Menguap atau yawning merupakan 1 tindakan refleks yang berlaku secara spontan. Ketika anda dilanda virus menguap, mulut anda akan terbuka luas dan paru-paru akan menyedut udara dalam kuantiti yang banyak dan menghembusnya secara perlahan-lahan.
Pada ketika anda menguap juga, gegendang telinga akan meregang, mata tertutup rapat. Malahan terdapat sesetengah individu yang akan menguap sehingga mengalirkan air mata. Anda pun mesti pernah mengalaminya, bukan?
Tiada perancangan yang perlu dilakukan untuk menguap dan ia adalah 1 proses yang sama bagi setiap individu. Kebiasaannya seseorang individu akan menguap sebelum atau selepas tidur.
Atas faktor itu, menguap akan dikaitkan dengan kepenatan. Namun, menguap juga sering berlaku kepada individu yang melakukan perkara yang membosankan atau tidak disukai.
Jangan terkejut, aspek sosial juga wujud dalam menguap ini. Ia boleh dianggap sebagai 1 keadaan berjangkit, bukan sahaja dalam kalangan manusia, tetapi juga haiwan. Jadi tidak salah kalau kita menganggap wujudnya virus menguap, bukan?
Teori mengenai virus menguap
Memandangkan menguap merupakan 1 keadaan yang berjangkit dan di luar kawalan badan, dengan hanya memikirkan tentangnya sahaja turut boleh menyebabkan anda menguap.