Sukarnya hendak makan dan minum kalau ada masalah sakit tekak ketika menelan. Ramai orang mungkin sangka bahawa ia adalah angkara sakit tekak tonsil tetapi mungkin wujud isu lain yang menjadi dalangnya.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi Keadaan Telinga, Hidung & Tekak, sila klik di sini.
Kesakitan abnormal pada tekak, berbahaya?
Untuk pengetahuan anda semua, sakit tekak ketika menelan (odynophagia atau dysphagia) biasa berlaku pada bahagian tekak, kerongkong dan mulut apabila sedang makan, minum atau menelan air liur.
Kesakitan ketika menelan mungkin boleh menjadi gejala pelbagai jenis penyakit dengan kesan dan akibat berbeza bergantung kepada punca masalah tersebut terjadi kepada individu masing-masing.
Persoalannya, apa punca sakit tekak tonsil berlaku dan berulang? Adakah ia juga tanda tanda tonsil atau kondisi lain yang lebih berbahaya?
Apa punca sakit tekak tonsil ketika menelan?
Seperti mana kami kata di atas tadi, kesakitan ketika menelan mungkin adalah antara gejala-gejala keadaan kesihatan yang kurang serius seperti demam, selesema dan batuk ringan sahaja.
Dalam kes yang sedemikian, maka mungkin benar bahawa ia boleh sembuh dengan sendiri selepas beberapa tempoh waktu tertentu dan dibantu pengambilan ubatan serta rawatan klinikal.
Pun begitu, turut ada beberapa punca tonsil bengkak lain lagi yang mungkin jauh lebih berbahaya seperti berikut:
#1. Keradangan teruk pada anak tekak
Kadangkala, kesakitan itu mungkin muncul ekoran anak tekak atau tonsil bengkak dan merah akibat daripada kondisi tertentu termasuk tonsilitis, laringitis, faryngitis atau esofagitis – keradangan pada kawasan tekak atau bahagian-bahagian lain yang terdekat.
Sakit tekak tonsil #2. Penyakit refluks gastroesofagus (GERD)
GERD terjadi akibat injap rendah pada esofagus tidak tertutup dengan betul. Kesannya, asid perut akan kembali semula ke esofagus sekali gus menyebabkan anda mudah rasa mual dan muntah.
Bukan itu sahaja, ia turut mungkin menjadi punca individu mengalami sakit tekak ketika menelan.
#3. Jangkitan daripada kulat atau virus
Selain bakteria punca demam, selesema atau batuk ringan, infeksi kulat (Candida) dan virus (HIV) juga mungkin boleh memicu gejala lebih kurang sama termasuk sakit tekak ketika menelan.
Jangkitan daripada mikrob-mikrob itu turut akan mengakibatkan anak tekak bengkak dan merah selain menimbulkan banyak lagi kesan buruk lain yang memerlukan perhatian pakar segera.
Jika benar, anda mungkin memerlukan ubat tonsil paling mujarab atau untuk kondisi yang lain.
#4. Amalan tabiat yang tidak sihat
Pengamalan tabiat menghisap rokok atau mengambil alkohol secara berlebihan tentu sahaja bakal menjejaskan kesihatan tekak, oral serta tubuh badan keseluruhan lantas memicu masalah ini.
Dalam pada itu, pengambilan makanan dan minuman yang terlampau panas atau sejuk turut akan menyebabkan sakit tekak tonsil bengkak dan merah sekali gus mengakibatkan masalah yang serupa.
Sakit tekak tonsil ketika menelan akibat #5. Ulser
Kewujudan ulser atau luka pada tekak, kerongkong dan mulut sudah tentu menyebabkan rasa sakit tekak ketika menelan yang anda harus rawat sebelum ia membawa ketidakselesaan melampau.
#6. Kanser
Akhir sekali, masalah ini juga mungkin adalah indikator awal kanser tekak atau yang berkaitan. Ini merupakan kondisi yang paling membimbangkan kerana ia boleh membawa kesan lebih besar.
Bagaimana pula cara tepat untuk merawat?
Sekiranya anda mula perasan anak tekak atau tonsil bengkak dan merah selain rasa perit ketika menelan, sila bertindak dengan kadar segera sebelum muncul kesan-kesan lain yang jauh lebih buruk.
Benarkah ada pelbagai kesan buruk yang teruk akibat daripada masalah ini?
Maka, anda wajar mengambil langkah penting merawat masalah untuk menelan akibat tonsil bengkak seperti di bawah:
- Lihat kembali semua punca di atas dan rawat dengan kadar segera
- Elak segala pantang larang tonsil atau kondisi yang lain
- Mengambil lebih banyak air kosong seperti saranan oleh pakar
- Mengunyah makanan dengan lebih lama agar ia mudah ditelan
- Mengemam lozeng bagi memberi kelegaan sementara apabila menelan
- Dalam kes yang lebih teruk, tiub untuk memasukkan makanan dan minuman terus ke dalam perut mungkin diperlukan
- Pembedahan minor untuk merawat ketidaknormalan pada tekak