backup og meta

Minggu 20

Minggu 20

Perkembangan bayi

Perkembangan bayi dalam kandungan  

Bayi anda kini mempunyai saiz seperti sebiji pisang, kira-kira 25 cm panjang dengan berat sekitar 315 g. Bayi anda kini mengambil lebih banyak ruang dan pertumbuhan berterusan akan memberikan tekanan pada paru-paru, perut, pundi kencing dan buah pinggang anda.

Di bawah lapisan pelindung seperti lilin tersebut pertumbuhan kulit bayi akan berlaku dan berterusan menebal. Rambut dan kuku bayi anda juga akan terus berkembang.

Perubahan hidup & tubuh badan

Bagaimanakah perubahan badan saya?

Anda mungkin telah bertambah sekitar 4.5 kg dan akan berterusan bertambah berat badan setiap minggu dari sekarang. Jika anda mempunyai berat badan rendah sebelum mengandung, anda mungkin memerlukan pertambahan berat badan yang lebih sedikit manakala jika anda memiliki berat badan berlebihan, anda tidak boleh bertambah berat badan dengan berlebihan.

Selain itu, anda perlu memastikan anda mendapat bekalan zat besi dan mineral yang mencukupi terutamanya untuk penghasilan hemoglobin (bahagian sel darah merah yang membawa oksigen). Tambahan pula, badan anda memerlukan lebih banyak zat besi untuk memenuhi keperluan penghasilan jumlah darah yang bertambah, dan untuk bayi dan plasenta yang kian membesar.

Apakah yang perlu saya beri perhatian?

Anda mungkin boleh menimbangkan untuk menyimpan darah tali pusat jika anda mahu kelak. Sebuah prosedur akan dilakukan di mana darah tali pusat diambil daripada tali pusat bayi selepas kelahiran dan disimpan untuk kemungkinan keperluan pemindahan sel stem pada masa hadapan. Terdapat dua cara utama untuk menyimpan darah tali pusat:

  • Awam: Pengumpulan darah tali pusat pada bank darah tali pusat awam untuk kegunaan  mana-mana pesakit yang memerlukan rawatan.
  • Swasta: Ahli keluarga dan mereka yang berkemampuan boleh membayar perkhidmatan bank darah tali pusat swasta dan menyelia pengumpulan dan penyimpanan darah tali pusat tersebut. Simpanan darah tersebut hanya dibenarkan untuk kegunaan keluarga.

Pertemuan dengan doktor

Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?

Pemeriksaan ultrabunyi pada trimester kedua kehamilan adalah cara yang terbaik untuk melihat perkembangan bayi anda. Jika anda bimbang tentang kesan ultrabunyi ini, bincang dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat dan penjelasan bagi sebarang kebimbangan yang anda alami.

Apakah ujian yang perlu saya tahu?

Pada masa ini, anda akan menjalani ujian amniosentesis jika anda bersetuju. Ujian amniosentesis ini dilakukan atas sebab-sebab tertentu; dan bukan ujian rutin. Ujian ini akan menunjukkan keabnormalan genetik seperti sindrom Down dan sebagainya. Adalah penting untuk anda membincangkan manfaat, risiko dan had ujian ini dengan doktor anda.

Doktor anda juga akan melaksanakan ujian ultrabunyi yang menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej. Ultrabunyi boleh menentukan saiz dan kedudukan bayi anda, sebarang keabnormalan struktur tulang dan organ-organ yang dapat dilihat pada masa ini. Bergantung kepada kedudukan bayi anda, anda mungkin akan tahu bahawa anda boleh melakukan hubungan kelamin atau tidak. Dengan ultrabunyi, tali pusat, plasenta dan air ketuban juga akan diteliti. Anda perlu berbincang dengan doktor anda mengenai risiko dan kelebihan ujian ini.

Kesihatan & keselamatan

Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?

Makanan organik atau bukan organik?

Produk organik adalah lebih baik untuk kesihatan anda dalam jangka masa panjang berbanding produk bukan organik tetapi perbezaan dalam kandungan pemakanan mereka tidak ketara. Mungkin ada sisa baki racun perosak dalam makanan bukan organik, tetapi  boleh dikurangkan dengan cara membasuh, membuang kulit atau dengan memasak makanan.

Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting adalah untuk makan 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Jika anda mempunyai bajet yang terhad, anda tidak perlu menghadkan makanan anda kepada makanan organik semata.

Berdiri untuk tempoh yang lama

Jangan berdiri sepanjang hari sewaktu anda hamil. Jika anda berjalan tiada masalah untuk berdiri. Tetapi berdiri tetap untuk tempoh yang panjang boleh menyebabkan tekanan darah rendah, dan semasa mengandung, masalah ini boleh menjadi lebih teruk. Jika tekanan darah anda jatuh, anda mungkin merasa pening dan juga pengsan. Anda boleh mengatasi risiko-risiko ini dengan berjalan sedikit di kawasan sekitar.

Memakai tali pinggang bersalin juga boleh membantu menyokong perut dan berat badan pada akhir tiga bulan semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan.

Gambaran Janin Minggu ke-20

Jadi minggu depan, bagaimanakah pertumbuhan janin anda?

Hello Health Group tidak memberi sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Poppy seed to pumpkin: How big is your baby?

http://www.babycenter.com/slideshow-baby-size. Accessed March 30, 2015.

Pregnancy calendar week 20. http://kidshealth.org/parent/pregnancy_center/pregnancy_calendar/week20.html. Accessed March 30, 2015.

Your pregnancy: 20 weeks. http://www.babycenter.com/6_your-pregnancy-20-weeks_1109.bc. Accessed March 30, 2015.

Versi Terbaru

02/12/2019

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Artikel Berkaitan

Keputihan Semasa Mengandung Ganggu Keselesaan Bakal Ibu? Amalkan 5 Tip Ini, Berkesan!

Sakit Kepala Sebab Anemia? Amalkan 9 Jenis Makanan Ini Masa Hamil, Hb Akan Naik!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 02/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan