backup og meta

10 Tip Legakan Sakit Perut Ketika Nak Bersalin, Ibu Hamil Boleh Cuba!

10 Tip Legakan Sakit Perut Ketika Nak Bersalin, Ibu Hamil Boleh Cuba!

Kontraksi sememangnya boleh menyebabkan ketidakselesaan. Tetapi adakah cara melegakan sakit bawah perut ketika hamil sebelum melahirkan si comel? Baca selanjutnya untuk mengetahui tip yang boleh anda cuba.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

10 petua atasi sakit bawah perut ketika hamil

Berikut adalah antara cara untuk mengatasi kesakitan yang dialami semasa menghampiri tempoh bersalin:

1. Cari persekitaran menenangkan

Pilih tempat bersalin yang memberikan anda rasa selesa – dengan ruang untuk berjalan dan mandi serta peranti melegakan kesakitan seperti kerusi goyang, birth ball dan paling penting, katil untuk berehat.

2. Sokongan ahli keluarga

Sokongan suami amat penting sekiranya isteri mengalami sakit mengandung yang serius.
Sokongan suami amat penting sekiranya isteri mengalami sakit mengandung yang serius

Sokongan berterusan daripada pasangan serta ahli keluarga semasa mendekati proses kelahiran bayi, terutamanya ketika berdepan sakit bawah perut ketika hamil 38 minggu dipercayai dapat meningkatkan kesejahteraan emosi dan psikologi.

Ia secara tidak langsung membantu mengurangkan keperluan pengambilan ubat tahan sakit, pembedahan czer kecemasan serta mengurangkan risiko proses kelahiran lama.

Bakal ibu yang mendapat sokogan juga dikatakan lebih berkemungkinan mempunyai masa pemulihan selepas bersalin lebih cepat dan mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin.

3. Amalkan pernafasan berirama

Teknik pernafasan yang betul dapat membantu mengatasi kesakitan kontraksi. Ibu disarankan untuk bernafas sepenuhnya dalam irama perlahan semasa kontraksi.

Sebagai alternatif, anda boleh mencuba teknik menarik nafas cepat – sekali setiap 2-3 saat – untuk tempoh 20 hingga 30 minit.

Luangkan masa sepanjang tempoh kehamilan untuk belajar teknik pernafasan berbeza, visualisasi dan amalan menenangkan lain yang boleh digunakan semasa bersalin nanti.

[embed-health-tool-due-date]

Atasi sakit bawah perut ketika hamil #4. Luahkan ketakutan

Bimbang tentang rasa sakit, ubat atau hilang kawalan semasa bersalin nanti?

Luahkan kepada ahli keluarga atau rakan yang pernah melalui pengalaman bersalin. Mungkin mereka dapat kongsikan sebarang tip berguna untuk anda.

Menyuarakan kebimbangan boleh memberikan kelegaan dan membantu anda mengetahui penyelesaian praktikal yang boleh dijadikan pilihan.

Baca juga:

5. Visualisasi, dapat memberikan kelegaan

Fokus kepada perkara yang menggembirakan anda seperti wajah pasangan, gambar inspirasi atau item kegemaran. Ini dapat melibatkan deria dan mengurangkan kesedaran tentang kesakitan yang sedang dialami.

Berdasarkan penyelidikan juga mendapati terapi integratif termasuk visualisasi semasa proses melahirkan anak dapat membantu mengurangkan keperluan epidural, pembedahan caesarean kecemasan dan masa bersalin.

6. Mandian air suam

American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) mendapati mandian air suam memberikan beberapa manfaat termasuklah menurunkan penggunaan epidural – menunjukkan air suam membantu mengurangkan kesakitan.

Mandian air suam juga boleh menenangkan diri terutamanya jika anda duduk di atas bangku dan pancuran air dihalakan ke perut atau belakang badan. Ia juga dikatakan boleh membantu mempercepat proses bersalin.

Atasi sakit bawah perut ketika hamil #7. Teruskan bergerak

Dipercayai lebih banyak pergerakan yang dilakukan akan membantu menjadikan proses kelahiran lebih selamat. Dengan bergerak, anda juga membantu badan untuk mengurangkan kesakitan.

Ibu hamil juga perlu melakukan senaman ringan agar kandungan anda kekal dengan tumbesaran yang baik.
Ibu hamil juga perlu melakukan senaman ringan agar kandungan anda kekal dengan tumbesaran yang baik.

8. Mampatan suam atau sejuk

Terdapat beberapa faedah penggunaan pek suam atau sejuk dalam membantu mengurangkan kesakitan, bahkan ia merupakan amalan biasa diamalkan.

Meletakkan mampatan suam pada perineum semasa fasa bersalin dipercayai dapat membantu mengurangkan kesakitan yang dialami. Anda juga boleh meletakkannya pada bahagian perut bawah, pangkal paha, pinggul dan bahu.

Tiada pek suam? Jangan risau, anda boleh menggunakan stoking panjang bersih dan diisikan dengan beras, kemudian panaskan dengan ketuhar gelombang mikro selama seminit. Pastikan ia tidak terlalu panas sebelum diletakkan pada perut.

Jika inginkan mampatan sejuk, anda boleh gunakan sarung tangan lateks yang diisikan dengan ketulan ais. Ia juga berfungsi membantu melegakan bahagian yang menyakitkan. Tetapi, sila elakkan bahagian perut, ya! 

9. Urutan lembut

Minta pasangan untuk memberikan anda urutan lembut menggunakan minyak atau losyen bagi menenangkan diri dan melegakan kesakitan yang dialami.

Urutan lembut menaik dan menurun pada bahagian belakang badan juga dapat mengatasi rasa sakit. 

Fasa-fasa semasa kontraksi.
Fasa-fasa semasa kontraksi.

10. Acupressure bantu atasi sakit bawah perut ketika hamil

Akutekanan adalah antara kaedah bukan invasif yang dapat mengurangkan kesakitan. Ia dipercayai bermanfaat melegakan rasa sakit dan memendekkan proses bersalin dengan meningkatkan intensiti kontraksi rahim.

Ia boleh dilakukan dengan meminta pasangan melakukan acupressure dengan menekan atau mengurut titik tertentu pada badan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Dealing With Pain During Childbirth. https://kidshealth.org/en/parents/childbirth-pain.html, Accessed on Dec 17, 2022
  2. Pain relief in labour. https://www.nhs.uk/pregnancy/labour-and-birth/what-happens/pain-relief-in-labour/,  Accessed on Dec 17, 2022
  3. Pain relief during labour. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/pain-relief-during-labour, Accessed on Dec 17, 2022
  4. Labor Pain. https://www.asahq.org/madeforthismoment/pain-management/types-of-pain/labor/, Accessed on Dec 17, 2022 
  5. Childbirth – pain relief options. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/childbirth-pain-relief-options, Accessed on Dec 17, 2022 

 

Versi Terbaru

22/10/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Ini Senarai Makanan Yang Disarankan Untuk Ibu Sebelum Masuk Bilik Bersalin

Pertama Kali Bergelar Ibu? Ini Tip Persiapan Bersalin Agar Anda Tidak 'Nervous'


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan