Nak Tahu Mengapa Ibu Hamil Senang Alami Mood Swings? Ada Kaitan Dengan 7 Hormon Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Diterbitkan pada 18/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Mood swings dengan ibu mengandung ibarat irama dan lagu, sukar dipisahkan. Tetapi perubahan hormon apakah yang menjadi punca kepada keadaan tersebut? Ini penjelasannya.

Hormon ibu mengandung

Tempoh kehamilan merupakan keadaan di mana hormon mengalami perubahan naik turun seperti roller coaster. Sudah tentu situasi seperti itu akan memberikan kesan langsung kepada badan dan emosi ibu.

Walaupun pada kebanyakan masa ia boleh menjadi sesuatu yang menggembirakan, tetapi ibu mengandung pula akan berasa sebaliknya, seperti mudah tersinggung, hati tersentuh atau sedih.

Kedengaran seakan wanita yang sedang hamil ini mahukan perhatian, kan? Tetapi hakikatnya situasi itu berlaku tanpa mereka sedari. Pelik tetapi benar. 

Namun, yang menjadi persoalan kini, apakah yang mendasari emosi yang kerap berubah itu? Mungkinkah disebabkan perubahan hormon?

7 perubahan hormon punca emosi naik turun

YA, sememangnya perubahan hormon yang dialami oleh ibu mengandung banyak mempengaruhi emosinya. 

Umumnya, terdapat 7 hormon utama semasa kehamilan yang memainkan peranan penting dalam perkembangan bayi dan kesan lain – emosi rollercoaster

  1. Human chorionic gonadotropin (hCG)

hCG adalah hormon penting pada awal kehamilan. Ia dihasilkan oleh plasenta setelah implantasi dan menyokong fungsi corpus luteum.

Corpus luteum adalah struktur sementara pada ovari yang menghasilkan hormon utama lain pada awal kehamilan. 

hCG juga merupakan hormon yang dikesan pada ujian kehamilan. Kepekatannya meningkat daripada proses persenyawaan dan memuncak selepas minggu ke-8 hingga 11 kehamilan. 

Untuk beberapa hari pertama selepas persenyawaan, tahapnya terlalu rendah untuk dikesan ujian kehamilan. Tetapi setelah persenyawaan berlaku, tahapnya akan meningkat 2x ganda setiap 48 jam. 

  1. Human placental lactogen (hPL)

Hormon ini turut dikenali sebagai human chorionic somatomammotropin, yang dihasilkan oleh plasenta.

Bersama dengan faktor pertumbuhan plasenta, hPL dihasilkan bagi menyesuaikan metabolisme badan untuk memberi makan dan nutrisi kepada janin.

Dalam masa yang sama ia juga merangsang kelenjar susu pada payudara untuk menyusu. Maka secara tidak langsung perubahan hormon ini juga boleh mempengaruhi emosi ibu mengandung. 

Bagi sesetengah wanita, faktor pertumbuhan plasenta dan hPL berpotensi menyekat insulin dan mengakibatkan berlakunya diabetes kehamilan

susu ibu

  1. Progesteron

Pada minggu-minggu awal kehamilan, corpus luteum akan menghasilkan progesteron. Selepas 8 hingga 12 minggu, plasenta akan mengambil alih peranan itu.

Progesteron berfungsi merangsang pertumbuhan saluran darah yang dibekalkan kepada lapisan rahim. Ia juga merangsang lapisan untuk melepaskan nutrien bagi memberi khasiat kepada embrio pada peringkat awal. 

Selain itu, progesteron turut berperanan menghalang pengecutan otot rahim agar ia mengembang seiring tumbesaran bayi. 

Tahap progesteron terus meningkat seiring tempoh kehamilan. Bersama estrogen, ia mendorong pertumbuhan tisu payudara dan pengembangan saluran susu. 

Progesteron mencegah penyusuan semasa kehamilan, hanya akan berlaku apabila tahap hormon itu menurun setelah kelahiran anak

Hormon ini juga memainkan peranan penting dalam persiapan kelahiran – dengan menguatkan otot dinding pelvis yang diperlukan semasa proses bersalin.

Anda perasan tentang peningkatan pertumbuhan rambut semasa hamil? Ia juga kesan perubahan hormon progesteron!

  1. Estrogen

Seperti progesteron, corpus luteum menghasilkan estrogen pada peringkat awal kehamilan sebelum plasenta mengambil alih. 

Estrogen membantu rahim membesar dan mengekalkan lapisannya. Ia menyokong perkembangan janin, termasuk tumbesaran organ dan sistem badan. 

Estrogen juga mengaktifkan dan mengatur pengeluaran hormon kehamilan penting yang lain.

  1. Prolaktin

Merupakan hormon utama yang diperlukan bagi mencetuskan pengeluaran susu ibu. Ia membesarkan kelenjar susu untuk bersiap sedia (walaupun ia hanya berlaku selepas bayi dilahirkan).

Hormon ini juga mempunyai peranan lain yang tidak berkaitan dengan pengeluaran susu. Ia menyumbang kepada perkembangan paru-paru dan otak janin serta sistem imun ibu yang bertoleransi dengan janin. 

  1. Relaksin

Tahap relaksin paling tinggi adalah pada trimester pertama kehamilan. Tetapi ia wujud sepanjang kehamilan. 

Hormon ini memainkan beberapa peranan termasuklah menghalang pengecutan otot rahim bagi mencegah kelahiran pramatang.

Hormon relaksin ini juga penting dalam menenangkan saluran darah, meningkatkan aliran darah ke plasenta dan buah pinggang. 

Selain itu, relaksin juga berperanan membantu badan ibu mengendalikan peningkatan permintaan oksigen dan nutrien daripada bayi yang sedang membesar. 

ibu mengandung

Dalam masa yang sama, hormon ini turut membantu badan ibu bersiap sedia untuk bersalin. Ia akan melonggarkan sendi pada pelvis, melembutkan dan melebarkan serviks untuk memudahkan kelahiran bayi. 

  1. Oksitosin 

Kehadiran oksitosin hanya berlaku pada jumlah yang besar menjelang akhir kehamilan. Pun begitu, kewujudan hormon ini tetap ada pada tempoh sebelumnya cuma pada jumlah yang lebih rendah. 

Tahapnya akan meningkat sebelum ibu mengandung berdepan tempoh kelahiran anak, yang mencetuskan kontraksi

Jika proses kelahiran tidak bermula secara semula jadi, oksitosin boleh digunakan untuk mencetuskannya. 

Kesan perubahan hormon

Agak tidak adil untuk menuding jari kepada hormon yang menyebabkan setiap perubahan emosi, rasa marah dan kesedihan semasa hamil.

Namun, sememangnya perubahan dalam hormon badan banyak mempengaruhi emosi ibu mengandung. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

9 Faktor Ini Punca Ibu Terdedah Kepada Kehamilan Berisiko Tinggi, No. 3 Kena Jaga-jaga

Kehamilan berisiko tinggi dialami ibu mengandung mungkin berpunca daripada masalah kesihatan yang dihidapi sebelum, semasa atau selepas melahirkan anak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil Mengidam Nak Makan Jambu Batu? Boleh Ambil Tapi Ada Hadnya, Kalau Tak Berisiko Pada Janin

Buah jambu batu merupakan antara buah tropika kegemaran ramai. Lebih enak jika dimakan sejuk. Tapi tiada masalah ke untuk wanita hamil menikmati buah ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 26/08/2020 . 3 minit bacaan

Bukaan Rahim 4cm, 6cm, 8cm, Apa Maksudnya? Ini Yang Ibu Patut Tahu Tentang Fasa Kelahiran

Proses kelahiran bayi adalah perkara normal. Ini yang perlu ibu mengandung fahami tentang bukaan rahim. Semoga ia membantu berikan ketenangan kepada diri.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 24/08/2020 . 3 minit bacaan

Baby Sudah Pandai Menangis Sejak Dalam Rahim? Ini Sebab Mengapa Tangisan Si Manja Terjadi

Sepanjang tempoh kehamilan, pastinya anda sentiasa menduga apa yang bayi dalam kandungan sedang buat, kan? Tapi betul ke si manja sudah mula menangis?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 12/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

wanita mengandung

Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
jantina bayi

Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
parut czer

Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
meruang ketika hamil

Meruang Masa Mengandung, Boleh Ke? 5 Sebab Ini Akan Buat Anda Berfikir 2x Sebelum Lakukannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan