backup og meta

Mengapa Senaman Penting untuk Wanita Hamil?

Mengapa Senaman Penting untuk Wanita Hamil?

Majoriti wanita mengetahui bahawa diet yang sihat perlu diamalkan ketika kehamilan. Namun ramai yang tidak mengetahui akan kepentingan senaman ketika hamil. Berikut merupakan 5 punca utama mengapa wanita hamil perlu melakukan senaman dalam rutin seharian mereka.

1. Meredakan sakit belakang

Sakit belakang ketika hamil berpunca daripada perubahan hormon di dalam badan wanita hamil. Berbanding pengambilan ubat-ubatan sebagai rawatan utama, senaman lebih disarankan. Senaman seperti core twist, wall squat dan pelvic tilts mampu menguatkan otot belakang dan paha anda sekaligus mengurangkan risiko mengalami sakit belakang.

2. Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan

Menurut kajian yang diterbitkan pada 2015 oleh International Journal of Obstetrics and Diabetes, senaman seperti berjalan kaki sekurang-kurangnya 5 jam dalam satu minggu mampu mengurangkan risiko wanita hamil mengalami gestational diabetes atau diabetes ketika hamil. Jika anda mampu mengekalkan rutin senaman seharian, ia juga akan menurunkan risiko anda menghadapi kondisi ini.

Senaman juga mampu mengurangkan risiko wanita hamil mengalami tekanan darah tinggi atau perlu melakukan episiotomi, kelahiran dibantu, pembedahan caesarean atau kelahiran bayi terlebih berat (bayi yang mempunyai berat badan melebihi 4.5 kg).

3. Menghalang masalah sembelit

Peningkatan tahap progesterone semasa kehamilan akan menyebabkan pergerakan otot pencernaan menjadi terhad lalu menyebabkan sembelit. Dengan memastikan latihan dan senaman yang konsisten, sistem perncernaan anda akan kekal aktif dan berfungsi dengan baik.

4. Membuat anda kelihatan dan rasa lebih baik

Aktiviti senaman dapat membantu anda meningkatkan kualiti tidur, melancarkan perjalanan darah ke kulit serta merangsang badan anda menghasilkan endorfin iaitu bahan kimia semulajadi yang berfungsi mencetuskan emosi positif sekaligus menghalang depresi dan stres.

Wanita hamil yang melakukan senaman ketika hamil juga mampu mengawal berat badan mereka dalam lingkungan yang disarankan. Hasilnya, anda tidak akan berdepan sebarang isu berkaitan tubuh badan anda. Ini sekaligus dapat membuatkan anda kelihatan dan rasa lebih baik terhadap imej anda.

5. Menyediakan anda untuk melahirkan bayi

Semakin kuat dan sihat kondisi tubuh badan anda, lebih mudah untuk anda melalui proses melahirkan bayi. Ini kerana otot dan sistem kardiovaskular wanita hamil yang kuat dapat memberikan mereka lebih banyak stamina untuk mereka menolak bayi keluar selain mengurangkan keperluan mereka terhadap pengambilan ubat-ubatan. Sebagai tambahan, senaman juga membantu mempercepatkan tempoh pemulihan kesihatan serta penampilan fizikal anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Effectiveness of physical activity interventions on preventing gestational diabetes mellitus and excessive maternal weight gain: a meta-analysis. http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/1471-0528.13429/full. Accessed December 28, 2016.

33 Reasons To Exercise Now. http://www.fitpregnancy.com/exercise/prenatal-workouts/33-reasons-exercise-now. Accessed December 28, 2016.

Versi Terbaru

15/05/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ingin Lakukan IVF? Ketahui Kos Serta Risikonya Terlebih Dahulu!

Wujudkah Tanda-Tanda Hamil 1 Hari? Mungkin Ya Mungkin Tidak, Jom Baca!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan