Ubat-ubatan bagi merawat masalah kesuburan menjadi pilihan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat serta yang sedang mencari kaedah meningkatkan peluang kehamilan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Ubat-ubatan bagi merawat masalah kesuburan menjadi pilihan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat serta yang sedang mencari kaedah meningkatkan peluang kehamilan.
Mendapat cahaya mata adalah impian bagi setiap pasangan berkahwin, namun kemandulan boleh berlaku akibat masalah kesuburan pada lelaki mahupun wanita.
Sebilangan besar doktor mengesyorkan untuk mendapatkan rawatan sekiranya seseorang wanita tidak dapat hamil atau terus mengalami keguguran setelah cuba hamil selama 12 bulan atau lebih.
Pun begitu, adakah ubat-ubatan kesuburan ini mempunyai kesan jangka panjang? Ikuti artikel ini untuk memahami dengan lebih lanjut!
Beberapa jenis ubat kesuburan akan dapat menghasilkan proses ovulasi terhadap wanita yang tidak berovulasi secara berkala.
Ini kerana, sebilangan wanita menghadapi masalah ovulasi tidak teratur ataupun ovulasi tidak berlaku sama sekali.
Kira-kira 1 daripada 4 wanita yang mengalami masalah kesuburan mempunyai isu dengan proses ovulasi mereka.
Ubat-ubatan yang dapat mengatasi masalah kesuburan dan ovulasi termasuklah:
Dalam kes yang jarang berlaku, ubat-ubatan kesuburan boleh menyebabkan kesan sampingan yang teruk dalam jangka masa yang panjang.
Sebelum melakukan apa-apa keputusan, bincang dahulu bersama doktor dan sentiasa memaklumkan mereka jika anda mengalami gejala yang membimbangkan.
Ini kerana, pengambilan ubat-ubatan bagi merawat masalah kesuburan mempunyai kesan-kesan sampingan seperti berikut:
Sebilangan kecil wanita akan mengalami gangguan penglihatan semasa mengambil ubat Clomid atau Letrozole.
Sekiranya ia berlaku, anda mungkin akan melihat kilatan cahaya, peningkatan floaters mata secara tiba-tiba, atau mengalami penglihatan yang kabur.
Tambahan itu, penglihatan yang kabur mungkin disertai dengan sakit kepala yang teruk. Pastikan anda memaklumkan doktor sekiranya perkara ini berlaku.
Masalah penglihatan akan hilang sebaik sahaja anda berhenti mengambil ubat ini. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, kerosakan mata jangka panjang mungkin berlaku.
Wanita yang mengambil ubat Gonadotropins mempunyai risiko kehamilan ektopik yang lebih tinggi.
Kehamilan ektopik boleh mengancam nyawa sekiranya diabaikan. Justeru, jika anda mengalami sakit pelvis yang teruk, segera hubungi doktor.
Ubat kesuburan yang diambil ini akan sengaja merangsang ovari untuk menghasilkan lebih banyak telur daripada yang biasanya dikeluarkan.
Pun begitu, dengan OHSS, ovari boleh terangsang secara berlebihan, keadaan ini sering terjadi semasa dalam rawatan IVF, tetapi ia juga boleh berlaku dengan rawatan Clomid dan Gonadotropin.
Sebilangan besar kes OHSS adalah ringan, tetapi potensi OHSS yang teruk juga boleh berlaku.
Dalam kes yang jarang berlaku, OHSS mampu menyebabkan pembekuan darah dan kegagalan buah pinggang.
Di samping itu, OHSS yang kronik boleh mengancam masakah kesuburan dan juga nyawa anda. Menangani gejalanya dengan cepat dan mendapatkan rawatan awal adalah kunci untuk mencegahnya.
Ini adalah keadaan yang berlaku apabila ovari berpusing di sekitar ligamen yang memegangnya. Pekara ini dapat menghentikan aliran darah ke ovari dan tiub fallopio.
Selain itu, ia boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan masalah-masalah lain kerana ovari tidak mendapat darah yang cukup.
Ovarian torsion adalah kemungkinan komplikasi akibat OHSS dan 2% wanita yang mengambil Gonadotropin akan mengalaminya, tetapi dengan langkah berjaga-jaga yang betul (termasuk sekatan aktiviti), komplikasi ini sangat jarang berlaku.
Bagi kebanyakan wanita mahupun pasangan, kos adalah faktor yang amat penting. Memutuskan rawatan yang betul mungkin bermaksud anda perlu mempertimbangkan kos dan faedah yang berpotensi.
Beberapa soalan adalah bagus untuk anda tanyakan kepada doktor, termasuk:
Selain itu, harus diingati sekiranya seseorang wanita berusaha untuk hamil dengan pasangan, lelaki tersebut juga harus menjalani ujian kesuburan.
Dalam beberapa situasi, kedua wanita dan lelaki mempunyai masalah kesuburan, dan dengan hanya merawat wanita itu mungkin tidak mencukupi.
Anda juga harus ingat bahawa ubat kesuburan tidak dapat merawat semua penyebab kemandulan.
Oleh itu, pastikan anda melakukan research yang mendalam dan dapatkan juga pandangan doktor sekiranya mahu mula menggunakan ubat-ubatan kesuburan okay!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen