Ibu hamil perlu mempertimbangkan setiap perkara sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal, termasuklah makan angin. Persoalannya, adakah naik kenderaan semasa hamil itu selamat?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, anda boleh klik di sini.
Adakah naik kenderaan semasa hamil itu selamat?
Bolehkah ibu hamil perjalanan jauh naik kereta, bas atau lain-lain pengangkutan? Sebenarnya, boleh!
Mana-mana pengangkutan darat adalah selamat jika anda berhati-hati dan mengikut peraturannya betul-betul.
Oleh itu, ramai bakal ibu yang menggunakan pengangkutan bas tanpa sebarang masalah.
Malah, sesetengahnya juga menganggap bahawa menaiki bas adalah lebih selamat berbanding menaiki kereta, serta lebih relaks lagi memandangkan bukan anda yang sedang memandu.
Walau bagaimanapun, jika anda risau ataupun mengalami sebarang komplikasi berkaitan kehamilan seperti tekanan darah tinggi, diabetes, masalah plasenta ataupun sejarah kelahiran pramatang.
Maka, adalah lebih baik untuk anda mendapatkan nasihat daripada doktor dahulu sebelum memilih untuk naik kenderaan semasa hamil.
Apakah langkah penting jika ingin guna kenderaan?
Pastikan anda mematuhi langkah berjaga-jaga di bawah bagi mengelakkan sebarang komplikasi, tidak kiralah jika anda menaiki bas untuk perjalanan yang dekat ataupun jarak jauh:
- Jangan naik atau turun daripada bas yang sedang bergerak, walau apa juga keadaan
- Pilih tempat duduk di bahagian tengah, dalam bas tersebut supaya anda masih selamat jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini
- Anda digalakkan untuk tidak berdiri dalam bas yang sedang bergerak. Selain boleh membuatkan anda hilang kawalan dan juga terjatuh, anda juga mungkin akan mengalami kebarangkalian untuk ditolak oleh penumpang lain. Ada sesetengah bas yang menyediakan tempat berasingan untuk penumpang wanita
- Bas yang tidak menyediakan penyaman udara boleh mendedahkan anda kepada debu dan asap. Berbeza dengan bas yang mempunyai penyaman udara, anda kurang terdedah kepada pencemaran
- Pastikan anda menyimpan maklumat kecemasan sepanjang masa bagi memudahkan orang menghubungi waris anda jika berlaku sebarang perkara tidak diingini
- Bawa barang yang ringan sahaja. Anda mungkin mengalami masalah sakit belakang badan jika menggalas beg yang berat
- Bawa bersama anda pembersih tangan dan tisu basah bagi merendahkan risiko penyakit berjangkit
Bagaimana ibu hamil rasa selesa di dalam kenderaan?
Kebanyakan bas kini menyediakan kemudahan seperti tempat duduk berkusyen, penyaman udara, malah ada juga yang menyediakan tandas di dalam bas serta tayangan wayang gambar.
Ini boleh memberi keselesaan kepada para penumpangnya. Jadi, ia adalah satu pilihan yang baik untuk ibu hamil memilih pengangkutan bas yang menawarkan perjalanan lebih seronok.
Walau bagaimanapun, jika anda merasai kesukaran untuk naik kenderaan semasa hamil, mungkin tips di bawah boleh membantu anda lebih selesa ketika naik kenderaan semasa mengandung:
- Elakkan menggunakan bas semasa waktu puncak
- Memandangkan pilihan tempat duduk adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat. Jadi, anda disarankan untuk sampai awal ke stesen bas
- Jika anda tidak dapat tempat duduk, jangan malu untuk minta bantuan pada penumpang lain untuk memberikan tempat duduk pada anda
- Bawa kipas tangan bersama bagi mengelakkan panas dan kelembapan di dalam bas
- Sesetengah bas panas dan ada juga yang terlalu sejuk, jadi pakailah pakaian yang sesuai. Bawa bersama selimut kecil sebagai persediaan jika anda berasa sejuk
- Cari bas yang mengamalkan kawasan larangan merokok. Asap rokok amat bahaya untuk anda dan bayi
- Simpan semua barang anda dalam sebuah beg galas ringan
- Bawa buku, majalah atau pemain MP3 untuk hiburan anda sementara waktu menunggu
- Bawa sekali ubat anda bersama
- Snek sihat mungkin diperlukan bagi mengelakkan anda lapar dan boleh dimakan jika tahap glukos darah rendah
- Bawa sebotol air bersama ketika naik kenderaan semasa hamil
[embed-health-tool-ovulation]