Apa itu plasenta bayi dan apakah fungsinya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui jawapannya..
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Apa itu plasenta bayi?
Sewaktu janin sedang tumbuh dalam badan anda, terdapat benda lain yang turut tumbuh – plasenta, yang bertanggungjawab untuk memastikan bayi anda hidup.
Plasenta adalah bekalan hidup antara bayi dan saluran darah anda sendiri.
Ia bertanggungjawab untuk memproses makanan yang anda makan dan mengubahnya menjadi sumber nutrien anak anda yang sedang berkembang.
Bayi juga bernafas melaluinya. Inilah sebabnya mengapa anda harus mengelakkan alkohol,kafein, dan merokok kerana bahan kimia toksik boleh melalui plasenta dan menyebabkan kemudaratan kepada bayi anda.
Di samping itu, fungsi plasenta menyediakan antibodi terhadap penyakit dan berfungsi untuk menyingkirkan bahan buangan seperti karbon dioksida.
Apabila darah mengalir melalui rahim anda, plasenta menyerap nutrien, molekul imun dan molekul oksigen yang beredar melalui sistem anda.
Ia memindahkannya ke seluruh kantung amniotik – melalui tali pusat yang menghubungkan plasenta ke bayi anda – dan ke dalam saluran darah bayi anda.
Menurut beberapa kajian terkini, saintis mendapati bahawa plasenta anda juga menghasilkan hormon dan molekul isyarat, termasuk laktogen plasenta manusia (HPL), relaxin, oxytocin, progesteron, dan estrogen, yang diperlukan untuk kedua-dua ibu dan bayi sewaktu kehamilan.
Molekul-molekul ini menggalakkan pembentukan saluran darah baru untuk aktiviti-aktiviti penting seperti membawa oksigen ke janin, menyiapkan ibu untuk menghasilkan susu dan meningkatkan metabolisme ibu untuk membantu membekalkan tenaga kepada dirinya dan bayi.
Apa itu plasenta: Dari mana asalnya
Pada minggu keempat kehamilan, segumpal sel menempel pada dinding rahim. Sesetengah sel dari gumpalan ini berpecah dan mencengkam ke dinding rahim.
Kemudian, mereka akan membentuk organ berbentuk cakera yang penuh dengan pembuluh darah dan mengambil alih tugas korpus luteum pada trimester kedua. Ini adalah bagaimana plasenta terbentuk.
Apakah masalah plasenta yang mungkin berlaku semasa kehamilan?
Kini anda sudah mengetahui apa itu plasenta.
Ini pula antara 3 masalah biasa yang mungkin dihadapi oleh wanita semasa mengandung yang berkaitan dengan plasenta:
-Plasenta accreta: ini adalah ketika saluran darah plasenta mencengkam terlalu mendalam pada dinding rahim, meningkatkan risiko pendarahan semasa dan selepas kelahiran.
- Plasenta previa: ini berlaku apabila plasenta menutup keseluruhan atau sebahagian serviks, menjadikan kelahiran lebih berbahaya.
- Plasenta pecah: plasenta tercabut terlalu awal daripada dinding rahim, mengakibatkan bekalan nutrien dan oksigen yang tidak mencukupi untuk bayi. Ibu akan menghadapi risiko pendarahan yang teruk.
Baca juga: