backup og meta

Cara Menghilangkan Sakit Otot Setiap Kali Selepas Berlari @ Bersenam, Bagaimana?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 18/07/2023

    Cara Menghilangkan Sakit Otot Setiap Kali Selepas Berlari @ Bersenam, Bagaimana?

    Setiap kali berlari atau bersenam, anda mungkin akan rasa sengal-sengal dan lenguh-lenguh pda otot bukan? Jadi, bagaimana cara menghilangkan sakit otot itu yang berkesan? Jom baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Badan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Apa punca kesakitan pada otot ini?

    Kita semua tahu bagaimana otot berfungsi ketika kita bersenam. Otot meregang dan mengecut merupakan dua fungsi yang biasa.

    Walau bagaimanapun, sekiranya otot anda dibiarkan dan tidak digunakan selamanya beberapa bulan atau tahun, ia akan ‘berkarat’.

    Tiada bezanya apabila kita bercakap tentang otot. Selepas satu larian, terutamanya untuk kali pertama, anda akan mengalami keadaan yang dipanggil Delayed Onset Muscle Soreness ataupun DOMS.

    Nama ini amnya telah menjelaskan apa yang terjadi. Selepas 24 ke 48 jam berlari, rasa sakit atau nyeri akan mula merayap ke dalam otot anda; perlahan-lahan ia akan menjadikan anda susah untuk bangun tidur.

    Ini berlaku disebabkan oleh otot digunakan melebihi kebiasaannya.

    cara menghilangkan sakit otot

    Sebagai contoh, anda lazimnya berjalan kira-kira 500 meter ke sekolah tetapi sekarang anda mula berlari sejauh dua batu.

    Sudah pasti pagi yang berikutnya akan memberikan anda rasa tidak selesa pada otot yang terlebih guna.

    Namun begitu, ini merupakan tanda biasa yang menunjukkan otot anda berfungsi dengan baik.

    Ia menunjukkan otot anda sedang menyesuaikan diri terhadap latihan yang baru anda jalani untuk menjadi lebih kuat dan mampu melaksanakan tugas dengan baik.

    Walaupun begitu, sekiranya kesakitan yang anda rasa menjejaskan aktiviti harian anda, maka anda perlu berehat untuk pulih semula kerana anda mungkin telah bersenam melebihi had anda.

    Meskipun begitu, ia adalah normal untuk berasa sakit pada pagi berikutnya, terdapat cara menghilangkan muscle pain ini!

    Cara menghilangkan sakit otot ini!

    Walaupun perkara ini normal, ia bukan bermaksud anda perlu membiarkan sahaja tanpa melakukan apa-apa cara menghilangkan sakit otot tersebut. Ada usaha berkesan yang anda perlu buat!

    cara menghilangkan sakit otot

    Berikut beberapa cara menghilangkan sakit otot yang anda perlu buat setiap kali selepas berlari atau bersukan:

    Jangan terlalu paksa diri anda

    Amat penting untuk mempelajari cara-cara mudah melatih otot anda daripada terburu-buru melakukannya. Ini termasuklah mengambil masa untuk badan menyesuaikan diri, lakukan senaman ringan.

    Di antara cara-cara melatih otot yang terlepas pandang adalah dengan melakukan senaman regangan.

    Regangan merupakan asas kepada senaman tetapi ramai yang memandang remeh terhadap senaman ini.

    Berlari kemudiannya diikuti dengan renggangan membantu mengurangkan rasa nyeri pada otot selepas larian yang jauh. Ia membantu menghilangkan rasa sakit selepas melakukan pecutan di dalam taman.

    Cuba “repeated bout effect”

    Anehnya, melakukan perkara sebaliknya boleh mengelokkan keadaan.

    “The repeated bout effect” bermaksud apabila otot mengalami kecederaan yang teruk, ia akan sembuh dengan lebih cepat untuk menghalang kecederaan yang lebih teruk dengan mengelakkan senaman yang sama.

    DOMS mungkin terlibat, tetapi hanya untuk jangka masa pendek. Anda boleh melakukannya dengan memaksimumkan usaha terhadap otot yang digunakan semasa beberapa sesi awal senaman anda.

    cara menghilangkan sakit otot

    Sebagai contoh, cuba lakukan beberapa pecutan pendek semasa anda berlari. Anda akan menjadi letih. Tetapi selepas beberapa sesi latihan, anda akan berlari dengan mudah.

    Rasa nyeri mungkin agak mengganggu, tetapi ia menunjukkan bahawa otot anda sedang berfungsi, kecuali kesakitan ini mencapai tahap yang melampau.

    Sekiranya ini berlaku, anda harus berhubung dengan doktor anda atau anda perlu mendapatkan rehat secukupnya.

    Samada yang baik dan yang buruk, sentiasa perhatikan kepada apa yang luar biasa, atau yang biasa dan juga apa yang terbaik untuk badan anda.

    Konklusinya, ada dua cara menghilangkan sakit otot setiap kali selepas berlari atau bersenam. Jika masih ada rasa tidak selesa, segera jumpa doktor untuk diagnosis ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 18/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan