Setiap individu pasti pernah mengalami sakit tekak bila menelan atau tekak bengkak. Kesakitan pada tekak sebenarnya antara sebab paling lazim mengapa individu mengunjungi klinik!
Tapi jika anda mengalami tekak bengkak atau sakit tekak bila menelan, namun tidak mahu berjumpa doktor, di sini kami senaraikan 8 penawar yang boleh meringankan kesakitan anda.
Baca lebih lanjut tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak di sini.
Apa itu tekak bengkak dan simptom yang berbahaya?
Tekak merujuk kepada bahagian anterior (hadapan) pada struktur leher. Ia mengandungi beberapa struktur asas yang membentuk sistem pernafasan seperti larinks dan farinks.
Walau bagaimanapun, ciri penting pada saluran ini adalah struktur yang dipanggil sebagai epiglotis.
Ia merupakan injap yang bertanggungjawab menghalang pergerakan makanan dan minuman daripada memasuki saluran pernafasan.
Tanpanya atau jika ia tidak berfungsi dengan baik, manusia mudah mendapat pneumonia sedutan (aspiration pneumonia).
Sakit tekak atau tekak bengkak merujuk kepada keradangan pada tekak kesan daripada jangkitan kuman. Ia tergolong dalam kelas jangkitan saluran pernafasan atas (upper respiratory tract infection).
Kebiasaannya, individu akan mengalami simptom-simptom yang lain seperti demam, batuk, selesema dan pening kepala.
Adakah antibiotik diperlukan jika leher bengkak atau sakit bila menelan?
Penggunaan antibiotik merupakan topik hangat kini, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan simptom yang sering dipandang enteng, seperti sakit tekak.
Antibiotik cuma berkesan apabila digunakan terhadap bakteria. Ia tidak akan memberi apa-apa tindak balas terhadap virus, memandangkan ia tidak mempunyai struktur penting yang menjadi asas kepada fungsi antibiotik tersebut.
Kira-kira 90% kes sakit tekak disebabkan oleh virus. Namun, apakah yang akan terjadi jika kita tidak mengambil antibiotik apabila tekak bengkak itu disebabkan oleh jangkitan bakteria?
Walaupun kurang 10% bakteria dikaitkan dengan sakit tekak, kesannya masih boleh membawa komplikasi kronik yang teruk. Sebagai contoh, bakteria streptokokal yang sering menyebabkan sakit tekak ketika menelan. Jika tidak dirawat dengan baik, ia boleh menyebabkan komplikasi demam reumatik.
Kajian yang dijalankan pada tahun 1987 mendapati mereka yang dijangkiti bakteria akan baik 16 jam lebih awal daripada mereka yang dijangkiti virus dengan bantuan rawatan antibiotik.
8 penawar semula jadi untuk tekak membengkak dan sakit tekak bila menelan
Walaupun anda sudah berjumpa dengan doktor atau sudah mengambil ubat untuk sakit tekak, tapi tekak anda masih sakit?
Jangan risau, di sini kami senaraikan 8 penawar semula jadi yang boleh membantu anda melegakan tekak bengkak itu.
- Madu
Menurut kajian, madu berpotensi bertindak sebagai pemulih luka yang berkesan. Paul IM telah menerajui sekumpulan pengkaji untuk mencari jenis rawatan yang efektif bagi menangani masalah batuk malam.
Hasil kajian mendedahkan, madu lebih berkesan dalam merawat bengkak pada tekak berbanding ubat batuk (dextromethorphan). Ia juga mengurangkan kekerapan batuk pesakit.
- Air garam
Tujuan utama berkumur air garam adalah untuk membunuh bakteria yang telah menjangkiti tekak. Ia berkesan dalam melegakan sakit tekak dan dalam masa yang sama melancarkan aliran lendiran di dalam tekak.
Kajian yang dijalankan pada tahun 2005 mendapati, mereka yang berkumur dengan air setiap hari selama 2 bulan mempunyai kadar jangkitan salur pernafasan atas yang rendah berbanding dengan mereka yang tidak berkumur.
- Pudina
Jika anda suka mengunyah gula-gula getah, anda pasti tahu makanan tersebut mengandungi peppermint, kan?
Ia diperbuat daripada mentol yang memberi rasa kesejukan dalam mulut.
Mentol mempunyai keupayaan untuk mencairkan kahak dan melegakan sakit tekak.
Ia bertindak sebagai agen antiradang, antibakteria dan antiviral; memberikan ruang kepada tekak untuk beransur pulih dengan kadar yang segera.
- Akar manis (Licorice root)
Akar manis telah digunakan sebagai penawar bagi sakit tekak sejak dulu lagi. Apabila bahan kumur yang diperbuat daripada akar manis diberikan kepada pesakit 5 minit sebelum diberikan ubat bius, ia dapat mengurangkan insiden terjadinya fenomena sakit tekak selepas tempoh pembedahan (postoperative sore throat).
Namun, akar manis ini tidak sepatutnya diambil pada kuantiti yang banyak untuk jangka masa yang panjang.
Menurut laman web, National Center for Complementary and Integrative Health, mereka yang berbuat demikian berisiko untuk mendapat hipertensi dan masalah tahap potassium rendah, seterusnya menyebabkan masalah jantung dan otot.
Jika anda ingin mengambilnya untuk tujuan merawat sakit tekak, ambillah pada jumlah yang sedikit dan berhenti setelah anda sembuh.
Bagaimana jika anak saya yang sakit tekak?
Orang dewasa boleh mencuba pelbagai jenis herba yang terbukti berkesan untuk merawat sakit tekak, namun bagaimana pula dengan kanak-kanak?
Sebenarnya, penting buat anda untuk membawa anak berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Namun terdapat beberapa tip yang anda masih boleh guna untuk mengurangkan kesakitan yang dialami si manja.
- Pasangkan pelembap udara dalam bilik anak
- Galakkan anak untuk minum air kosong secukupnya. Hindari minuman sejuk, minuman berjus atau aiskrim
- Jika anak berusia kurang 1 tahun, jangan beri madu padanya! Ini kerana madu mengandungi spora daripada bakteria Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
- Beri lozeng yang boleh merawat sakit tekak. Akan tetapi, kanak-kanak bawah 5 tahun tidak patut diberikan lozeng yang boleh merawat sakit tekak kerana risiko tercekik.
Kini anda telah tahu cara legakan masalah tekak bengkak.