnant/sleep-side/sleep-position-pregnancy-qa (Diakses pada 27 Februari 2025)

Versi Terbaru

28/02/2025

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Parents Jangan Terlalu Paksa Anak Puasa, Jom Ikut Tip Ini Baru Si Kecil Lebih Seronok!

Ibu Ayah Berhenti Tidur Sekatil Dengan Bayi, Elak Risiko Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada 4 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan